skip to main | skip to sidebar

Sapalah...


ShoutMix chat widget

Arkib

  • ► 2014 (1)
    • ► January (1)
  • ► 2010 (7)
    • ► December (2)
    • ► November (1)
    • ► January (4)
  • ► 2009 (36)
    • ► September (1)
    • ► August (2)
    • ► July (6)
    • ► June (8)
    • ► May (9)
    • ► April (1)
    • ► March (7)
    • ► January (2)
  • ▼ 2008 (54)
    • ► December (3)
    • ► November (2)
    • ► October (3)
    • ► September (2)
    • ► August (9)
    • ► July (6)
    • ► June (2)
    • ► May (3)
    • ► April (11)
    • ► March (5)
    • ▼ January (8)
      • Hoiku sankan di Hinadori
      • Another update
      • 'Possessiveness'
      • Lagi perkembangan Afiqah
      • Afiqah ke kobe last December
      • Afiqah melawat akuarium besar di Osaka
      • Salji di Hinadori (ciput jee)
      • Deterioration and improvement
  • ► 2007 (46)
    • ► December (3)
    • ► October (7)
    • ► September (2)
    • ► August (6)
    • ► July (1)
    • ► June (4)
    • ► May (9)
    • ► April (7)
    • ► March (6)
    • ► February (1)

Tempat bertandang

  • Light's Life Journey
    When Her Body Speaks: Listening to Muji
    2 weeks ago
  • :: cheritera-chinta ::
    Happy birthday, dear me!
    4 years ago
  • Buat Anakku Yasmin Nabilah Zulhilmi
    Kisah Yasier Yaseera..
    5 years ago
  • perjalananku masih panjang
    Qori Pandeglang
    5 years ago
  • A Journey of An Amazing Syafiah..
    Pemakanan dan Info Menarik Mengenai Dunia Kucing
    8 years ago
  • WATER LILY
    Sekadar rindu yang barangkali palsu
    8 years ago
  • Bila Insan Istimewa Menulis
    Bergabung Bersama Mejaqq Situs Agen Judi Poker Dominoqq Bandarq Online Terpercaya
    9 years ago
  • Pyanhabib
    Catatan 16 September 2015
    9 years ago
  • i.t.a.f.e.d
    :: Masih Ada Hati Nak Menaip...
    10 years ago
  • ...naluri seorang ibu...
    Friday
    11 years ago
  • My Journey
    End of "summer holidays"
    11 years ago
  • Selamat Datang ke Blog Dr. Azwan
    GST - Goverment Service Tax 6% vs Good and Service Tax 4%
    12 years ago
  • IBU KUMBANG
    Telekung cinta Ibu
    12 years ago
  • Aku OKU!
    Malaysia - Beijing - Malaysia
    12 years ago
  • Tiga heroku
    abang ngah dan abang cik
    12 years ago
  • .....:: Satu hati, satu rasa, satu matlamat ::.....
    DIGI-CHALLENGE FOR CHANGE...
    13 years ago
  • When Life Gives You Lemon... Make Lemonade: Bell's Palsy
    TQ Ms W
    13 years ago
  • Anak Pak Aziz
    Salam...
    14 years ago
  • ada cerita lain
    14 years ago
  • Celoteh Ogy
    Pertukaran Blogspot
    14 years ago
  • Syaza Zuhaira in the House
    hari sukan syaza
    14 years ago
  • Life In Sheffield
    SPECIAL DEDICATION FOR MY BELOVED HUSBAND
    15 years ago
  • Makcu eni
    trying on macro
    15 years ago
  • without u..there'll be no sun in my sky..
    15 years ago
  • Afiqah's papa
    on the swing
    16 years ago
  • Life of a first time mother
  • IANYA BERMULA DI SINI
  • Pi's T W I S T
  • CeRiTa RaTNa
  • Mem of the House

Singgah juga

  • Makocat

Saya serba sikit

My Photo
Amalina
View my complete profile

All about Nurul Afiqah

Assalamualaikum and hello. This blog is about our daughter Nurul Afiqah. She is a Cerebral Palsy with Quadriplegic Spasticity and Global Developmental Delay. Main purpose of this blog was to share stories about Nurul Afiqahs experiences in Japan with families in Malaysia, especially Tok2 n Opah2. Other bloggers are also welcome to read and comment in this blog. Let’s share infos for our benefits.

Hoiku sankan di Hinadori

Wednesday, January 30, 2008

Hari ni ada ‘hoiku sankan’ di nursery Afiqah(hoiku=nursery, san dari perkataan sanka=turut serta, kan dari perkataan kansatsu= observe). Mama pergi seorang, last time papa pun join sekali. Tapi kali ni lbh organize dan mama dapat betul2 turut serta bersama Afiqah dlm aktiviti biasa di nursery. Aktiviti mula dengan mainan pengenalan diri sambil menyanyi, kemudian bilang berapa ahli group (ada dlm 30 plus kanak2 yg dibahagi kpd 3 group) dgn suara kuat2, satu!, dua!, tiga!....seterusnya hingga 9, ada 9 ahli dlm group Afiqah. So, bila di nursery, seminggu 3-4 hari kanak2 di sana akan buat aktiviti ikut group masing2. Lepas kira 1-9, sensei baca cerita (kami shibai- kami= kertas, shibai= lakonan), di mana sensei akan pegang kertas sebesar A4 yang ada illustration mcm buku cerita bergambar dan bacakan cerita berdasarkan gambar, sehelai2 sensei alih kertas hingga habis cerita. Cerita tu mengenai hantu yg dihalau. Sempena bulan 2 nanti ada perayaan halau hantu. Lepas baca cerita hantu tu, hands on activity pulak. Buat topeng hantu mcm dlm cerita yg sensei bacakan tadi. Bahan2nya adalah terdiri dari pinggan kertas yang ditebuk bulat tengahnya, tebuk besar hingga muat muka budak, lepas tu benang kait segumpal dan kertas manila bentuk 3 segi utk buat tanduk hantu, kecik je saiznya dalam 2 x 2 x 2 cm. Mama pegangkan pen berwarna di tgn Afiqah dan biarkan tangannya mencoret atas pinggan kertas, mata Afiqah perhati tgnnya semasa dia melukis. Cuma tangan Afiqah keras dan kaku pergerakannya, jadi mamalah yang gerak2 kan pinggan kertas tu. Lepas tu tampal kertas segi3 di atas dan gumpalan benang kait tadi sbg rambut. Jadilah topeng hantu. Stapler kan dua gelang getah di kiri kanan, dah siap. Mama sangkut kat telinga Afiqah. Comel saja anak mama dengan mata besarnya tu, sensei ambik gambar. Mama tak bwk kamera pulak, hphone pun tk bwk. Nntlah bila2 minta gambar tu pd sensei.

Wassalam.

Posted by Amalina at 3:15 PM 6 comments    

Another update

Tuesday, January 29, 2008

Salam,
This entry mama Afiqah copy n paste dari email utk tok ayah recently. Sedikit perkembangan fizikal Afiqah.

'Kami pun rasa Afiqah makin berat bila dukung, tapi bila timbang naik sikit je. Sekarang ni doc. prescribe satu jenis minuman yang mengandungi segala zat dan khasiat utk beri tenaga dan tambah berat Afiqah. Sebab lama sgt berat dia dok 12.8 tak naik2, n lately baru naik 13kg. Bak kata speech therapist (therapy bahagian oral), minuman tu cukup segala zat, tak payah makan nasi pun takpe. Tapi kami bagi makan juga macam biasa, cuma Afiqah makan lambat jadi tak boleh nak bagi byk. Minuman tu covered by national health insurance, so jadi mcm ubat2 Afiqah, semua free. Bahagian therapy fizikal Afiqah ada progress. Contoh, posisi meniarap dgn sebelah tangan bersiku, sebelah lagi lurus ke belekang. Dulu susah nak letak siku dia still atas lantai, dia tense and tarik ke dalam. Ina kena tahan dgn dua belah tangan supaya siku dia still atas lantai tak terangkat and selari dengan paras leher dia. Sambil maintain badan dia lurus. Sekarang ni ina boleh pegang tangan dia yg bersiku di lantai sebelah tangan and badan Afiqah pun lurus. Tak payah ina nak maintain dgn kaki and tangan ina. Maknanya makin lembut sedikit badan Afiqah. Dia pun kurang marah bila dalam posisi tu dan ina panjangkan masa, maintain posisi badan dia gitu. Alhamdulillah, ada progress.'

Wassalam.

Posted by Amalina at 5:53 PM 2 comments    

'Possessiveness'

Salam,
Mama Afiqah teringat email dari tok ayah. Tok ayah kata Afiqah punya sifat possessiveness. Quote from tok ayah, 'when you response less she cries for more attention when you speak to her she stop crying.' Memang tepat sekali. Itulah Afiqah. Tok ayah suggested mama to jot down observation on Afiqah's development in a diary. I guess this blog would be the diary for the time being. Mmg ada plan nak record secara lbh organize. Hmm... bila nak buat tu yek, one day, one day, InsyaAllah.
Wassalam.

Posted by Amalina at 5:47 PM 0 comments    

Lagi perkembangan Afiqah

Assalamualaikum,
Afiqah makin banyak berkomunikasi atau mungkin papa mama makin lebih memahami apa yang nak dikomunikasikan oleh Afiqah. Apa2 pun, bila komunikasi Afiqah berkembang, tahap pemahamannya juga makin improve. Di bawah mama Afiqah nak cerita sedikit ttg kisah komunikasi dgn Afiqah.
Kisah 1: Minggu lepas, mungkin hari Khamis, terlupa pulak harinya. Masa tu dalam kereta, baru lepas ambik Afiqah balik dari nursery. Afiqah becok bercakap dgn perkataan dan ayatnya sendiri. Tapi becoknya lain macam, tak berhenti2 nak bercakap, mcm nak bagitau sesuatu. Dah tu, intonasinye pun lain sedikit dari sembang biasa2. Macam nak komplen, macam nak marah. Sedikit tinggi picnye tapi takla pulak menangis atau menjerit kuat seperti selalu kalau dia marah. Mama pun terasa mcm Afiqah nak bagitau sesuatu yg berlaku di nursery. So, buat2la sembang dgn dia, lapar ke, ngantuk ke, letih ke, dll mama tanya pd Afiqah.Bila balik rumah, masa mama tengah masak dan papa tengah salinkan baju Afiqah, baru dpt tau apa yg Afiqah nak ngadukan. Papa menjerit panggil mama, ‘Laa… patutla Afiqah mcm nak bagitau sesuatu tadi, kesian dia, rambut dia berpintal2 kat butang baju atas bahu sampai kusut takleh nk urai. Kesian dia, dia sakit agaknya bila baju tertarik2. Mesti dah lama kat sekolah pun camni. Kesian anak papa’. Papa pun minta gunting, terpaksa gunting terus rambut Afiqah yg tersangkut kat butang tu. Kesian anak mama do tanggung sakit, penyabar pula tu. Kalau di rumah selalunya dia akan menjerit sekuat hati kalau ada apa yg tak kena, tambah2 kalau sakit sgt. Afiqah tau agaknya, kalau di nursery takde sapa nak layan kalau dia panggil pun. Sian anak mama. Tabah buat seketika, sementara kita di sini. Mama pun terpaksa tolerate dgn situasi2 gitu. Nak komplen kat sensei pun, bila tgk keadaan di nursery tu, mmg tak menang tgn sensei nak jaga sorang2. Kisah 2: Afiqah makin tau yg dia anak seorang dan akan diberi perhatian sepenuhnya terutamanya oleh mama bila di rumah. Kenyataan ni dah pun mama Afiqah share di post yang lalu, tapi ni nak cerita lagi perangai2 Afiqah yg menampakkan dia faham akan kedudukannya sbg anak sorang tu. Weekend lepas, Afiqah tak boleh renggang dgn mama. Skrg musim winter kami byk habiskan masa di living room yg heated. Pantang mama nak keluar dari living room tu, nak ke tandas ke masak ke, Afiqah akan dan dan marah, muka dah bertukar lain, muka marahla dengan mulut da gigi menyeringai bila mama kat pintu, bila mama keluar je terus dia nangis sekuat hati, ada waktu sampai tak bersuara. Padahal papa ada sebelah dia je, pujuk2, peluk2, sembang2. Tapi bila papa bacakan buku dia senyap. Beberapa kali ulang, Afiqah menangis marah tiap kali mama nak keluar dari living room. Ada sekali tu, menanigs kuat, papa peluk pun dok nangis2 lagi, bila mama ambik peluk, terus esak2 dan berhenti nangis. Sayang, sayang. Manja mama ni sayang mama ye… Mama Afiqah happy kerana terasa diri diperlukan, walaupun mmg lojikla diperlukan. Tapi Afiqah menunjukkannya. Bila mama duduk dlm living room, sebelah Afiqah sambil Afiqah tgk tv, dia akan jeling2 kat mama sambil tgk tv. Nak make sure yg mama ada tepi dial ah tu sambil nak tgk mama buat apa. Tgk tv ke, tgk dia kea pa ke. Mama n papa selalu juga buat kerja di rumah dgn laptop. Kadang2 bila nak bukak je laptop terasa macam Afiqah pandang lain macam. Macam dia nak marah je kat laptop tu, ambik masa dia dgn mama papa.

Kisah 3 : Tidur malam. La ni tidur dlm living room sbb dah heated. Bilik lain tak berani nak masuk, nak keluar ke dapur pun takut, sejuk gedi. So, dlm living room ni, mama n papa tidur atas sofa bed, Afiqah tidur atas tilam kecilnya sendirian. Tapi tiap malam, tanpa sebab yg kritikal, eg. perut memulas nak BAB ke Afiqah akan bangun ‘menangis’@ memanggil mama, ‘Mamaaaa nak tidur samaaa’. Malam mula2 cukup setakat mama dekatkan kepala (Afiqah di sebelah mama) n pegang dia, Afiqah akan tidur lena semula. Makin lama tak mau dah mama dekat2 teman tidur je, nak masuk sekali dlm selimut mama. Sbb kalau setakat teman je dia takkan berhenti menangis. Tapi bila mama angkat dia nak bawak tidur sekali, dan dan Afiqah menyengih. Lepas tu dah masuk dlm selimut mama n terus tidur lena senyap. Kalu ada masalah sakit perut ke, mesti dia dok menangis lagi irritated. Tapi mmg macam petik suis, masuk selimut mama terus senyap tidur lena. Kadang2 dlm selimut papa or dok tgh2. Afiqah, Afiqah.

Salam sayang buat family di Malaysia dan kenalan bloggers.

Wassalam, take care all.

Posted by Amalina at 3:18 PM 0 comments    

Afiqah ke kobe last December

Friday, January 18, 2008

Assalamualaikum,
Ni mama Afiqah lupa nak letak gambar2 semasa bawa Afiqah ke Kobe Harbourland. Tujuan utama ke situ adalah mama n papa nak makan seafood buffet, especially boiled crab yg amatla besarnya. Besar mana crab tu takla pulak sempat nak ambik gambar. Sebab ada time limit, jadi kami nak makan sebyk mungkin ketam dlm time limit tu. Sampaikan kawan yg dok semeja kata, kita ni dongak kepala nak ambik nafas je, hihi. Masing2 dok tumpu pada mknan. Maklumlah, bayar quite mahal, lepas tu ada time limit pulak. Maka begitulah jadinya. Di bawah adalah gambar2 bersama Afiqah selepsa makan. Kami jalan2 di shopping complex yg ada set up utk Krismas sbb sempena Krismas nak mai. Walaupun hari Krismas takde public holiday, tapi depa raya Krismas sakan.

Di belakang tu pokok Krismasla kononnya. Besar amat, dekat nak sama tinggi bangunan. Warna hijau pokok tu sebenarnya lampu, lampu tu bertukar warna biru, merah, silver, hijau.
Ni gambar baby Izumi n family (Siti the mama, and Syahman the papa).

Edzrol's family.
Papa excited tengok set up lampu2 byk lalu bergambar bersama anakanda tersayang.

Mama juga dipaksa (saja je) bergambar. Afiqah memang selalula terpaksa bergambar, hihi.

Ok, wassalam.

Posted by Amalina at 1:02 PM 2 comments    

Afiqah melawat akuarium besar di Osaka

Assalamualaikum,

Kali ni mama Afiqah nak cerita sikit tentang Afiqah melawat akuarium besar di Osaka dan gambar2. Besar betul ikan2 dalam akuarium terbesar tu.
Orang dok sibuk tengok ikan2, Afiqah dok sibuk tengok orang2 ramai yang berpusu2 nak tengok akuarium.
Berdiri lama depan akuarium supaya Afiqah tengok ikan2 yang bergerak. Ada ikan2 yang datang berenang dekat Afiqah, Afiqah tengok dengan hairannya. Terbeliak mata dia. Masa depan akuarium dolphin, ada dolphin datang berenang depan Afiqah. Seronok tgk dolphin tu berenang bermain2.
Penyelam pun ada dalam akuarium, bagi makan ikan2 n bersihkan akuarium.
Cantik betul tgk pemandangan ni. Terasa macam menyelam dalam laut pulak.
Ikan buntal? Ikan duri? Entahla, mama Afiqah tak tau namanya, tapi ikan ni akan kembang bila terasa diganggu dan terpacaklah duri2 di badannya. Nama dalam bahasa Jepun, 'harisenbon, maknanya, hari= duri, sen=seribu, bon=penjodoh bilangan'. Tapi durinye takdela sampai seribu, saja exagerate kot.
Ketam besarrr. Besar ni lah ketam yang kami makan di Kobe.
Ikan 'Tachi-uo' (Tachi太刀= sword, Uo魚= Ikan).
Cari apakah binatang yang ada dalam gambar ini? Obor2.
Obor2 lagi.
Dah keluar dari akuarium. Afiqah tengok orang2 pula di galeri akuarium.
Bergambar di luar bangunan dengan 'lanun'.
Ok, wassalam.

Posted by Amalina at 11:30 AM 0 comments    

Salji di Hinadori (ciput jee)

Thursday, January 17, 2008

Assalamualaikum,
Ada beberapa entri yang dah di draf tapi tak sempat nak dihabiskan ceritanya. Mama Afiqah ni bukan pandai sgt bahasa, bab kena mengarang ni lemah sikit, kena ambik masa. Next week both supervisor outstation for the whole week. Jadi InsyaAllah ada kelapangan masa tu, nak updatekan beberapa cerita. Hari ni nak upload gambar yg diambil dgn hphone pagi tadi masa hantar Afiqah ke nursery. Hari ni kena pi awal sikit sbb mama Afiqah kena ada di lab awal. So, nikmatilah gambar2 di bawah:

Di depan perkarangan nursery. Luar gate. Pokok belakang tu putih2 tu, salji terkumpul lah tu. Mama sedang memujuk Afiqah utk tengok ke arah kamera. Tuuu dia senyuman manis Afiqah.
Ni pun masih di luar gate lagi, tapi opposite side. Bukit yang jauuuuuuh nun di belakang putih dilitupi salji.
Ni di dalam kawasan perkarangan nursery. Sempat bergambar sebelum masuk dalam 'rumah'.
Ok, wassalam.

Posted by Amalina at 12:47 PM 0 comments    

Deterioration and improvement

Sunday, January 13, 2008

Salam,
7 Jan bawak Afiqah ke physiotherapy. Therapist kata kaki dan tgn Afiqah dah keras (tense) balik. Asalnya mmg keras tapi makin lembut sbb buat therapy di sini. Di rumah pun tiap2 hari sekali buat. Tapi hujung thn lepas, mama Afiqah kurang sihat, batuk berpanjangan sgt so asik letih je jadi langsung tak buat therapy Afiqah di rumah. Cepat saja kaki n tgn Afiqah nk jadi keras balik. Minggu depan, 15 Jan ada therapy lagi, therapist cakap bila dtg masa tu dia nak Afiqah jadi lembut balik. Therapist tu cakap pada Afiqah, tapi maknanya pada mama la tu, suruh buat therapy balik. Sori sayang, mama start balik therapy.
Balik rumah, next day mula balik buat therapy, alhamdulillah sekejap je dah lembut balik. Sebelum ni ambik masa 1 minit utk maintain satu posisi therapy, skrg masa dah dipanjang kan ke 2-3 min. Afiqah dah makin besar, dah patut makin panjang masa tu. Kaedah physiotherapy yg dipakai disini adalah kaedah Vojta (boleh tengok detail di http://www.nidd.org/therapy_vojta.htm).
Bahagian cognitive Afiqah pula makin develop. Sekarang dia sudah faham agaknya dia anak tunggal yang sentiasa mendapat perhatian mutlak dari mak bapak. Di rumah org, atau rumah sendiri dalam org ramai2, kalau dia tak diberi perhatian dia akan nangis tiba2. Contohnya hari ni, ada kenduri di rumah sebuah family waktu tghari. Kami bawa kerusi Afiqah, supaya dia boleh duduk sendiri dan 'bersosial'. Ok saja. Tapi ada masa dia menangis tanpa sebab. Takde pulak org menjerit tepi telinga dia bagi dia terkejut ke. Nak kata dia tergigit bibir (selalu tergigit), pun takde jugak. Takde pulak org terlanggar dia. Hmm... akhirnya, lepas semua dah makan, Afiqah pun dah makan, sembang2 sikit kami minta diri nak balik. Rumah kami sebelah je, dekat sgt. So, mama dukung Afiqah n papa kena jinjing kerusi Afiqah. Haiyya.... senyum lebar Afiqah bila mama dukung n sembang2 dengan dia. Siap ketawa2 lagi bila kena tiup angin kat luar. Wah wah! Anak mama ni minta perhatian rupanya. Masa dalam rumah kenduri tadi, walaupun duduk atas riba mama, mama dok sibuk pot pet dgn org lain. Tak layan Afiqah. Patutla dok atas riba pun tiba2 nangis. Perut dah kenyang, sakit apa takde. Afiqah.. Afiqah...
Di rumah kalau nak perhatian, dia akan nangis rengek2, kadang2 bercampur ketawa sebab nak ajak main dengan dia. Pantang Afiqah ketawa, bila main dengan papa, terus mama berkejar dari dapur ke, dari mana2 sebab nak tengok Afiqah tengah seronok. Dia faham mama n papa suka sgt tgk dia ketawa. So, dia gunakan taktik tu utk dapatkan perhatian.
Sekarang di rumah, kadang2 kami biarkan Afiqah tengok tv dan tengok reaksi dia. Kena letak Afiqah dekat sikit dengan tv sebab dia ada rabun silau. Masa check up di HKL dulu Doc mata ada cakap, tapi nak monitor sampai umur 6 thn kerana rabun dia border line. Tapi sejak dtg sini takde check mata dia lagi. Nanti kami nak requestlah. Bila tengok tv rancangan animation atau yang gambar berwarna menarik dan pergerakan menarik, dia akan response, ketawa ke tergerak2 kaki n tangan. Tak peduli dah kat kami mama n papa. Tapi bila bukak rancangan info yang mama n papa suka tengok, banyak org bercakap je tanpa pergerakan and warna menarik, dia mula menoleh pada kami n merengek. TV bosanla tu. Ok, atuk2 and opah2 jangan risau, bukan selalu Afiqah dok depan tv.
Ok, sehingga di sini saja. Till then, wassalam.

Posted by Amalina at 9:32 PM 0 comments    

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod