Salam,
Ni nak share gambar Afiqah lepas mandi pagi tadi. Rambut dia melekat di kedua2 belah pipi, mama rasa funny pulak. Teringat masa kecil (hingga umur 2/3 bulan) Afiqah pakai feeding tube utk minum susu, dia tak boleh sucking masa tu. Salah satu masalah baby lemas, especially yg severe, saluran makannya rosak dan tak boleh menelan. Kalau disuap juga dia akan tersedak teruk. So, masa tu Afiqah pakai tiub yang masuk ikut mulut, panjang tiub dlm 50 cm kalau tak salah. So bahagian yg terkeluar tu panjang juga dan berjuntai, kami plaster di dagu Afiqah supaya tak bergerak atau tertarik keluar. Jadinya, nampak macam Afiqah berjanggut sebatang. Papa pun menggelarkan Afiqah masa tu, 'cucu berjanggut'. Zaman yg quite stressful krn Afiqah stressful, boleh kata almost 24 hrs menangis saja, tidur pun 30- 40 min even waktu mlm. Tapi mlm tidur bangun tidur bangun. Dlm keadaan stressful mcm tu, sempat papa Afiqah berjenaka utk menghibur. Alhadulillah, skrg ni Afiqah pula yg selalu menghiburkan. Dgn gelak tawa dan kebolehan2nya.
Wassalam.
Jambang? janggut?
Sunday, May 17, 2009
Posted by Amalina at 1:36 AM 12 comments
Tangan menguis
Thursday, May 14, 2009
Salam,
Sebelum ni mama ada cerita pasal pergerakan tgn kiri Afiqah yg dia boleh kawal sedikit. Walaupun mmg dia menguis tgn dia main dgn botol/ mainan yg diletakkan ditepi dia, mama masih ada sedikit (sikitla, sbb mcm nak percaya tak percaya, kenapa? panjang nak cerita sejarah Afiqah, mama nak cerita present saja buat masa ni) keraguan dgn kebolehan Afiqah tu. Tapi, 2 mlm lepas Afiqah tunjukkan lagi sekali kebolehannya. Mmg selalu dia tunjuk, tapi tak kena direct pada mama. Semenjak 2 menjak ni, body clock Afiqah dah set tido mlm pukul 9 atau 930, lepas tu tgh mlm lbh kurang antara 1130- 1230 dia akan berbunyi, menguek nak bangun la tu. Lepas tu dia akan bangun untuk menyelesaikan kerja yg biasanya org selesaikan di waktu pagi, iaitu BAB. Skrg ni kalau dia tak lena sampai ke pagi, bgn tgh mlm tu, ma n pa dah tau dah, mesti nak BAB la tu. Bila sudah, dia akan senyum lebar teruja, tegur2 papa mama. Tapi kena bg tidur jgklah sbb esoknya nak sekolah. 2 mlm lepas, dah BAB tgh mlm tu dia tak boleh tidur pulak, terbeliak mata lip lap terkebil2. Mama dah peluk pun dia tak boleh nak tidur juga. Akhirnya mama lepaskan Afiqah, mengiring membelakangi Afiqah utk tidur sbb mama dah ngantuk sgt. Tapi mama tak terus lena, sbb Afiqah dok memanggil sambil tangan dia dok menguis2 belakang badan mama tak berhenti2. Mula2 mama nak biarkan saja sbb Afiqah tak nampak resah2, mama harap dia akan ngantuk dan akhirnya tidur sendiri spt kadang2. Tapi tak boleh tidur pulak, dok panggil la mama sambil kuis belakang mama. Sampaila mama toleh balik ke dia. Alhamdulillah, pergerakan tgn dia dah controllable sedikit dan mama suka bila tgn Afiqah menyentuh mama purposely sambil suaranya memanggil mama.
Wassalam.
Posted by Amalina at 9:37 AM 8 comments
Jom join myspecialchildren group
Tuesday, May 12, 2009
Assalamualaikum,
Mama Afiqah ingin mengajak ibu2 yg punyai anak2 istimewa utk join mailing group ni myspecialchildren@yahoogroups.com. Group ni adalah kumpulan ibu2 di Malaysia yg punyai anak2 istimewa. Group ni mungkin tak seaktif group di US dan ahlinya juga takla seramai mereka. Marilah meramaikan group ni. Kadang2 ada ibu yg post info2 berguna. Ada ibu yg anak istimewanya dah dewasa pun, jadi boleh juga kalau kita nak tny2 ttg pengalaman mereka.
Wassalam.
Posted by Amalina at 9:48 AM 6 comments
A mother's day gift
Monday, May 11, 2009
Salam,
Saja nak share gambar hadiah hari ibu dari Afiqah. A nice mug crafted by Afiqah of course (dgn ptolongan cikgu), ada lukisan2 tgn dia. So nice.Wassalam.
Posted by Amalina at 4:19 PM 6 comments
Happy mothers day!
Sunday, May 10, 2009
Assalamualaikum,
Happy mothers day to all mothers.
With love,
Mama Afiqah.
Posted by Amalina at 9:27 PM 1 comments
Papa usik, Afiqah cebik...
Saturday, May 9, 2009
Ni saje nak share gambar2 Afiqah tgh cebik bila di usik papa. Beria2 dia sedih. Tau org marah tu (olok2). Tapi kalau mama yg acah2 marah tu Afiqah tak percaya, selalu dia akan gelak kat mama, paling2 pun dia akan gelak tapi mcm heran, atau gelak sambil nak nangis, camne nak tulis tah, sila imagine sendiri ye para pembaca.
Posted by Amalina at 12:01 AM 4 comments
Balik sekolah
Friday, May 8, 2009
Assalamualaikum,
Ini gambar di perkarangan nursery Afiqah. Besar perkarangannya sbb kongsi dgn asrama budak/org2 terencat akal. Bangunan nursery Afiqah tak masuk dlm gambar ni sbb di belakang. Tuuuu Afiqah di dukung papa yg pakai baju hitam. Susah nak nampak kut sbb ramai org lain. Kebiasaannya beginilah bila waktu balik, budak2 yg diasrama tu selalu akan iringi Afiqah/ papa, dari kami masuk gate ambik Afiqah dan keluar. Ada 2,3 org suka tanya kat papa, 'esok dtg lagi?, 'esok hari apa?', 'esok hari jumaat? (walaupun baru hari isnin)', ' esok afiqah datang naik bas?'...Berulang2 kali tanya benda yang sama walaupun tiap2 kali papa bg jawapan yg sama. Yang suka tny jumaat tu sbb weekend parents dia ambik bwk balik rumah rasanya. Kadang2 kalau esoknya public holiday, ada yg akan tny, 'esok ada sekolah? takdekan? cuti!' lepas tu ketawa seronok. Kadang2 papa tanya, 'dah mkn mlm? makan apa?' Ada sorang ni akan jawabla makan apa... lepas tu dia ckp mmm sedap. Ada yg terer sikit bahasa inggeris, selalu tanya papa, 'isnin apa?, papa pun jawab 'monday', kadang2 papa tanya dia pulak. impressive juga. japanese ni tak mcm org malaysia, susah sgt nak menyebut perkataan inggeris, tambah2 yg terencat akal, lagila membuatkan kami impress. Budak yg pandai sikit inggeris ni lawak juga, kadang2 kami sampai n tekan butang kat gate, dia akan tanya, ' sape tuuu?', padahal dia nampak kami. Kadang2 seronok layan mereka, kadang2 bila kami letih atau byk nak pikir psl study, rimas juga bila kena tny bertubi2 soalan yg sama walaupun dah bagi jawapan. Mereka ni walaupun ad yg dah dewasa, tapi akal masih spt kanak2. Ada yang seperti takde perasaan/ rasa, cthnya bila musim sejuk tu, tak pakai kasut duduk atas lantai kat luar perkarangan tu. kalau org biasa, jln kat luar sekejap tak pakai kasut pun tak tahan.
Wassalam.
Posted by Amalina at 2:24 AM 2 comments
Tagged by Fizi@memoth
Salam,
Kali ni kembar tak seiras mama pula yg tag. Ex schoolmate mama masa di TKC. coincidentally kami share birthdate.
1. When was your engagement?
Alamaks, luperla...
2. When is your marriage anniversary?
15 Dec 2002
3. How long have you known your spouse?
Met in 1994. Sama2 di matrikulasi.
4. How long did you date before you got engaged?
Uh lama daa... malu nk citer.
5. Where did you meet your spouse?
Di pusat matrikulasi JMC, MLA, cheras.
6. What is your spouse’s full name?
Edzrol Niza
7. Do you have any children?
Yes, alhamdulillah.
8. How many?
1
9. Do you have any pets?
Nope.
10. Do you own or rent?
Rent
11. Do you live in the country, city/town?
Town
12. What is your favorite activity you do together?
Watch tv shows. Skrg ni byk habiskan masa di rumah je.
13. Do you have a favorite vacation spot?
Maybe nothern Msia, perak, penang...
14. How many siblings do you have including in-laws?
4+2
15. What mosque do you attend?
tkde
16. Is this the mosque you got marrried in?
No.
17. What town is your current address?
Kyoto.
18. Do you work or stay home?
Work but would LOVE to stay home! (samele kita Fizi)
19. Where did you go for your honeymoon?
Rasanya tkde pi honeymoon.
20. Leave a piece of marriage advice and tag ur friends.
Alamak, tak boleh nk advice orgla, I myself hv a lot to learn.
I tag...
sesape yg willing nak buat, silakan ye.
Wassalam.
Posted by Amalina at 2:11 AM 0 comments
Demam campak- dah baik
Thursday, May 7, 2009
Assalamualaikum,Alhamdulillah Afiqah dah baik demam campaknya. Lepas kena campak tu, Afiqah cuti seminggu je dari nursery. Lepas seminggu, sensei dia dah call tanya dah boleh pergi sekolah ke? Seblm cuti tu sensei pesan kena confirm dgn doktor dulu baru boleh dtg balik. Bila pergi jumpa doktor hari pertama kena campak tu, doktor kata kalau tanpa ubat mungkin 2-3 minggu baru baik, tapi dgn ubat seminggu je dah baik. Oklah, tak kisah la tu. Lepas 4 hari bercuti krn campak, hari Jumaat petang sensei Afiqah dah call tanya, minggu depan Isnin Afiqah sekolah tak? Mama terkezut jugak sensei tny camtu, cepatnya sensei expect Afiqah nak sekolah balik, mama pun tergagap2la jawab, 'kami tak pi jumpa dokto lagi, esok (sabtu) kami pi la, tapi sabtu minggu tu nursery cuti kan? Camna kami nak confirm Afiqah boleh sekolah ke tak Senin? Mungkin Senin tak sekolahlagila kut'. Cikgu Afiqah pun kata, 'oooh, esok mmg cuti, tapi ada sensei bertugas yang datang dari pukul 9 hingga 5, kalau boleh call lah dalam masa tu confirmkan'. Mama pun jawab, ' baik sensei', hehehehe lbh kurang gitula isi perbualan, walaupun tkdela skema camtu. Tapi sabtunya, klinik yang selalu pi tu tutupla pulak atas sbb2 tertentu, senin pagi pun dia tutup. dahla klinik2 sumer bukak sampai pkl 12 je hari sabtu n ahad langsungla tak bukak, tak sempat kami nak cari klinik kanak2 lain. Akhirnya kami pi hospital yg mama selalu pergi, hospital ni tkde bahagian paediatrik (jepun ni kliniknya semua khusus). Nasib baik juga diterima, dokto situ kata, lambat lagi Afiqah nak baik ni, tak semua biji2 air tu kering lg, boleh infect budak2 lain. Mungkin seminggu dua lagi baru baik betul. Aikkkk!!? Yang doktor klinik kata seminggu dah baik, sensei nursery plk dah call mcm dah expect Afiqah sekolah balik, tapi doktor ni kata lambat lagi la pulak. Confuse mama. Dipendekkan cerita, Selasa pagi baru bawak Afiqah ke klinik yg selalu pi, n doktor kata ok dah boleh sekolah, terus kami hantar Afiqah ke nursery. Lagipun hari sebelumnya (Isnin), sensei dah call siap ckp kat kami, ' esok pi jumpa doktor, confirmkan yg Afiqah dah boleh sekolah, lepas tu Afiqah terus dtgla ye,.... agak2 sempat tak Afiqah naik bas sekolah (sensei tny)?' Mmg tak sempatla... So papa hantarkan saja. Begitulah.
Lepas baik campak, ada masalah sikitla. Post-campak problem. Biji2 air tu ada tumbuh dlm telinga kiri n hidung kiri Afiqah. Bila biji air tu jadi kudis, kupingnye tu besar sgt kut sampai blok pernafasan Afiqah. Dia bernafas mcm org hidung tersumbat, mama ingatkan, 'laaaa baru je baik demam campak, dah nak kena selsema ke...?' Tapi rupa2nya hidung tersumbat dgn kuping luka. Terpaksala dikorek dgn cotton bud. Mulanya reluctant juga nak korek, sbb nanti rosak pulak selaput hidung Afiqah. Tapi korek tak jalan daaa, sbb dah tutup lubang yg dalam, kalau korek lagi tutup ke dlm. Bila mandi pagi, kuping tu kena air n jadi lembut kut, lepas mandi sambil papa lap2 dan Afiqah ketawa2, terhembuslah keluar kupin luka yg blok hidung Afiqah, maka selesailah masalah post-campak :D.



Wassalam.
Posted by Amalina at 10:01 AM 5 comments