Salam,
Ni gambar Nurul seblm pi sekolah hari ni. Papa dia pakaikan baju feminine sikit. Selalu seluar dgn t-shirt je. Tapi hari ni asik merengek je. Dah tau nak kena pi sekolah. 2,3 hari ni pagi2 asik merengek tanpa sebab. Kami rasa dia dah tau nak pi sekolah. Kalau boleh nampak kat gambar tu, hidung and mata dia merah sikit, baru lepas nangis. Selalu hantar pi naik bas, bila sensei ambil dukung nak naik bas, dia tak nangis. Skrg ni, sensei ambik je dia terus nangis. Mula2 dulu duduk dalam bas tak nangis sgt, skrg naik bas je nampak Afiqah nangis. Sensei kata mmg selalu dlm bas dia nangis, especially bila bas berhenti dkt traffic light atau nak ambik budak. Bila sampai sekolah dia ok je. Balik sekolah selalula ada lebam sana sikit, luka sini sikit. Mula2 sensei risau kot, cepat2 bagitau ada lebam and dah letak ubat. Bila ina cakap, ' takpelah proses membesar' langsung tak bagitau dah. Tapi bukanla selalu sgt, kadang2 je. Tapi ada kat siku kiri tu besar jugakla luka, macam tersagat kata mana2.
Dah tau dah nak kena pi sekolah...
Friday, June 22, 2007
Posted by Amalina at 12:26 PM 2 comments
Periksa telinga
Wednesday, June 13, 2007
Salam,
Hari ni pi Kyoto U hospital lagi, ada appt. utk cek telinga Afiqah. Masa warded Dr. cek pasal infection tu sampai telinga pun dr. cek sbb dah tak jumpa dalam badan kat mana infection. Masa tu mmg ada merah sikit kat telinga kiri dia, so dr. buat ct scan. Hari ni dr. bagitau telinga kiri dia ada wax tersumbat, telinga kanan bersih. Sebab tu mungkin dia demam n infected. Doktor dah bagi ubat supaya wax tu senang keluar, dr kata wax akan keluar ke belakang hidung....??Hmm camnelah tu. CT scan tu pun nk tengok keadaan tulang antara telinga and otak Afiqah, Doc kata ada budan dilahirkan tulang tu nipis, so bila infection kat telinga senang nak jangkit ke otak. Tapi alhamdulillah doc kata tulang Afiqah kat situ ok. Tkde masalah.
Sat je pi hospital, appt pukul 9, pukul 850 kami sampai terus register kat mesen, macam vending machine. Lepas tu ambik satu alat kecik, pemancar ada monitor kecik. Monitor tu akan tulis detail ttg appointment, bila tiba giliran alat tu akan bunyi, monitor keluar suruh tunggu depan klinik/ blk rawatan berkenaan, so kalau kita ada kat mana2 dlm hospital boleh tau la giliran dah dekat. Bila tiba giliran, alat tu bunyi lagi and monitor tulis suruh kita masuk dlm bilik rawatan. Convenient betul. So appt. Nurul hari ni siap dgn ambik ubat semua 930 dah habis. Terus kami hantar dia pi sekolah. Kalau hospital kat msia, even private pun nak kena tunggu giliran punyala lama, naik trauma nak pi hospital. Tapi apa nak buat, dah camtu gayanya kenala sabo. Sini negara org...
Posted by Amalina at 10:33 PM 2 comments
Satu hari di sekolah
Thursday, June 7, 2007
Salam,
Mula minggu ni hari Isnin hari tu Afiqah pergi nursery dari pagi sampai lewat petang. Pagi kami hantar Nurul mcm biasa naik bas pukul 9 pagi, petang pukul 6.30 ptg ambik di nursery. Prep. bila bibik dah takde nanti, which start from next week. Sehari dua mula2 Afiqah ok je pi sekolah, bila dia dah paham kena dok sampai lewat petang, masa hantar pagi, naik bas je dia nangis dah. Tapi bila sampai sekolah, buat aktiviti n main2 sensei kata dia ok je. Ketawa2. Sian anak mama, kecik2 lagi dah nak kena berdikari. Insya'allah sementara mama nak habih study. Sabtu Ahad berkepitla.
Wassalam.
Posted by Amalina at 2:48 PM 2 comments
Mama's day present
Sunday, June 3, 2007
Salam,
Ini hasil kerja tangan Afiqah, beg grocery utk mama, hadiah mother's day. Afiqah buat di sekolah. Dua hari seblm masuk hospital hari tu Afiqah bawa balik dari sekolah. Thank you sayang, so lovely.
Posted by Amalina at 8:50 PM 0 comments