Salam,
Mlm ni Afiqah letih sungguh. Selalunya pukl 830-900 tu kami bagi minum susu seblm tidur. Tadi masa papa suap susu, tak dan berapa suap Afiqah dah tertidur di ribaan papa. Susu yg dah masuk dlm mulut pun tak sempat nak telan. Papa punyala dok panggil Afiqah kuat2 nak kejutkan dia supaya habiskan susu yg bercampur ubat, tak bergerak, tidur lena. Dgn bunyi tv kuat papa tgk bola, Afiqah flat. Aktiviti apa la dia buat kat sekolah hari ni.... baca buku nota dia yg hari2 sensei report, aktiviti biasa je, takde meletihkan pun rasanya. Masa mama dok masak tadi, Afiqah duduk di kerusi dia sebelah papa, cam biasalah kat kitchen. Tak nampak pulak Afiqah letih sgt, siap dok tegur2 mama memasak lagi.
Hmm... mama hairan......
Wassalam.
Keletihan hari ni...
Tuesday, July 29, 2008
Posted by Amalina at 10:01 PM 4 comments
Afiqah suka aktiviti
Monday, July 28, 2008
Salam,
Afiqah ni mmg suka betul aktiviti. Pantang dok diam saja. Kalau hujung minggu kami tak ke mana, tambah skrg ni musim panas, malas nak keluar2, dia akan merengekla selagi tk dilayan. Kadang tu saje buat tak tau, bila sembang je dgn dia, dan dan muka ceria. Kalu tak dgn muka keremut mata sepet nak nangis je....
Last Friday kami ke Kyoto Universiti, Katsura campus utk ke gym lepas ambil Afiqah dari nursery. Adik Izumi sekeluarga juga ikut sama. Seronok Afiqah tgk adik Izumi dlm keta, siap tegur2 lagi, tapi bila adik Izumi bersuara dgn high pitch dia, Afiqah mulala tense n mcm nak bersilat je kaki tgn dia, hehehe. Masih lagi sensitif dgn bunyi2 yg kuat/ nyaring.
Di gym, ada 3 court badminton. Ramai juga yg join, semuanya pelajar Msia sbb kami dah booking. Afiqah mama biarkan atas buggy tepi court, mama n papa main badminton. Tak menangis pulak Afiqah ditinggalkan. Kadang2 kakak2 dok teman sebelah Afiqah juga. Tapi dia tak menanigs langsung bila ma or pa tak layan dia. Tapi bila balik rumah, the minit sampai n mama letak dia sat nak pi basuh tgn ke apa ke, dan dan Afiqah 'ek!', merengek.
Social anak mama nih.
Wassalam.
Posted by Amalina at 12:54 PM 6 comments
Rombongan ke umi (= pantai)
Salam,
Weekend lepas, 19 July kami ke pantai amanohashidate, di bhgian barat Kyoto. Amanohashidate tu maknanya jambatan di syorga. Org Jepun rasa pemandangan pantai yg berbentuk tanjuk tu mcm syorga kalau dilihat dr satu spot, cara tgk dia kena tonggeng tgk celah kaki, mcm nak tgk antu tu. Seramai 15 org warga Kyoto termasuk seorang yg bukan, hubby kpd seorang pelajar phd disini, long distance relation/ marriage?
Bwh ni gambar2 dari kamera salah seorang ahlil rombongan. Gambar dr kamera kami belum diupload. Ada gambar Afiqah mandi laut bersama mama. Nntla mama upload.Gambar atas: baru sampai tgh nk cari spot.
Gambar atas: dah jumpa spot, nk settle down.
Gambar atas: Mama n Afiqah lepas mandi laut. Seperti biasa mama meminumkan Afiqah.
Gambar atas: Ini sebelum mandi rasanya, isi perut dulu sambil dengar papa main gitar.
Gambar atas: Nak tutup acara, bergambar beramai2.
Afiqah mmg seronokla outing. Dia takkan menangis ke merengek ke apa kalau outing. Mama n papa tinggal dia sorang2 pun takpe, as long as dia nampak org2 lain.
Ok, wassalam.
Posted by Amalina at 12:23 AM 4 comments
Mkn tose cicah kari
Tuesday, July 8, 2008
Salam,
Haaa... tajuk atas tu dah menceritakan ttg entri ni. Semlm mama buat kari byk2 utk mkn dgn roti canai or cicah roti ke, bila2 tak sempat nak buat breakfast. So, dinner semlm kami makan roti canai cicah kari. Mama masak lagi tose, kegemaran mama. Dok tengah2 mama sedap makan tose, Afiqah merengek kat sebelah mama. Apa hal pulak dah ni... Afiqah ni selalu suka tegur bila mama mkn. Bila bagi sikit yg mama makan tu, besar je dia bukak mulut. Kalau mknan dia tu, kecik je dia bukak mulut. Sungguh. So, mama pun bagila dia mkn tose sikit, tose tu lembut so Afiqah boleh telan. Tgn mama pulak dah berkari, sbb mama cicah tadilah. Makanya Afiqah makan tose dgn kari. Tak terjelir pulak lidah dia kepedasan, siap mintak lagi tu. Bila mama bg, besar je dia bukak mulut. Suka makan apa yg mama makan. Tapi kalau taste yang dia tak suka tu, sekali je bagi rasa, lepas tu dah liat nak bukak mulut. Sebelum makan tose semlm, mama bg dia rasa kari, cicah sikit hujung jari n letak atas lidah dia. Tak nampak macam kepedasan, Afiqah tak jelir lidah ke, tak keluar air liur byk pun, tak keluar peluh ke. Hmm... teraa makan pedas ke Afiqah ni? Tapi mama cakap kat dia, 'Afiqah tak boleh makan pedas lagi, tunggu besar sikit bila lidah n perut dah kuat'.
Gitulah kisah nya Afiqah makan tose cicah kari.
Wassalam.
Posted by Amalina at 9:49 AM 12 comments
Tidur
Salam,
Dlm 5 bulan lepas Afiqah mengalami masalah tidur. Hmm... tok2 n opah2 mmg dah maklumla dgn fact ni, pasal mmg dari kecik Afiqah susah sungguh nak tidur, dan dia sgt sensitif pd bunyi. Kalau Afiqah tidur tu, jgnla sape lalu, bunyi angin pun dia boleh jaga (exagerate la ni), tapi mmg kami cukup jaga tak nak bagi bunyi apa pun kalau Afiqah tidur. Bila makin besar, Afiqah makin matang, senang sikit nak tidur, tapi masih tak ok sepenuhnya, mama rasa dia insecure, kalau mama or papa peluk Afiqah akan tidur lena, tapi bila kena tinggal dia akan senang jaga. Ok, sebenarnya dah lama juga Afiqah dah boleh tidur lena sejak dtg sini, walaupun ditinggal tidur seorang, tapi 5 bulan lepas, dia tidur tgh mlm jaga, mata tak bukak tapi mcm org resah mengeliat kiri kanan. Sebulan jugak dia mcm tu, tiap2 mlm mama n papa dok teka la dia lapar ke sakit perut nak BAB ke. Kadang2 tekaan kami betul, yg menyebabkan kami delay nk discuss dgn doktor pakar saraf Afiqah. Tapi bila dah sebulan camtu, penin ma n pa takleh nak tidur betul2, kami pun discuss dgn Doc., Doc bagi ubat tidur utk Afiqah. Perlu beri hanya bila Afiqah tak boleh tidur mlm. So, bermula mlm tu, on top of ubat penenang@ ubat sawan Afiqah kena mkn ubat tidur. Kalau tak, kesian kat dia juga, bila pagi dia pun letih sbb tak dpt tidur, kami nak kena pi lab, terpaksa jugak hantar dia ke nursery. Bila makan ubat tidur, InsyaAllah Afiqah dapat tidur lena, dan pagi bangun dgn segarnya, termasukla ma n pa, :D. Sebulan mkn ubat tidur, lepas tu mama cuba tak bagi pulak, ok, dia boleh tidur lena. So, sejak tu mama stop dah tak bagi ubat tidur, hanya bila Afiqah resah2 n susah nak tidur je. Lately, dah sebulan lebih jugak, kami tak bagi dia mkn ubat tidur tu, Afiqah boleh tidur lena dgn nyenyak dari mlm sampai pagi, InsyaAllah. Alhamdulillah. Tapi ubat tidur masih spare kat rumah.
Wassalam.
Posted by Amalina at 9:39 AM 4 comments