Salam,
Lama betul tak update blog ni, since bibik takde tak sempat nak buat. Tapi alhamdulillah since bibik takde, Afiqah takla meragam. Ok je so far kami jaga dia, berdikari. Kalau ingat masa Afiqah kecik2, macam susah je kami nak bahagi masa study and jaga Afiqah. Tapi Afiqah skrg dah makin besar dan byk berubah. Nak tidur tak payah junjung pusing keliling rumah, kadang2 bila baring2 dia tidur sendiri je. Tapi selalunya mmg papa riba atau baring sebelah papa lah yg senang nak tidur. Nak kena ada bau ketiak papa kot. Tak kira time, pagi petang siang malam, even kadang2 baru bangun tidur pun boleh tidur balik kalau dgn papa.
3 comments:
Asslamualaikum, nampak macam dia pandai adjust sendiri. Bibik dia selalu tanya fasal fiqah abh cakap dia ok dah pandai tegur orang dan tak meragam. Nampak dia ada kawan baru guru guru dia sbb bila cuti dia macam tertanya mana p depa tu. Dia dah serasi kat sekolah.Sementara tu rajin rajin bg dia dengar ina baca quraan dan tengok ina solat wassalam
dari abh dan mama
Wa'alaikumsalam,
Itulah, Ina pun impressed dgn Afiqah. Dia rajin nk sembang dgn org. Kt sekolah masa pi ambik dia, kadang ina intai dulu dari luar, sensei tinggal sat nk pi ambik brg pun dia takla nangis. Dok tgk org keliling. Kat rumah ni pun ada mood dia, dok kat kerusi dia tu, senyap je. Especially kalau dia boleh nampak kami mak bapak dia. Dia mcm tak suka dok senyap tak buat apa2, mesti nk kena ada aktiviti ke atau kami la kena dok melompat depan dia. Kalau bercakap mmg dia balas balik tapi tak pahamla.
Solat n mengaji tu mmg kadang2 depan Afiqah. Bila baca bismillah tu dia menyahut, lepas tu senyapla. Kalau ayat lazim/ fatihah dia nyahut jugak.
Wassalam.
Post a Comment