Assalamualaikum,
Ramadhan dah hampir ke penghujung. Cepat betul rasanya, Salam Aidilfitri buat keluarga dan sahabat2 semua terutama yg berkunjung ke laman Afiqah ni. Maaf Zahir dan Batin dari mama Afiqah, sepanjg berblogging, mungkin ada kesilapan bahasa yg menyinggung perasaan sesiapa tanpa disedari.
2 minggu lagi, 28 September kami akan bawa Afiqah utk dicucuk Botox pada beberapa bahagian badannya. Setelah hip surgery yg Afiqah jlni tahun lepas, secara keseluruhan, badannya semakin kurang kejang, tapi bahagian pergelangan tgnnya pula yg membengkok. Ia disbbkan Afiqah makin besar dan mempunyai keinginan utk membuat byk pergerakan, tapi pergerakannya tak dpat dikawal. Mula2 tak berapa kuat bengkoknya, bila tidur malam pergelangan tgnnya akan lurus, tapi lama kelamaan terus bengkok walaupun dlm tidur. Skrg masih boleh diluruskan bila mama bantu sambil diurut2. Cuma mama tak bolehla nak pegang pergelangan tgn Afiqah 24 hrs supaya tak bengkok. Jadi utk mengelakkan pergelangan tgnnya terus keras dlm keadaan tu dan elak urat2nya jadi keras dan tak membesar/ memanjang, kami ambil keputusan utk buat botox injection. Ada 2 cara sbnrnya, doktor sarankan surgery, sbb surgery lebih pasti yg pergelangan tgn Afiqah tak akan membengkok, InsyaAllah. Kalau botox injection, 80% kes berjaya dan ada side effect. Tambahan pula kesannya hanya selama 3 bln saja. Tapi mama dan papa kalau boleh nak elakkan dulu surgery, lepas botox injection mama/ papa kena rajin massage dan eksesais bahgian pergelangan tgn Afiqah supaya urat2 dan kulit disitu lembut. Mama berharap, Afiqah tak perlu dicucuk botox byk kali.
Bahagian yg nak kena cucuk adalah leher, belakang badan, lengan dan pergelangan tgn. Di sini, cucuk botox utk lengan tak diiktiraf dan insurance tak cover bayarannya. Insurance cuma cover cucuk di bahagian leher, belakang badan dan kaki. Jadi, kami sepatutnya kena bayar harga rawatan botox tu jika nak cucuk di pergelangan tgn Afiqah sahaja. Harganya dlm rm3k. Doktor arankan Afiqah dicucuk di bahagian leher dan belakang juga dgn dos yg sedikit, dan baki botox tu boleh cucuk bahgian tgn Afiqah pula. Jadi kami tak perlu bayar utk rawatan itu, sbb kos perubatan Afiqah ditanggung sepenuhnya oleh insurans.
Botox (Botulinum toxin): Adalah antara racun yg terhasil bila kita kena keracunan makanan, racun itu dlm jumlah yg byk boleh menyebabkan otot kita lemah, tak boleh bergerak, dan akhirnya fatal. Dlm jumlah yg sikit dan terkawal, boleh mengawal ketegangan otot mcm kes Afiqah.
Wassalam.
Opted for Botox injection
Thursday, September 17, 2009
Posted by Amalina at 10:16 AM 19 comments Links to this post
Selamat Menyambut Ramadhan yg Berkat
Friday, August 21, 2009
Salam sejahtera semua,
Bersama2lah kita Selamat Menjalani Ibadah Puasa Selengkapnya dan Diterima Allah SWT.
Wassalam.
Posted by Amalina at 11:06 AM 7 comments Links to this post
Poem
Sunday, August 2, 2009
Salam,
Saja nak abadikan poem ini di blog Afiqah. pem ni diambil dr blog adik Yasmin Nabilah.
I`m sending u a special child to cherish in my name,
For u to love with all ur heart n teach her juz the same,
For she is not like other babies, nor will ever be,
But u can love her just the same n take care her 4 Me,
She may not hear. see or run or learn as other do,
but she'll be yours and she will take her guidance all from u,
The road is hard, she'll break ur heart,
You'll cry a million tears
But I promise when she smiles at you,
the pain will dissapear,
I know you'll cry "why she, why us" but I needed the teachers true,
And that is why we care and trust i've selected you,
so please don't turn ur back on her, although she may be slow,
if you'll accept her as she is, together u will grow,
she needs to learn the skills of life,
for that i've chosen u,
and with ur love to guide her
i'll know u see her through
don't try to see the future, i promise that to none,
just live each other all it's worth
and enjoy my special one.
Wassalam.
Posted by Amalina at 10:28 PM 6 comments Links to this post
Rombongan bermlm
Tuesday, July 28, 2009
Salam,
Jumaat ni Afiqah pergi rombongan dgn nursery dia, tidur semlm. Mereka akan di bawa ke tasik Biwako di Shiga (negeri bersebelahan Kyoto). Tasik Biwako ni tasik yg terbesar di Jepun, sgt besar, ada pantai mcm laut. Mama n papa standby di rumah je. Rombongan ni acara tahunan tapi Afiqah sertai sekali saja, sbb rombongan mmg utk anak2/ murid2 yg paling tua (6 thn). Mama baru selesai siapkan brg2 yg Afiqah nak bawa nanti, esok (Rabu) dah nak bagi pd cikgu dia utk di periksa awal2. InsyaAllah kalau ada gambar dari sensei, mama Afiqah akan share di sini.
Wassalam.
Posted by Amalina at 10:49 PM 5 comments Links to this post
Gion Matsuri (updated)
Friday, July 17, 2009
Salam,
Mlm semlm lepas Afiqah blk dari nursery, kami keluar ke pekan Kyoto. Pergi tgk Gion Matsuri/ Gion Festival. One of the biggest annual festival in Jpn. Mama dan Afiqah pergi naik teksi dgn Auntie Siti, hubby n baby Izumi. Papa susah sikit nak pergi tpt2 ramai2 org. Mama pun saja nak bagi Afiqah experience festival tu, yelah, itu festival terbesar di Jepun, sepanjang2 duduk Jepun ni bwkla sekali pi tgk. Ada 'Yamaboko' atau kereta berhias. Tapi kereta berhias dia takla mcm kat Msia, nnt tgk gambar. Lepas tu mcm biasalah ada drink n foodstalls.di salah satu stall 'omocha'/ mainan.
tu, di belakang tu adalah 'Yamaboko'. tinggi juga. orang2 di atas tu tgh bergendanglah.
Inila adik Izumi. Comel sgt sampai minah2 jepun ni geram. Dok dukung ke hulu ke hilir, lambung2.
Ini gambar dari kamera org lain. Antara yg bersama2 ke festival tu.
Wassalam.
Posted by Amalina at 5:22 PM 10 comments Links to this post
Jln2 cari kambing....
Tuesday, July 14, 2009
Salam,
Weekend lepas papa bawa kami jln2 lagi. Kali ni dekat je, ke Kobe dan Osaka. Layan slide gambar2 ye, kalu rajin (hehe) next time mama cerita.
Slide pertama.
Slide ke2.
Wassalam.
Posted by Amalina at 5:08 PM 6 comments Links to this post
Telan gigi?
Salam,
Cemek tertelan gigi? Mama pun macam tak percaya Afiqah boleh tertelan gigi dia. Tapi masa papa suap sarapan pagi tadi, tgh2 sup tiba2 je mulut dia berdarah, tgk2 gigi satu lagi, sebelah yg rongak hari tu dah hilang. Mmgla gigi tu dah longgar pun. Tapi dia patah bahagian atas je, akar nye masih terlekat. Camne nak buat tu?
Wassalam.
Posted by Amalina at 5:06 PM 6 comments Links to this post