Salam all,
Ni amal nak kenalkan sorang lagi blogger, parent kepada CP kid . Beliau baru mula blogging, byk idea therapy yg dikongsikan. Silalah kunjung ye. Amal pun baru kenal saja...
Wassalam.
Meh singgah blog ini
Tuesday, June 30, 2009
Posted by Amalina at 12:07 PM 2 comments
Hiroshima visit over the weekend
Monday, June 29, 2009
Assalamualaikum,
Mak Afiqah tak larat nak citer panjang2la, down with flu dgn hidung sumbat. Nyawa kot mulut je nih, tapi apa2 pun alhamdulillah, masih boleh bangkit dan yang penting makan selera, ehhehehe. Enjoy gambar2 je lah ye...Jakun sikit dgn kereta rental Toyota Prius yg Hybrid letret. Tu monitor tu tunjuk gambar bateri (hijau tu) dgn enjin. Bila masa kereta tu gerak dgn bateri/ motor, bila masa gerak dgn enjin petrol. Jimat betul keta ni, Perjlnan kami total pi blk atas highway, dlm bandar, sesat2 lagi, dlm 900km, Isi minyak sekali je. Minyak pun ada suku tank lagi. Tu pun bila dah sampai balik Kyoto, nak pulangkan keta baru isi penuh balik minyak dia. Full tank dia pun 45 liter je, dlm Yen 4500 (Mcm kita isi minyak RM50la kt msia, kalau convert pun baru dlm RM150, still murahkan)
Saja bagi Afiqah duduk sendiri, disendal dgn bantal2. Tapi sekejap je, mana boleh duduk sendiri lagi, tak boleh nak support berat badan sendiri, takut cedera pula.
Aaaa nin la dia rupa keta Toyota Prius tu.
Saja seronok ambik gambar dgn Sogo.
Depan 'ward office', mcm majlis bandarayala.
Saja ambik gambar nak bagi nampak 'welcome to Hiroshima' tu.
Lagi gambar dgn Sogo, tataula kenapa kenan nk ambik gambar kat sini.
Senyuman ceria cemek Afiqah yg suka spend time dgn ma n pa. Hari ni kami keluar dari hotel pagi sampaila mlm baru blk. Afiqah pun sampai waktu tidurnya dlm kereta.
Inilah bangunan tinggalan yg kena bom atom. Dikatakan bom atom tu jath dan meletup lebih kurang 600m atas bangunan ni. Tepi bangunan ni ada sungai, dikatakan ramai org yg tak tahan kepanasan letupan bom atom tu terjun dlm sungai tu. Tapi still tak selamat jugelah.
Takut mama nak amik gambar byk2 berlatarbelakangkan Atom bomb dome ni, nnt keluar hantu bom atom, hiiii hihihihi.
Balik dari Hiroshima, kami singgah kobe (hiran sebelah Kyoto) utk shopping sikit dan late lunch. Shopping tak tinggal punya.... tgh sale kami pun grab satu baju ZARA utk Afiqah. Papa suke beno dgn design mkcik zara tu.
Aikk! panjang jugak cerita, hihihi. Sekali dah naik syeh.
Okes.
Salam sayang.
Jaga diri baik2 dan moga sihat2 selalu para pengunjung blog Afiqah, Amiin.
Wassalam.
Posted by Amalina at 10:14 PM 8 comments
Jalan jauh hujung minggu
Assalamualaikum,
Sabtu Ahad lepas papa bawa kami jln2 ke Hiroshima. Jauh tu, dlm 300+ km. Kami pergi tgk satu2nya bangunan yg kena bom atom yg di preserve. Nantila cerita panjang2 dgn gambar sekali ye.
Wassalam.
Posted by Amalina at 11:27 AM 0 comments
Cemek merajuk
Thursday, June 25, 2009
Assalamualaikum,
Hihi, ni nak cerita ttg sape lagi.... cemek Afiqah tu la. Last week, hari sekolah seperti biasa tapi ada sedikit luar biasa. Papa Afiqah terpaksa keluar rumah awal pagi krn ada urusan, maka tak dptla uruskan Afiqah utk ke sekolah. Biasanya pagi2 papa akan suap Afiqah sarapan, dan lepas Afiqah mandi dgn mama, papa akan siapkan dia. Tapi pada hari yg tersebut, papa takde pulak. Afiqah mandi dgn mama spt biasa, tapi lepas tu mama siapkan dia dan suap sarapan. Bila Afiqah dah siap, mama tinggalkan utk bersiap pula, masa ni Afiqah ditinggalkan tgk tv sorang2. Cemek ni mmg pantang kalu kena tinggal, sekejap tkpe lagi, atau kalau ada org di sebelah. Hari tersebut ni, dahla tak nampak papa, kena tinggal tgk tv sorang2 lagi. Dia dah mula merengek. Bila mama dah siap dan dtg dekat dia pun, dia merengek lagi nak minta dok atas riba. Layan je lah cemek manja sorang ni. Bila tiba nak keluar rmah, hantar pi tunggu bas sekolah, mama dukungla Afiqah utk diletakkan atas buggy. Sekali dia tergigit pipi daa, sbb pipi tersembam di bahu mama. Skrg ni kalu tergigit pipi dia tak panik sgt dah n tak nangis raung2 mcm dulu. Tapi pagi tersebut, cemek mula menangis sungguh2 dgn kuat sbb tergigit pipi tu. Dahla kat luar rmh pulak tu, tak pernah Afiqah menangis di luar rmh. Bukan setkt menangis masa nak dudukkan di buggy je, sepjg jln nak pi tunggu bas sekolah pun dia menangis2, kadang2 teran sikit.... nak tunjuk tak puas hati la tu. Mama rasa Afiqah dah merajuk sikit bila dia cari papa takde, lepas tu tergigit pipi pulak, terus menangis tunjuk perasaan. Mama pun apa laga... sengih jela sepjg tolak buggy Afiqah, nak kejar masa jgk, kang kena tinggal bas sekolah jenuh pulak. Cemek, cemek, bila dah naik bas dan disekolah, moodnye ok saja mengikut nota sensei. Haii papa's girl ni... merajuk juga ye.
Wassalam.
Posted by Amalina at 10:02 AM 5 comments
Kanak2 hilang 22 June- tolong sebar
Wednesday, June 24, 2009
ALHAMDULILLAH, DAH JUMPA!!! TODAY 24 JUNE 09.
Salam,
Di bwh Amal fwd email dari kawan.
'Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun. Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih. Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009, last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7pm. Please call Puan Miza at 013-345 5661
hopefully we can help spread the words.'
Wassalam.
Posted by Amalina at 9:33 AM 2 comments
Treatment options for CP kids
Sunday, June 7, 2009
Assalamualaikum,
Kali ni bersambung dari n3 lepas, Mama Afiqah nak share info mengenai seorang private therapist di Malaysia ni, Pn. Fezia Tyebally. Mula2 dia seorang career woman kerja ofis. Tapi bertukar profesion bila anak bongsunya yg masa tu umur 2,3 thn? (lupa, tapi kecik lagila) lemas di kolam renang rumah jiran. Lemas teruk hingga brain damage, asalnya lahir sbg kanak2 biasa yg normal. Pn Fezia dgn anaknya, Amir ke UK utk jlni fisioterapi. Dipendekkan cerita, Pn. Fezia menuntut ilmu mengenai fisioterapi hingga dia boleh jadi therapist sendiri, dan juga menuntut beberapa ilmu therapy utk membantu anak2 istimewa. Skrg puan Fezia offer therapy services spt di bwh di rumahnya,
CRANIOSACRAL THERAPY
SAMONAS SOUND THERAPY
AQUATHERAPY AND WATSU
www.watsu.com)
YOGA for special kids? (ke masih menuntut)
Beliau juga bawa anaknya utk oxygen treatment di HYPERBARIC OXYGEN THERAPY ( Klinik Baromed, khoonseng@meditama.com.my). Sy pernah dengar juga Pn Fezia bawa anaknya therapy naik kuda di bkt kiara. Boleh juga rujuk dia kalau nak tahu lanjut.
Latest, Pn Fezia menggunakan neurosuit therapy utk anaknya Amir. Boleh juga lihat gambar2 Amir menjalani neurosuit therapy di link2 bawah,
Share this album with anyone by sending them this public link: http://www.facebook.com/al
Share this album with anyone by sending them this public link: http://www.facebook.com/al
Share this album with anyone by sending them this public link: http://www.facebook.com/al
Share this album with anyone by sending them this public link: http://www.facebook.com/al
Saja saya share mengenai Pn Fezia utk parents anak2 istimewa tahu yg mereka ada pilihan. Tambahan, Pn Fezia sendiri ada anak CP, jadi sy rasa dia sgt memahami.
Wassalam.
Posted by Amalina at 10:59 PM 8 comments
The brain wonder
Thursday, June 4, 2009
Assalamualaikum,
Mama Afiqah nk share satu cerita, seperti yg dijanjikan. Dah lama dpt tahu cerita ni tapi lupa, tiba2 teringat dan rasa nak share dgn pengunjung blog. Ni antara kisah benar yg telah membuatkan hati mama Afiqah terdetik, dan tersuntik semangat baru setelah berhadapan dgn hari2 yg stressful beberapa thn yg lalu.
Kisahnya... Alex Oliver(mmg nama betul) terpaksa hidup dgn hanya sebelah otak, otak kanannya sahaja kerana otak kirinya rosak yg mengakibatkan dia kerap mengalami epilepsy/ sawan dlm sehari. Kerosakan otak/ malformation otaknya berlaku sejak sebelum dilahirkan lagi (Sturge Weber syndrome). Alex bergantung pada dos ubat yg sgt kuat tiap2 hari utk kawal sawannya sejak lahir hingga umur 7 thn. Masa ni Alex masih tak boleh bercakap dan sudah tentu perkembangan cognitifnya yg lain juga delayed. Satu hari berlaku kemalangan, adiknya termakan ubat sawan Alex dan menyebabkan dia tak boleh bercakap selama beberapa hari. Mak Alex syak yg ubat sawan tu yg menyebabkan Alex tak boleh bercakap. Jadi dia ambil keputusan utk berhentikan Alex dari ubat sawan tu, tapi sebelah otak Alex yg rosak yg menyebabkan epilepsi tu kena buanglah. Doktor meramalkan yg kemungkinan besar juga Alex tidak boleh bercakap selepas dibuang sebelah otaknya, malah Alex hanya akan mencapai IQ tahap org bodoh/ retarded.... IQ seblm bedah pun hanya 35 (Purata org biasa 100). Tapi Mak Alex, tak lemah semangat dgn sikap pesimis yg ditunjukkan doktor (kita selalu hadapi doktor2 mcm ni bila doktor periksa anak kita yg brain injured, tapi therapist sebaliknya pula-sekadar selingan). Mak Alex tetap dgn keputusannya utk remove sebelah otak anaknya tu, dan pembedahan dijlnkan. Ajaibnya, Alex mula bercakap selepas sebelah otaknya dibuang. Secara umum kita tahu, otak yg seketul ni mengawal pelbagai perlakuan kita, kalau cedera sikit pun, akan ketara kesannya. Apatah lagi org yg dah dibuang separuh otaknya. Walau bagaimanapun, Alex masih tdk boleh baca, tulis dan buat masalah matematik mudah/ aritmetik. Umur 14 thn, Alex dibawa ke Israel, dan dilatih oleh seorang Profesor (dan juga doktor perubatan) yg menjurus dlm bidang cognitive. Setelah dilatih, beberapa bulan, Alex menunjukkan perkembangan yg sgt baik, boleh membaca, menulis ( became left handed sbb dikawal oleh otak kanan), boleh selesaikan masalah arithmetic, dan boleh selesaikan masalah yg org dgn IQ 120 dpt selesaikan. Tak salah saya, Alex dah mula hidup berdikari di homeland nye UK.
Saya sgt kagum dgn cerita ni krn, hanya dgn sebelah sahaja otaknya, Alex boleh capai IQ setinggi 100 lbh. Kebykkan org biasa yg belajar tinggi pun, IQ dlm 110-130. Alex juga boleh hidup berdikari. Semua ini krg latihan/ terapi yg Alex lakukan dgn Profesor di Israel tu. Nama Profesor tu Reuven Feuerstein. Walaupun, masalah Alex tak exactly sama dgn Afiqah, tapi dia telah tunjukkan dgn keadaannya yg kekurangan (brain injured), dia masih boleh capai perkembangan yg baik dgn latihan/ terapi. InsyaAllah, kanak2 brain injured yg lain juga boleh capai. Kisah Alex ni saya dpt tahu masa pergi seminar ttg perkembangan cognitif beberapa thn dulu di Msia. Bagus seminar ni, antara penceramah yg sy suka adalah Dtk Dr. Chiam Heng Keng. Bekas profesor di fakulti pendidikan Uni Malaya, dan skrg human rights comissioner (suhakam). Beliau menceritakan ttg perkembangan kanak2, kaitan dgn perkembangan otak, kanak2 perempuan dan lelaki.
Satu lagi kisah berjaya yg mama Afiqah suka adalah mengenai Keith Pennock yang menjaga anaknya, Alison yg cerebral palsy sehingga anaknya juga boleh capai tahap perkembangan yg sgt baik. Anak dia perempuan, tapi takla kena buang otak. Kisah yg ni dibaca dari buku bertajuk, 'RESCUING BRAIN INJURED CHILDREN' tulisan Keith Pennock sendiri. Saya sarankan pengunjung2 yg punya brain injured child utk baca buku ni. Keith Pennock kongsi pengalamannya 'memulihkan' Alison, dan setelah itu anak2 brain injured lain hinggalah tertubuhnya pusat terapi.
Ok, selain buku di atas, saya nak share rujukan di bawah:
ABR method- International
CADS- Malaysia
Cognitive Enhancement Program (developed by Prof Reuven Feuerstein)- Malaysia
NURY (ni ramai tau kot)- Malaysia
Stem cell treatment (sy pernah hubungi hospital bertnykan kos utk stem cell treatment)- International
(note: tulisan bahagian bawah jadi besar pulak, tak tau nk edit camne.... abaikanlah, bkn ada maksud tertentu)
Posted by Amalina at 9:47 PM 7 comments
Hidup berdikari dgn hanya sebelah otak
Salam,
Mama Afiqah nk share cerita ttg seorang budak yg hidup berdikari dgn hanya sebelah otak sahaja. Sebelah otaknya lg dah kena buang. Tapi tak jumpa pula sumber cerita tu, lama dulu mama baca cerita ni. Nnt nk cari blk sumber nye. Ini adalah antara cerita yg memberi inspirasi dan keyakinan pada mama Afiqah ttg kebolehan yg Afiqah boleh capai. Nnt ye para pembaca.
Wassalam.
Posted by Amalina at 1:13 PM 3 comments