skip to main | skip to sidebar

Sapalah...


ShoutMix chat widget

Arkib

  • ► 2014 (1)
    • ► January (1)
  • ► 2010 (7)
    • ► December (2)
    • ► November (1)
    • ► January (4)
  • ► 2009 (36)
    • ► September (1)
    • ► August (2)
    • ► July (6)
    • ► June (8)
    • ► May (9)
    • ► April (1)
    • ► March (7)
    • ► January (2)
  • ► 2008 (54)
    • ► December (3)
    • ► November (2)
    • ► October (3)
    • ► September (2)
    • ► August (9)
    • ► July (6)
    • ► June (2)
    • ► May (3)
    • ► April (11)
    • ► March (5)
    • ► January (8)
  • ▼ 2007 (46)
    • ► December (3)
    • ► October (7)
    • ► September (2)
    • ► August (6)
    • ► July (1)
    • ► June (4)
    • ► May (9)
    • ▼ April (7)
      • Afiqah rindu sekolah???
      • Sensei datang rumah
      • Afiqah demam
      • Taman Botani Kyoto
      • Hari-hari awal Afiqah di Hinadori nursery
      • Registration ceremony at Hinadori nursery
      • Cherry(Sakura) Blossom
    • ► March (6)
    • ► February (1)

Tempat bertandang

  • Light's Life Journey
    Beyond Milestones: Celebrating Muji's 21st – A Journey of Endless Blessings and Purpose
    1 week ago
  • :: cheritera-chinta ::
    Happy birthday, dear me!
    4 years ago
  • Buat Anakku Yasmin Nabilah Zulhilmi
    Kisah Yasier Yaseera..
    5 years ago
  • perjalananku masih panjang
    Qori Pandeglang
    5 years ago
  • A Journey of An Amazing Syafiah..
    Pemakanan dan Info Menarik Mengenai Dunia Kucing
    8 years ago
  • WATER LILY
    Sekadar rindu yang barangkali palsu
    8 years ago
  • Bila Insan Istimewa Menulis
    Bergabung Bersama Mejaqq Situs Agen Judi Poker Dominoqq Bandarq Online Terpercaya
    9 years ago
  • Pyanhabib
    Catatan 16 September 2015
    9 years ago
  • i.t.a.f.e.d
    :: Masih Ada Hati Nak Menaip...
    9 years ago
  • ...naluri seorang ibu...
    Friday
    11 years ago
  • My Journey
    End of "summer holidays"
    11 years ago
  • Selamat Datang ke Blog Dr. Azwan
    GST - Goverment Service Tax 6% vs Good and Service Tax 4%
    12 years ago
  • IBU KUMBANG
    Telekung cinta Ibu
    12 years ago
  • Aku OKU!
    Malaysia - Beijing - Malaysia
    12 years ago
  • Tiga heroku
    abang ngah dan abang cik
    12 years ago
  • .....:: Satu hati, satu rasa, satu matlamat ::.....
    DIGI-CHALLENGE FOR CHANGE...
    13 years ago
  • When Life Gives You Lemon... Make Lemonade: Bell's Palsy
    TQ Ms W
    13 years ago
  • Anak Pak Aziz
    Salam...
    14 years ago
  • ada cerita lain
    14 years ago
  • Celoteh Ogy
    Pertukaran Blogspot
    14 years ago
  • Syaza Zuhaira in the House
    hari sukan syaza
    14 years ago
  • Life In Sheffield
    SPECIAL DEDICATION FOR MY BELOVED HUSBAND
    15 years ago
  • Makcu eni
    trying on macro
    15 years ago
  • without u..there'll be no sun in my sky..
    15 years ago
  • Afiqah's papa
    on the swing
    16 years ago
  • Life of a first time mother
  • IANYA BERMULA DI SINI
  • Pi's T W I S T
  • CeRiTa RaTNa
  • Mem of the House

Singgah juga

  • Makocat

Saya serba sikit

My Photo
Amalina
View my complete profile

All about Nurul Afiqah

Assalamualaikum and hello. This blog is about our daughter Nurul Afiqah. She is a Cerebral Palsy with Quadriplegic Spasticity and Global Developmental Delay. Main purpose of this blog was to share stories about Nurul Afiqahs experiences in Japan with families in Malaysia, especially Tok2 n Opah2. Other bloggers are also welcome to read and comment in this blog. Let’s share infos for our benefits.

Afiqah rindu sekolah???

Friday, April 27, 2007

Salam,
2 mlm lepas Afiqah susah nak tidur. Mata pejam tapi dok merengek2 n badan dok pusing2 (gerak2), kaki tendang2. Tapi mata ngantuk. Ingat dia sakit perut nak BAB ke, takde pulak, sapu minyak angin kat perut takut angin, urut2 sikit tak keluar angin pun. Cek suhu, tak demam pulak. Apa pasal pulak ni, side effect demam hari tu ke...? hmmm... Pukul 3 pagi baru tidur lena, itupun nk kena peluk.
Semlm balik dari U, yayah cakap nurul nangis. Mula2 yayah bawak dia keluar ke tmn depan rumah, nurul seronok ketawa2. Lepas tu angin kuat yayah terus bawak masuk dalam rumah. Yayah kata nurul terus nangis kuat dlm rumah.
Malam semlm seblm tidur pun nurul dok merengek2. Selalu kalau dapat dok atas riba dia tak merengek. Bersembang ke, senyap tgk tv ke. Time nak tidur pun lambat nak lena. Mcm nak main. Papa Afiqah cakap, sebab dia cuti sekolah lama sgt kot, kurang aktiviti. Kami rasa macam dia rindu sekolah. Nurul suka sgt kalau keluar rumah, jalan2 n naik keta. Kalau pi jalan2 naik kereta lama2, so far dia tak pernah meragam. Afiqah bosan asik dok rumah kot. Minggu depan start pi sekolah balik. Masa sensei dtg 2 hari lepas pun, dia senyum kat sensei, sensei babai dia, dia ketawa. Dah kenal sensei dia...
Wassalam.

Posted by Amalina at 10:00 AM 1 comments    

Sensei datang rumah

Wednesday, April 25, 2007

Salam,
Hari ni sensei datang rumah petang tadi. Lama sangat Afiqah cuti, sensei mai tgk. Afiqah tak pi sekolah hari isnin hari tu, ina bagitau dah kat ofis sekolah, petang tu sensei yang responsible jaga Afiqah telefon tanya pasal Afiqah. Rajin betul sensei, mai sampai rumah. Mula2 Afiqah macam heran kenapa sensei ada kat rumah nih, dia tgk jee, lepas tu dia senyum. Masa tu Afiqah tengah makan nasi. Terganggu sikit mkn dia, tapi lepas tu ok je. Senyum2 kat sensei n sembang2 dgn ina. Sensei tgkla mcm mana Afiqah kat rumah.
Wassalam.

Posted by Amalina at 10:23 PM 0 comments    

Afiqah demam

Salam,
Minggu ni Afiqah cuti tak pi sekolah. Minggu lepas hidung dia berhingus and tersumbat sikit, jumaat lepas dah amik ubat kat hospital. Makan ubat 3 kali sehari, doktor bagi bekal utk 4 hari. Hari ahad hari tu, mkn ubat kali kedua tiba2 badan dia naik panas 40.3 darjah. Mula2 tak perasan sebab dia dok makan dgn bibik, bibik tak cakap apa pun. Bila dah habih makan, dia dok merengek2 je, sekali cek badan dia panas, bawah ketiak panas betul. Check dgn termometer, hah!! 40.3, tak pernah dia demam panas camtu. Lepas tu terus ambik ais basah2 kan kepala n letak tuala basah kat badan dia. Papa peluk, dia terus tidur. Memang dia merengek2 mcm letih je. Masa tgh tidur, ina pi beli gel utk tempek kat dahi dia bagi sejuk. Kedai ubat dekat rumah, pi jln kaki je. Balik tu, terus tampal dahi dia n belakang dengan gel tu. Mcm koyok rupanya, tapi utk demam. Masa dia tidur tu dok check suhu, turun 1 darjah, lepas tu turun lagi 1 darjah, lepas tu naik balik. Maybe sbb papa dia dok peluk, suruh papa baringkan Afiqah, then turun balik suhu dia. Tapi still demam, terus kami siap2 ingat nak bawak pi klinik ke hospital ke, klinik tutup pulak hari ahad. Pi hospital yg dekat rumah, hospital pun tutup, kecuali kalau ada kes kecemasan baru depa panggil doktor kot. Or kalau doktor dok ada, depa terimala, macam ina pergi hari tu luar waktu examination. Director hospital tu sendiri examine. Tapi Afiqah macam dah sihat sikit, atas kereta, bising pulak sembang2. Macam dah sihat, baru sihat sikit. Nampak beza masa 40.3 darjah tu, lembik je, merengek2. Demam nak naik kereta kot, selalu weekend papa bawak jalan2, weekend lepas tak pi mana2 pun. Alhamdulillah lepas tu dia terus ok, takla demam dah. Tapi hidung masih dok tersumbat sikit sekarang, mcm org resdung pulak, hingus tak meleleh, tapi hidung sumbat.
Wassalam

Posted by Amalina at 10:09 PM 2 comments    

Taman Botani Kyoto

Saturday, April 21, 2007

Salam,
Ni gambar Afiqah dengan bibik dalam taman botani Kyoto. Kami hantar Afiqah dari rumah sekerat jalan depan taman botani ni, lepas tu bas sekolah ambik dia. Balik pun sama jugak. Bibik seronok tgk banyak bunga warna-warni. Siap bibik pernah tanya kami hari tu, bunga di Kyoto ni ada berapa warna? Kami pun??? macam mana nak jawab nih, macam tak percaya je soalan tu, ke bibik salah phrase ayat. Rupa2nya mmg betul dia tanya berapa warna, pasal kat Indonesia tak byk bunga warna-warni.

Posted by Amalina at 3:13 PM 2 comments    

Hari-hari awal Afiqah di Hinadori nursery

Sunday, April 15, 2007

Salam,
Ni gambar 2 buku yang Afiqah bawa pi sekolah tiap2 hari. Sebelah kiri tu buku nota/ report book, di sekolah sensei tulis apa2 berkaitan nurul, buat apa, nangis ke tak, dah ketawa ke, makan apa, minum apa, dah berak ke, mcm2lah. Buku yang kiri tu buku kedatangan. Ada macam kalendar, hari Afiqah pergi sekolah sensei akan tampal sticker kecik gambar bunga ke apa ke kat hari yg Afiqah attend (Tgk gambar bawah).

Ok, mari lihat apa sensei tulis hari pertama Afiqah di sekolah. Sensei cakap, Afiqah macam
bersemangat datang sekolah, bila masuk bilik/ kelas, Afiqah macam terkejut sebab ramai budak2 n bising2. Manala Afiqah biasa sgt orang ramai2 n bising camtu. Kat rumah dok dgn bibik je, mlm dgn kami 3 orang dewasa, mana nak bising. Kalau jemput students dtg rumah je la bising2 sikit, itupun jarang2. Sensei cakap badan Afiqah macam tense je, tak relax. Tapi bila sensei cakap 'Ohayo!' kat dia, dia tgk muka sensei. Bila kelas senyap, baru muka Afiqah macam relax sikit, lepas tu sensei bawak dia pi jalan2 kat luar.
Bila Afiqah balik dari nursery, nampak muka dia tense, mata peghit2 macam seghiu, tapi bila dengar suara Ina, baru senyum lebar. Dalam kereta, mata dia terbeliak n macam terpinga2, cuba nak memahami apa yang berlaku. Maklumlah, hari ni lain betul dengan hari2 biasa dia. Papa takde, mama takde, bibik takde, lepas tu tiba2 ada balik. Siann dia... tapi nampak gaya macam dia adapt quite fast, mari tgk hari kedua Afiqah....
Hari kedua sensei kata nampak mcm kurang sikit tense Afiqah. Note hari kedua sensei tulis detail apa Afiqah makan n byk mana minum air, ina request. Senang nak adjust berapa byk dia minum air kat sekolah and rumah. Takut tak cukup minum air. Hari pertama masa sensei nak bagi tidur tghhari, Afiqah nangis2. Hari kedua nangis jugak tapi ada gelak2 sikit, sensei ckp. Sensei seronok tgk Afiqah byk gelak hari ni. Hari ke 2, kami pergi ambil Afiqah lagi kat tempat bas sekolah hantar dia. Nampak dari tingkap, dia tidur sendiri dalam bas, terkejut sikit2, letih anak mama pi sekolah. Bila turun dari bas, dengar suara org bising2 (mak2 budak lain), lepas tu dengar suara ina, terus dia senyum, tapi mata dok pejam lagi. Comeinyaaa... Hari ke3 pun sama juga sensei tulis dalam note tu. Hari ke3, sensei tulis dia seronok tgk masa amik Afiqah, kami 3-3 ada, papa, mama n bibik. Sensei rasa waaaah, disayanginya Nurul Afiqah, sampai semua orang hantar dia pi sekolah. Di sekolah/ nursery, waktu sensei bawak jalan2 kat luar, matahari terik, Afiqah mmg tak berapa suka terik2, dia lemas tak boleh nak bukak mata. Tapi sensei kata mulut dia bising2 and banyak ketawa. Hari ke3 ni pun, sensei kata tghhari dia makan byk dari hari2 seblm. Alhamdulillah, pandai anak mama bawak diri... Petang masa ambik Afiqah pun dia tidur lagi sendiri dlm bas.... Hari ke4 ina tak pergi ambil Afiqah balik, ada hal kat U. Tapi bibik kata, comotnya Afiqah, berkerak muka dia, dengan hingus kering, baju comot, bau busuk... Macam busuk mknan. Siann dia. Balik sekolah je mesti kena bagi mandi... mesti, bau sekolah busuk sket :D.

Posted by Amalina at 12:53 PM 2 comments    

Registration ceremony at Hinadori nursery


Salam,
Ni gambar dalam dewan registration ceremony. Nursery ni diuruskan oleh org2 Kristian Jepun, tu pasal ada salib dalam hall. Permulaan ceremony pun MC recite ayat dalam bible. Pengetua nursery tau kami Islam, n dia cakap kalau ada apa2 perkara yang tak berkenan or tak nak Afiqah join diorang buat, dia suruh bagitau. Makanan Nurul pun kami dah bagitau apa yang Nurul tak boleh makan. Daging semua tu especially pork mmg tak boleh n perkakas masak pun tak boleh campur, so diorang bagitau cook. Cook pun dah call papa Afiqah, tanya detail semua, hopefully diorang follow. Ingat nak bekalkan je makanan Afiqah, tapi diorang bersungguh kata boleh buatkan, so tiap2 hari minta diorang report apa Afiqah makan n minum. Afiqah pergi nursery ni naik bas nursery, kami hantar sekerat jalan, lepas tu bas ambil. Gambar bawah, gambar dalam bas yang Afiqah naik, tpt duduk Afiqah belakang sekali sebab dekat dgn tpt cikgu duduk.


Gambar bawah, try dudukkan Afiqah kat kerusi bas. Kerusi tu boleh adjust reclining dia, oklah, strap kerusi pun support badan Afiqah elok.


Ada 5 orang sensei besides sensei besar (guru besar) yang setiap sensei responsible untuk jaga beberapa org budak. Yang jaga Afiqah nama sensei Tamura. Gambar bawah sensei Tamura dukung Nurul dalam bilik nursery.
Setiap budak ada locker, nak simpan pampers, tuala, baju salin, etc. Afiqah tak nangis pulak kami tinggal dia dengan sensei Tamura sekejap, sebab ada sesi taklimat untuk ibu bapa, tapi muka dia macam seghiu2 je, pejam2 mata n unease. Bila kami ambik dukung dia, terus ceria muka n senyum n badan pun relax. Kalau kecik2 dulu, orang tak kenal ambik dia, terus nangis. Skrg kalau dengan org yang tak kenal, macam student2 Malaysia yang lain kat sini ambik dia, dia tak nangis, tapi dia akan peghati orang tu. Kalau orang sembang dengan dia, nyanyi or main dia akan suka tapi still nampak macam tense.

Posted by Amalina at 11:58 AM 0 comments    

Cherry(Sakura) Blossom

Tuesday, April 3, 2007

Ni gambar Afiqah n bibik bawah pokok sakura. Sekarang musim bunga sakura kembang, seminggu lepas ni gugurlah bunga2 itu. Sakura kembang utk lbh kurangseminggu je, so waktu ni ramailah orang pergi 'hanami' or cherry blossom viewing. Sort of picnic di tpt2 yg ada pokok sakura. Di Kyoto ni memang merata2 lah, tak payah pergi park pun, belakang rumah, tepi rumah semua pokok sakura. Gambar Afiqah n bibik ni kat tepi rumah je. Bangunan sebelah kiri tulah rumah kitorang. Tingkat bawah tu kosong, garage, kat situ letak basikal, atas garage tu, yang nampak langsir terbukak sikit tu rumah kitorang. Itu tingkap living room, living room tergantung. Sebenarnya bibik n Afiqah berdiri tepi pagar tu, pagar utk Kyoto University International House, mula2 sampai kami dok situlah 2 bln. Lepas tu pindah sebelah ni je. Senang mengangkut n kawasan sini mmg bagus pun. Semua ada, nak beli groceries pun ada byk kedai, bibik pun dah boleh pi beli sendiri. Kadang2 pi beli susu Afiqah.
Ini gambar Ina pulak dengan Afiqah. Opposite site dari gambar Afiqah n bibik. Kiranya ni mengadap rumah kami. Gate belakang tu gate Kyoto Uni Int. Hse. Belakang lagi tu landasan keretapi. Dekatla dgn stesen keretapi. Serba- serbi dekat. Kedai 100Yen shop dekat, Hospital dekat, boleh jalan kaki je. kalau sakit pun boleh jalan kaki je punya dekat. Hospital swasta. Kalau kami pi, tak mahal sgt sbb dah masuk National Health Insurance Program, tapi kalau kena bawak bibik...hmmm lepas bayar terus pengsanla:D. Hari ni cuaca tak bagus, sebab tu Ina pakaikan mask utk Afiqah. Berjerubu, yellow sand dari China. Sepatutnya cuaca cerah, kalau tak jerubu langit biru je. Lagi cantikla bergambar dgnpokok Sakura. Actually, Ina tgh cuti ni. Tak sihat, cuti kepala pusing. Beberapa hari seblm takleh nk berdiri, bearingtk betul. Berdiri rasa kepala melayang, kalau lama2 rasa nak muntah. Dr. kata sbb perubahan cuaca. Ni rasa ok sikit boleh berdiri tapi kepala ada fenin lalat skit lagi. Lepas tu sambung dgn selsema pulak. Cuti lama skitlah, ingat sampai enrollment ceremony.... which is esok. Lepas tu Jumaat Afiqah punya enrollment pulak.
Ni gambar Afiqah naik buaian dgn bibik kat taman tepi rumah jugak. Betul2 opposite rumah seberang jalan tadi. Bibik nak ambik gambar ni berlatar belakang kan pokok bunga Sakura kat tepi rumah orang, tuuu belakang sana.
Ok, wassalam.

Posted by Amalina at 6:41 PM 0 comments    

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod