Assalamualaikum,
Ramadhan dah hampir ke penghujung. Cepat betul rasanya, Salam Aidilfitri buat keluarga dan sahabat2 semua terutama yg berkunjung ke laman Afiqah ni. Maaf Zahir dan Batin dari mama Afiqah, sepanjg berblogging, mungkin ada kesilapan bahasa yg menyinggung perasaan sesiapa tanpa disedari.
2 minggu lagi, 28 September kami akan bawa Afiqah utk dicucuk Botox pada beberapa bahagian badannya. Setelah hip surgery yg Afiqah jlni tahun lepas, secara keseluruhan, badannya semakin kurang kejang, tapi bahagian pergelangan tgnnya pula yg membengkok. Ia disbbkan Afiqah makin besar dan mempunyai keinginan utk membuat byk pergerakan, tapi pergerakannya tak dpat dikawal. Mula2 tak berapa kuat bengkoknya, bila tidur malam pergelangan tgnnya akan lurus, tapi lama kelamaan terus bengkok walaupun dlm tidur. Skrg masih boleh diluruskan bila mama bantu sambil diurut2. Cuma mama tak bolehla nak pegang pergelangan tgn Afiqah 24 hrs supaya tak bengkok. Jadi utk mengelakkan pergelangan tgnnya terus keras dlm keadaan tu dan elak urat2nya jadi keras dan tak membesar/ memanjang, kami ambil keputusan utk buat botox injection. Ada 2 cara sbnrnya, doktor sarankan surgery, sbb surgery lebih pasti yg pergelangan tgn Afiqah tak akan membengkok, InsyaAllah. Kalau botox injection, 80% kes berjaya dan ada side effect. Tambahan pula kesannya hanya selama 3 bln saja. Tapi mama dan papa kalau boleh nak elakkan dulu surgery, lepas botox injection mama/ papa kena rajin massage dan eksesais bahgian pergelangan tgn Afiqah supaya urat2 dan kulit disitu lembut. Mama berharap, Afiqah tak perlu dicucuk botox byk kali.
Bahagian yg nak kena cucuk adalah leher, belakang badan, lengan dan pergelangan tgn. Di sini, cucuk botox utk lengan tak diiktiraf dan insurance tak cover bayarannya. Insurance cuma cover cucuk di bahagian leher, belakang badan dan kaki. Jadi, kami sepatutnya kena bayar harga rawatan botox tu jika nak cucuk di pergelangan tgn Afiqah sahaja. Harganya dlm rm3k. Doktor arankan Afiqah dicucuk di bahagian leher dan belakang juga dgn dos yg sedikit, dan baki botox tu boleh cucuk bahgian tgn Afiqah pula. Jadi kami tak perlu bayar utk rawatan itu, sbb kos perubatan Afiqah ditanggung sepenuhnya oleh insurans.
Botox (Botulinum toxin): Adalah antara racun yg terhasil bila kita kena keracunan makanan, racun itu dlm jumlah yg byk boleh menyebabkan otot kita lemah, tak boleh bergerak, dan akhirnya fatal. Dlm jumlah yg sikit dan terkawal, boleh mengawal ketegangan otot mcm kes Afiqah.
Wassalam.
Opted for Botox injection
Thursday, September 17, 2009
Posted by Amalina at 10:16 AM 19 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)