skip to main | skip to sidebar

Sapalah...


ShoutMix chat widget

Arkib

  • ► 2014 (1)
    • ► January (1)
  • ► 2010 (7)
    • ► December (2)
    • ► November (1)
    • ► January (4)
  • ► 2009 (36)
    • ► September (1)
    • ► August (2)
    • ► July (6)
    • ► June (8)
    • ► May (9)
    • ► April (1)
    • ► March (7)
    • ► January (2)
  • ► 2008 (54)
    • ► December (3)
    • ► November (2)
    • ► October (3)
    • ► September (2)
    • ► August (9)
    • ► July (6)
    • ► June (2)
    • ► May (3)
    • ► April (11)
    • ► March (5)
    • ► January (8)
  • ▼ 2007 (46)
    • ▼ December (3)
      • Perkembangan emosi
      • Menyambut harijadi Afiqah
      • Hinadori Festival dan lain2
    • ► October (7)
    • ► September (2)
    • ► August (6)
    • ► July (1)
    • ► June (4)
    • ► May (9)
    • ► April (7)
    • ► March (6)
    • ► February (1)

Tempat bertandang

  • Light's Life Journey
    Beyond Milestones: Celebrating Muji's 21st – A Journey of Endless Blessings and Purpose
    1 week ago
  • :: cheritera-chinta ::
    Happy birthday, dear me!
    4 years ago
  • Buat Anakku Yasmin Nabilah Zulhilmi
    Kisah Yasier Yaseera..
    5 years ago
  • perjalananku masih panjang
    Qori Pandeglang
    5 years ago
  • A Journey of An Amazing Syafiah..
    Pemakanan dan Info Menarik Mengenai Dunia Kucing
    8 years ago
  • WATER LILY
    Sekadar rindu yang barangkali palsu
    8 years ago
  • Bila Insan Istimewa Menulis
    Bergabung Bersama Mejaqq Situs Agen Judi Poker Dominoqq Bandarq Online Terpercaya
    9 years ago
  • Pyanhabib
    Catatan 16 September 2015
    9 years ago
  • i.t.a.f.e.d
    :: Masih Ada Hati Nak Menaip...
    9 years ago
  • ...naluri seorang ibu...
    Friday
    11 years ago
  • My Journey
    End of "summer holidays"
    11 years ago
  • Selamat Datang ke Blog Dr. Azwan
    GST - Goverment Service Tax 6% vs Good and Service Tax 4%
    12 years ago
  • IBU KUMBANG
    Telekung cinta Ibu
    12 years ago
  • Aku OKU!
    Malaysia - Beijing - Malaysia
    12 years ago
  • Tiga heroku
    abang ngah dan abang cik
    12 years ago
  • .....:: Satu hati, satu rasa, satu matlamat ::.....
    DIGI-CHALLENGE FOR CHANGE...
    13 years ago
  • When Life Gives You Lemon... Make Lemonade: Bell's Palsy
    TQ Ms W
    13 years ago
  • Anak Pak Aziz
    Salam...
    14 years ago
  • ada cerita lain
    14 years ago
  • Celoteh Ogy
    Pertukaran Blogspot
    14 years ago
  • Syaza Zuhaira in the House
    hari sukan syaza
    14 years ago
  • Life In Sheffield
    SPECIAL DEDICATION FOR MY BELOVED HUSBAND
    15 years ago
  • Makcu eni
    trying on macro
    15 years ago
  • without u..there'll be no sun in my sky..
    15 years ago
  • Afiqah's papa
    on the swing
    16 years ago
  • Life of a first time mother
  • IANYA BERMULA DI SINI
  • Pi's T W I S T
  • CeRiTa RaTNa
  • Mem of the House

Singgah juga

  • Makocat

Saya serba sikit

My Photo
Amalina
View my complete profile

All about Nurul Afiqah

Assalamualaikum and hello. This blog is about our daughter Nurul Afiqah. She is a Cerebral Palsy with Quadriplegic Spasticity and Global Developmental Delay. Main purpose of this blog was to share stories about Nurul Afiqahs experiences in Japan with families in Malaysia, especially Tok2 n Opah2. Other bloggers are also welcome to read and comment in this blog. Let’s share infos for our benefits.

Perkembangan emosi

Wednesday, December 19, 2007

Assalamualaikum,
Semenjak dua menjak ni, bila umur nak dekat masuk 4 tahun Afiqah byk menangis pulak. Tapi takla macam masa kecik2 dulu. Sekarang ni byk menangis dengan perasaan, of course perasaan sedih. Bila nak panggil mama papa, dia akan merengek2, tapi mama papa kadang sibuk dok buat kerja, kat dapur ke basuh baju ke, bila mama explain kat dia, 'tak boleh nak main lagi, mama sibuk ni, nak basuh baju, kemas dapur, etc2.', Afiqah senyap dengar, bila habis cakap je dia akan sedih n nangis. Lepas tu dah habis kerja, mama ambik pujuk Afiqah akan senyum, ketawa dan ceria semula.
Post sebelum2 ni ina ada cerita yang Afiqah nangis bila tengok baby Izumi. Ingatkan sekejap je perangai tu, sebab sebelum tu dia tak pernah nangis bila org datang rumah or bila di tempat org ramai. Baru2 ni masa majlis harijadi Afiqah, masa tetamu datang dia menangis. Tetamu yang mula2 datang, masih tak ramai org pun dia nangis. Dia macam terkejut tiba2 orang datang. Walaupun sambil ina dukung, badan, kaki dia akan keras tense macam orang gayat, lepas tu menangis. Memang Afiqah asik nangis bila tetamu2 datang. Mula2 mama papa hairan juga. Tapi sebab dia asik nangis tense je, mama pun biarkan dia nangis (sambil dukung, tak tau nak pujuk camne dah). Tapi bila lama2 sikit, ina sembang2 dengan Afiqah, bila tetamu datang sembang dgn Afiqah, dia tak nangis pulak. Dia suka.
Ina rasa, emosi Afiqah semakin berkembang dan semakin detail. Bila sembang dengan therapists (occupational and physical) dia, therapist pun ckp mungkin perasaan/ emosi Afiqah jadi lebih detail. Sebab tu dia tunjukkan reaction berlainan dgn situasi berlainan. Masa kecik2 dulu asik nangis je tanpa sebab (sebenarnya sebab stress), bila besar sikit, dah kurang stress, asik ketawa je especially bila main2 dengan dia. Tapi kadang2 bila ada sesuatu tu, ina perasan cara mata dia tengok lain je. Contohnya masa ada bibik dulu, asik dibela dgn bibik je. Mama papa ada pun, bibik yg jaga, bagi makan semua. Kadang2 masa dok atas riba bibik, mata dia dok tengok kat mama papa macam nak minta sesuatu (minta main ke, minta dok atas riba mama papa ke). Tapi dia tak nangis atau merengek. Itu bezanya dgn skrg. Sekarang dah pandai merengek atau nangis untuk meminta (communicate).
Sekarang bila nak tidur, sebelum nak lena, walaupun mata dah ngantuk, Afiqah suka nangis2 rengek. Macam tak nak tidur, nak ajak main lagi. Macam budak2 la, tak mau tido asik nak main je. Tapi lama2 (tak lama juga, dalam 10 minit, paling2 pun 30 min) dia akan tidur jugak. Beza dgn masa kecik2 dulu, nangis sebab stress, tak tau bila nak berhenti nangis.
Selain ini, komunikasi cara tak menangis pun byk juga. Terutamanya bila sembang atau mungkin dia nak bercerita sesuatu. Contohnya lepas majlis harijadi Afiqah yang lepas (hari sabtu). Hari Ahad pagi tu, bising dia dok bersuara ('Aaa, Auu, Ao, Ua, Oo, etc.'), tak berhenti2 masa dok dgn ina kat dapur sambil ina dok masak sarapan (buat murtabak) and prepare lunch Afiqah. Masa dok dgn papa dalam living room pun sama, Ina boleh dengar dari dapur. Ina rasa dia nak bercerita pasal majlis harijadi dia. Ramai orang and macam2 berlaku. Hari Isnin pun sensei ada tulis dalam buku nota yang Afiqah byk nak bercakap hari tu. Hari Selasa masa pergi therapy pun sama, sampai therapist pun tegur, 'byknye nak cakap hari ni'.
Lagi satu, ni perangai dah lama tapi ina lupa nak cerita. Selalu kalau ina makan, Afiqah suka bising menegur. Macam nak minta rasa apa yang ina makan tu. Memang tiap2 kali ina makan kalau Afiqah ada dekat camtu. Bila ina bagi rasa apa yang ina makan, dia akan bukak mulut. Ina rasa memang betul la dia minta nak rasa. Everytime ina nak bagi rasa apa yang ina makan Afiqah akan buka mulut. Kalau makanan yang dia suka, contoh coklat, dia akan hisap2 lidah n bila bagi lagi dia akan makan lagi. Kalau yang dia tak suka, bila nak suap lagi dia tak akan bukak mulut n akan keluarkan makanan tu atau banyak keluar air liur dia. Mungkin sebab nak keluarkan makanan/ rasa yg dia tak suka dari dalam mulut. Ina and Edzrol yang mula biasakan bagi rasa apa yang kami makan. Lepas tu Afiqah pulak pandai minta:D.
Ok, lastly gambar Afiqah, kena buli dgn mama papa, tapi cute. Ni gambar masa hari Ahad hari tu, hari becok Afiqah.Selamat Hari Raya Aidil Adha. Wassalam.

Posted by Amalina at 8:40 PM 3 comments    

Menyambut harijadi Afiqah

Monday, December 17, 2007

Salam,
Post kali ni nak bercerita sikit ttg masa sambutan harijadi Afiqah yg ke 4 di rumah pada 15 Dec. Hampir semua students di Kyoto ni datang meraikan. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah hadir dan maaf jika ada sebarang kekurangan.
So, sila tatap gambar2 semasa majlis.
1) Gambar pertama, seblm jemputan hadir, papa bergambar bersama birthday girl.2) Gambar ke2, mama pulak bergambar bersama birthday girl.3) Kumpulan gambar ke3, antara yang hadir meraikan birthday Afiqah, TQ all, sooo much. Terharu mama n papa Afiqah.4) Gambar ke4, Birthday cake Afiqah, of course mama's handmade, sebab tulah comot2. Tapi biskut n lilin yg ada nama Afiqah tu papa beli kat kedai kek. Ada nama adik Izumi sekali(1 year old by 14 Dec- Happy Birthday!). Birthday cake Afiqah ni resepi dari opah Rathmah. TQ opah for the recipe, everyone loves the cake.
5) Gambar ke5, sedang nyanyikan lagu Happy Birthday to Afiqah n adik Izumi. Lepas nyanyi, sebelum makan kek, Firdaus bacakan doa. Terima kasih Firdaus (Ini baru diedit, sebelum ni tak masuk cerita pasal Firdaus baca doa, terlupa pulak pasal takde gambar, semua org dok tadah tangan).
6) Gambar ke6, 'budak2' riang tengah main snow spray.
7) Gambar akhir, hadiah2 dari abg2 n kakak2 (students di Kyoto). Terima kasih, Afiqah like it, mama sure.
And on 171207, pepagi buta Makcu sms mama mewakili opah Zainab, Tok Ayah, Abg Amad, Luqman n adik Muaz wish Afiqah Happy Birthday, then Mak Lang YM mama wishing Afiqah's Birthday. Thank you all.
Wassalam.

Posted by Amalina at 11:15 AM 0 comments    

Hinadori Festival dan lain2

Monday, December 10, 2007

Assalamualaikum,
Dah lama tak berkesempatan nak update entry. Minta maafla kepada pngungjung2 setia. Entry kali ini mama Afiqah nak upload gambar semasa Hinadori festival (Hinadori tu nama nursery Afiqah). Bukan festival apa, cuma meraikan budak2 yg akan graduate penggal ini (next April yg umur 6 thn akan grad dan masuk darjah 1), meraikan ex-'student' dan juga yg lain2nya. Di Jepun ni mmg dah jadi undang2 umur 7 thn kena pi darjah satu. Tak kirala disabled tahap mana pun. Mmg dah jadi undang2, dan sudah tentula kemudahan nya pun ada. Ramai juga ibu bapa yg hadir masa festival tu.
1)














Ini gambar Afiqah tgh dok tengok sensei dia buat persembahan tarian. Yang sebelah Afiqah tu Ryuki-kun (Ryuki nama dia). Budak lelaki baya Afiqah 4 thn. Nampak cam perempuan, cantik rambut dia. Ryuki-kun ni mmg suka berkawan dgn Afiqah. Suka dok sebelah Afiqah dari Afiqah mula2 masuk nursery lagi. Mula2 dulu Afiqah tak berapa biasa, bila sensei tinggal dia akan nangis merengek. Ryuki-kun ni la tolong pujuk, sensei kata usap2 kepala Afiqah. Sekarang ni, kalau bawak stroll (antara aktiviti waktu pagi), Ryuki- kun suka tolakkan buggy Afiqah, kadang2 berhenti sat n tengok Afiqah. Bila air liur Afiqah meleleh, dia tolong lapkan. Masa kami sampai hari festival ni, Ryuki-kun menjerit panggil sensei bagitau Afiqah dah sampai. Makan tghari pun nak duduk dgn Afiqah. Mak dia ada sekali, tapi sensei yg dok jaga dia.
2)
Ni saja nak tunjuk gambar 'headmaster' nursery Afiqah. Lelaki yg sebelah kiri tengah pegang mic tu, tgh bagi opening speech. Lbh kurang 2 minit je. Sebelah kanan gambar2 ibubapa dan anak2 masing2. Ada gambar budak yg pakai baju warna pink tu, Azuki-onechan (nama dia Azuki, onechan tu maknanya kakak, dah umur 6 thn). Azuki-onechan ni pun suka main dgn Afiqah. Dia ni la yg ina cerita seblm ni budak autism yg tak byk ckp tu tapi kat rumah suka sebut nama Afiqah. Azuki-onehcan ni pun suka dok dekat2 Afiqah. Hari2 waktu biasa nursery sampai pukul 3 ptg. Tapi Afiqah dok sampai 6 ptg, Azuki-onechan ni pun antara yg selalu tinggal sampai 6 ptg.
3)
Ini dia aksi sensei2 Afiqah menari. Ada 4 org sensei. Semuanya muda2 and comel2 belaka. Rasanya semua sensei2 Afiqah muda dari mama n papa Afiqah. Ada sorang je yg dah tua, 40-50yrs. Agak2 je sbb dia ada anak yg dah keje, keje gomen. Tapi sensei berumur ni pun, badannya kecik je, aktif nye tak kalah dgn yg muda2. Sama je. Kagum betul kami. Sensei muda, cantik, comel tapi pilih keje ni. Mmg kagum, noble sungguh. Bukan setakat kerja pulak tu, mmg budak2 pun nampak sayang kat sensei2. Yg pakai seluar kuning tu sensei yg in-charge Afiqah. Sensei ni nampak lbh skilfull dari yg muda lain2 tu. Mmg cekap dia buat kerja. Sup sap sup sap, heheh. Lepas persembahan sensei2 ni, persembahan mini kugiran dari student sebuah private University (Ritsumeikan University), mainkan lagu2 anime (Keyboard, saxophone, drum n guitar). Lepas persembahan, budak2 pi main2 kat tpt yg dah disediakan pleh sensei. Semuanya buatan sendiri.
4)


Sebelah sini dalam takungan merah tu ada tali2 pom pom. Sebelah sana tu kalau pijak2 ada bunyi n rasa yg berbeza2. Tak ingat pulak nak tengok betul2, mungkin ada beads kut bawah kertas tu. Gambar bawah, Afiqah kena tanam dalam pom pom. Yang sebelah Afiqah tu Saki-onechan, yang rajin juga dok sebelah Afiqah.














Gambar atas, Saki-onechan tolong lap kan air liur Afiqah bila ina tak perasan. Bawah, nak tunjuk kotak biru tu, satu lagi mainan yang sensei buat. Ada gantung2 loceng, pet bottle berisi beads, dll.
6)

Ni gambar sensei tengah bacakan cerita sambil menyanyi. Ni dalam bangunan nursery.
7)
Gambar atas, Afiqah makan lunch and kanan, kami pun nak balik dah. Balik awal sikit, festival tu berterusan lagi sampai petang sikit, pukul 3 kot. Afiqah pun dah ngantuk lepas lunch and makan ubat.
Sampai sini saja buat masa ini, salam rindu keluarga di Malaysia dari kami, wassalam.

Posted by Amalina at 2:47 PM 3 comments    

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod