Assalamualaikum,
Gigi depan bawah cemek sudah rongak satu la. Kebetulan beberapa minggu lepas, blogger A&A cerita pasal bawa anaknya cabut gigi. Sekali beberapa hari lepas tu gigi depan bawah Afiqah longgar. Keesokan lepas perasan gigi dia longgar tu pulak, mmg di nurery dia ada sesi regular check up gigi. Mama pun tnyla apa nak buat dgn gigi longgar tu. Doc kata biar je dia tanggal sendiri nnt bila gigi baru nak tumbuh. Lama juga tunggu gigi tu luruh, tak luruh2. Masa di Hiroshima, mama cuba nak cabut, pegang dgn tuala n tarik, tapi tak tercabut pula. Sbb suap Afiqah mkn dlm keta, goyang2, nampak mcm Afiqah kurang selesa berlaga2 dgn gigi dia tu. Petang tadi, selamat gigi dia tercabut di nursery. Sensei siap bungkus n stapler di buku nota Afiqah lagi giginya yg tanggal tu. Ni Afiqah dah tido. Esok2 mama ambil gambar Afiqah rongak (dah ambil), hihihi.
Sudah rongak daaa...(updated)
Thursday, July 2, 2009
Posted by Amalina at 11:51 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
annisa selalu meleleh air liur selepas giginya dicabut. tapi sekarang dah ok balik.
gigi tu boleh buat batu cincin. he he he
Afiqah ada gigi takde gigi, selalu juga meleleh air liur. Selalu nk kena pakai bib.
Awak buat batu cincin, saya nak buat hiasan kat handbag, pasai sy tak suka pakai accesories. Org gemuk.... asyik peluh, hihi.
Assalamualaikum
Tengah sabar menanti gigi Muja pula jatuh dan tengah fikir nak buat apa dengan gigi itu nanti. Macam2lah mama A & A, nak buat batu cincinlah pula. Amal pulak accesories untuk handbag. Keh! keh! keh! (Ketawa besar saya). Kalau dah jadi post entri di blog siap dengan gambar sekali ye.
Salam ceria
lightnur
emm..ina masih terbayang2..camner nak cabutkan gigi Nabila nanti..akak dah rasa dah pengalaman tuh..emm..camner..rasa seram tak kak..?ina ni penakut sket klu tgk gigi dah goyang2 nih..!
Waalaikumsalam warahmatullah lightnur,
Nnt tunggu semua gigi susu dia luruh baru buat batu hiasan. Hihihihi, saja melawak.
Salam Noina, Gigi Afiqah tu lama jgk dok goyang2 akhirnya tercabut sendiri di nursery. Kak Amal cuba tarik tak tanggal jugak, tak berani nak paksa, so biar je. Lgpun masa tny doc gigi, dia kata biar je, gigi tu akan luruh sendiri bila gigi baru nk tumbuh. Lama lagi gigi si comel Nabila nak luruh tu...
adui adik muaz n abg luqman mak long gigi rongak sbb suka sgt dgn coklat. tiap hr mesti pekena coklat. tak larat nak suruh sental gigi. nasib baik depa patuh bab sentalan gigi tu. nway depa belum ada lg gigi susu luruh. masih bertahan. ada anak kwn pak long baru2 ni kena cabut 14 batang giginya. kesian. tak dpt bygkan. mak long cabut geraham bongsu sebiji pun seminggu merana.
ayyo, sekali 14 kena cabut, ngerinye dengar. kuat betul gusi hero2. belum ada gigi yg luruh. afiqah ni tiap thn kat nursery dia ada check gigi, so far alhamdulillah doktor kata takde ulat, hihi. sensei kt nursery selalu gosok gigi dia lepas mkn. tapi afiqah ni punya la susah nak bukak mulut bg org gosok gigi dia. lagi satu dia suka keluar lidah, tu satu sbb gigi dia luruh kot. asik dok tolak gigi.
adik syaza kata.. kakak nurul tak boleh mkn coklat dah.. nnt gigi rosak..hehe..
syaza makan coklat sakit tekak je..hehe
bley jadi pencetus semangat utk syaza rajin gosok gigi..yeay!!
Ececece adik Syaza... nnt kita tgk gigi dia luruh baper thn. Mesti kena rajin gosok gigi, tapi jgn tenyeh kuat sgt nnt gusi haus, hihihihi. Tapi betui, doktor ckp kat mak ngah camtu.
salam kenal..salam ziarah..
Salam kenal mama idzareef, terima kasih krn ke mari. Jemputlah lagi.
Post a Comment