Salam,
Selama 2 bln Afiqah di hospital, 2minggu pertama mama n papa teman Afiqah 24 hrs, lepas Afiqah dah mula masuk nursery di hospital dan start rehab actively (everyday ada PT, 2/3 days in a week ada OT, PT n ST), kami cuma teman dia tidur malam bergilir2. Lepas tu nak dekat sebln, mama mula tak sihat, semput... dan tgk keadaan Afiqah yg dah biasa dgn rutin hospital, nurses & juga penjaga2 di wad, mama n papa ambil keputusan utk tinggalkan Afiqah di hospital. Kami dah tak teman Afiqah tidur mlm. Petang2 kami lawat dia, kadang2 stay sampai waktu dinner n feed Afiqah. Weekend dah boleh bwk Afiqah blk masa ni sbb dah bukak simen di kaki. Di bwh ni nk share gambar2 aktiviti2 yg Afiqah buat di nursery part 1 (gambar2 hasil kraf Afiqah).
Buku nota sensei catatkan aktiviti dan keadaan Afiqah berserta gambar.

Buku kedatangan Afiqah. Yang ada cop pokok merah tu maknanya absent, kalau dtg sensei tampal sticker.
Cawan yang dihias dgn biji2 pokok apa tah. Biji tu dikutip masa Afiqah keluar strolling dgn rakan2 senursery.
Lukisan cop, dgn ubi keledek yang dikorek semasa aktiviti luar. Mungkin guna ubi yg buruk kot. Sbb ada juga aktiviti memasak ubi keledek yg dikorek. N3 akan dtg InsyaAllah ada gambar Afiqah di kebun ubi keledek dgn kaki bersimen dan gambar masak2 kuih dr ubi keledek tu.
Penanda buku dari maple leaf yg di laminate. Maple leaf ni pun dikutip semasa aktiviti luar... yang sepatutnya ibu bapa boleh join, tapi mama tak dpt nk join, cuma hantar lunch box saja utk Afiqah.
Wassalam.