Salam,
This entry is actually written on 18th Oct 2008, Saturday.
Video ni diambil di hospital. Afiqah marah Takuma-kun yang suka usap2 kepala dia, seblm ambik video ni, Afiqah dok marah dia pasal kacau mama Afiqah. Takuma-kun dok tarik tgn mama ajak main, pi sana sini dia nak tunjuk benda, tapi dia suruh ajak Afiqah sekali. Budak kecik ni sgt comel dan peramah, tak peghak langsung. Baik pulak tu, sgt obedient n clever, walaupun dia tak oleh bercakap. Sebelah tgn Takuma-kun ni pun tak boleh berfungsi dgn baik, tapi dia sgt independent. Salin baju sendiri dgn sebelah tgn dia, takde nak minta bantuan adults di sekeliling dia langsung. Kalau baju tu senget, dia bukak balik n pakai balik betul2. Kagum!
Bawah ni video lama yang diambil di rumah seblm Afiqah operate. Tertangguh nak post di sini.
Video diambil dgn hphone kokak mama, so mutu mungkin tak berapa memuaskan.
Kami semua di sini alhamdulillah sihat2. Dah masuk autumn, sejuk sikit. Last week mama Afiqah semput lagi, tapi dah pi hospital, dah ok. Afiqah akan di bawa pulang rumah hari ni, bermlm semasa wkend saja, dah bukak simen kaki dia. Nampak mcm lose weight sikit. Hari ni mama masak nasi lemak, ayam goreng rempah, ikan bilis goreng, telur rebus n ulaman akan dibeli kemudian. Nak bagi makan Afiqah kenyang2, hihihi, anak mama ni mmg dah slim, tapi tak maula kurus lagi. Papa Afiqah maintain, n sihat alhamdulillah.
Maaf kerana lama tak update khabar berita.
Till then, wassalam.