Ni gambar Afiqah n bibik bawah pokok sakura. Sekarang musim bunga sakura kembang, seminggu lepas ni gugurlah bunga2 itu. Sakura kembang utk lbh kurangseminggu je, so waktu ni ramailah orang pergi 'hanami' or cherry blossom viewing. Sort of picnic di tpt2 yg ada pokok sakura. Di Kyoto ni memang merata2 lah, tak payah pergi park pun, belakang rumah, tepi rumah semua pokok sakura. Gambar Afiqah n bibik ni kat tepi rumah je. Bangunan sebelah kiri tulah rumah kitorang. Tingkat bawah tu kosong, garage, kat situ letak basikal, atas garage tu, yang nampak langsir terbukak sikit tu rumah kitorang. Itu tingkap living room, living room tergantung. Sebenarnya bibik n Afiqah berdiri tepi pagar tu, pagar utk Kyoto University International House, mula2 sampai kami dok situlah 2 bln. Lepas tu pindah sebelah ni je. Senang mengangkut n kawasan sini mmg bagus pun. Semua ada, nak beli groceries pun ada byk kedai, bibik pun dah boleh pi beli sendiri. Kadang2 pi beli susu Afiqah.
Ini gambar Ina pulak dengan Afiqah. Opposite site dari gambar Afiqah n bibik. Kiranya ni mengadap rumah kami. Gate belakang tu gate Kyoto Uni Int. Hse. Belakang lagi tu landasan keretapi. Dekatla dgn stesen keretapi. Serba- serbi dekat. Kedai 100Yen shop dekat, Hospital dekat, boleh jalan kaki je. kalau sakit pun boleh jalan kaki je punya dekat. Hospital swasta. Kalau kami pi, tak mahal sgt sbb dah masuk National Health Insurance Program, tapi kalau kena bawak bibik...hmmm lepas bayar terus pengsanla:D. Hari ni cuaca tak bagus, sebab tu Ina pakaikan mask utk Afiqah. Berjerubu, yellow sand dari China. Sepatutnya cuaca cerah, kalau tak jerubu langit biru je. Lagi cantikla bergambar dgnpokok Sakura. Actually, Ina tgh cuti ni. Tak sihat, cuti kepala pusing. Beberapa hari seblm takleh nk berdiri, bearingtk betul. Berdiri rasa kepala melayang, kalau lama2 rasa nak muntah. Dr. kata sbb perubahan cuaca. Ni rasa ok sikit boleh berdiri tapi kepala ada fenin lalat skit lagi. Lepas tu sambung dgn selsema pulak. Cuti lama skitlah, ingat sampai enrollment ceremony.... which is esok. Lepas tu Jumaat Afiqah punya enrollment pulak.
Ni gambar Afiqah naik buaian dgn bibik kat taman tepi rumah jugak. Betul2 opposite rumah seberang jalan tadi. Bibik nak ambik gambar ni berlatar belakang kan pokok bunga Sakura kat tepi rumah orang, tuuu belakang sana.
Ok, wassalam.
Cherry(Sakura) Blossom
Tuesday, April 3, 2007
Posted by Amalina at 6:41 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment