Salam,
Tajuk 'memang' dalam inverted coma tu pasal mama n papa punya ramalan sendiri. Pagi ni, tgh tunggu masa nk pergi sekolah, Afiqah ina baringkan di living room bagi tgk tv rancangan kanak2, papa ada duduk kat sofa dekat dgn Afiqah n mama di dapur still boleh nampak Afiqah. Rancangan kat tv tu ada budak2 ramai2 menyanyi, menari n bergerak2 dalam satu kumpulan berbentuk bulatan. Sat angkat tangan, sat ke depan sat lompat dan mcm2 lagila budak2 dlm tv tu buat. Kami (mama n papa) dok tgk Afiqah punya response. Terangkat2 kaki n tangan dia tgk tv. Lepas tu papa tegur n panggil dia, boleh dia buat tak tau tu... Huhu, tak pernah kalau papa dok depan mata tegur dia, dia buat tak tau. Di nursery dia pulak ada macam2 aktiviti, kami pun buatla conclusion, Afiqah ni mesti seronok di sekolah dia pasal byk aktiviti, movements n org bergerak2, budak2 lain berlari2. Dia sukala tengok. Kat rumah kurang pergerakan, gerak sikit2 je. Bak kata Profesor mama, entropi rendah...hihi.
Wassalam.
'Memang' suka sekolah
Tuesday, August 28, 2007
Posted by Amalina at 9:39 AM 2 comments
Bunyi yg menakutkan...
Friday, August 24, 2007
Salam,
Bila cerita pasal perkembangan Afiqah (previous post) ni teringat perangai dia kecik2 yg sgt sensitif dgn bunyi. Bunyi tarik langsir je nangis, bunyi ambulance je nangis, papa bersin je nangis, org batuk ke dehem ke.... semuanya menyentuh hati dia kot... tak boleh dengar mesti nak nangis. Perasaan takutkan bunyi ni sedikit demi sedikit hilang. Contohnya yg paling Ina perasan sekali ialah bunyi batuk/ bersin mama n papa dia. Mula2 dulu pantang kami bersin, dan dan dia akan meraung menangis mcm sedih kena marah or terkejut. Lama jugak camni, lepas tu bila dengar bersin je dia akan sebek dulu, muncung sikit makin panjang then mata berair2, bila dah tak terbendung perasaan, dia akan burst out menangis. Lepas peringkat ni, bila dengar bersin, dia akan sebek jugak, muncung makin panjang, kalau tak pujuk dia akan terus nangis la, kalau pujuk dia tak menangis tapi mata dah bergenang air. Next peringkat, bila dengar bersin, dia akan terbeliak mata macam alert, 'bunyi apa tu? Kuatnya.... tapi selalu dengar', then kadang2 nangis, kadang sebek je, kadang ok bila perhatiannya teralih ke benda lain. Now bila dengar bersin, dia akan senyap kejap tapi lepas tu macam nak senyum2 sikit lepas tu terus senyum....,' Haaa! Bunyi ni mmg kuat betul, tapi aku dah biasa dengar dah, ni bunyi mama atau papa'... lebih kurang camtulah kot perasaan dia, hihi, mama pandai2 terjemah. Cuma sekarang kalau dia mmg tgh nakkan perhatian ke kaddang... kaddang dia menangis sikit. Sat je la, sbb mama n papa akan terus pujuk. Tapi la ni, kadang bila Nurul menangis ina cuba tak nak terus terkam, biar dia menangis layan perasaan, perlu jugak camtu, kalau tidak budak2 ni tak tau perasaan sedih n deal with it themselves. Kalau sampai dah besar nak kena pujuk gak, not good for her. Kena independent jugak.
Begitulah perubahan Afiqah dgn bunyi2 kuat yg 'menggegarkan jantungnya'. Maybe normal kids take only a few months to register/ mengenal sounds, Afiqah needs 4 years, about 10 times needed by normal kids. She is growing with slow rate, insyaAllah. Alhamdulillahirabbil alamin.
Wassalam.
Posted by Amalina at 10:08 AM 2 comments
Serupa tapi tak sama....
Tuesday, August 21, 2007
Posted by Amalina at 10:22 PM 4 comments
Afiqahs attire during summer
Saturday, August 18, 2007
Salam,
Camnila attire Afiqah dimusim panas. Seluar pendek dgn baju tgn pendek/ singlet. Seblm masuk musim panas ni, takde sgt baju tgn pendek, sensei pesan beli. Lagipun kalau Afiqah demam kami dah tau dah camne nak bagi cepat kebah. Bagi dia pakai baju tgn pendek/ singlet. Masa mula2 dok demam dulu kami tak tau, dok bagi pakai baju tgn panjang takut dia seram sejuk, tapi suhu naik lagi panas. Bila doktor advise suruh pakai tgn pendek n seluar pendek, bagi haba keluar barulah demam Afiqah kebah, InsyaAllah.
Wassalam.
Posted by Amalina at 11:43 PM 0 comments
Muka belang2
Friday, August 17, 2007
Assalamualaikum,
Ni saja ambik gambar Afiqah baru bangun tidur. Nampak pipi berbelang2 bekas kusyen. Selalu bangun tidur mmg dia akan senyum lebar kalau terus nampak muka kami n of course puas tido. Kalau tak puas pun, muka ngantuk je tapi still senyuum. Dalam post seblm ni, ada cerita pasal mandi sungai. Mlm tu Afiqah mmg tidur nyenyak sungguh, macam tu kami letak, sampai pagi pun camtu jugak dia, tak berubah2. Mmg nyenyak sungguh, selalu dia menguek2 jugak (kalau mengiring jadi lentang ke). Mmg kalau siang byk aktiviti Afiqah akan tidur nyenyak tak bergerak2 malamnya. Kalau tak byk aktiviti, dia tidur lena jugak, dah takde sawan tapi menguek2 la sikit. Kadang nak rasa papa or mama punya tgn ke. Sebab selalu tidur tgh2 jadi bantal peluk kami.
Wassalam.
Posted by Amalina at 11:14 PM 2 comments
Aktiviti musim panas
Posted by Amalina at 10:56 PM 0 comments