Assalamualaikum,
Dah lama tak berkesempatan nak update entry. Minta maafla kepada pngungjung2 setia. Entry kali ini mama Afiqah nak upload gambar semasa Hinadori festival (Hinadori tu nama nursery Afiqah). Bukan festival apa, cuma meraikan budak2 yg akan graduate penggal ini (next April yg umur 6 thn akan grad dan masuk darjah 1), meraikan ex-'student' dan juga yg lain2nya. Di Jepun ni mmg dah jadi undang2 umur 7 thn kena pi darjah satu. Tak kirala disabled tahap mana pun. Mmg dah jadi undang2, dan sudah tentula kemudahan nya pun ada. Ramai juga ibu bapa yg hadir masa festival tu.
1)
Hinadori Festival dan lain2
Monday, December 10, 2007
Ini gambar Afiqah tgh dok tengok sensei dia buat persembahan tarian. Yang sebelah Afiqah tu Ryuki-kun (Ryuki nama dia). Budak lelaki baya Afiqah 4 thn. Nampak cam perempuan, cantik rambut dia. Ryuki-kun ni mmg suka berkawan dgn Afiqah. Suka dok sebelah Afiqah dari Afiqah mula2 masuk nursery lagi. Mula2 dulu Afiqah tak berapa biasa, bila sensei tinggal dia akan nangis merengek. Ryuki-kun ni la tolong pujuk, sensei kata usap2 kepala Afiqah. Sekarang ni, kalau bawak stroll (antara aktiviti waktu pagi), Ryuki- kun suka tolakkan buggy Afiqah, kadang2 berhenti sat n tengok Afiqah. Bila air liur Afiqah meleleh, dia tolong lapkan. Masa kami sampai hari festival ni, Ryuki-kun menjerit panggil sensei bagitau Afiqah dah sampai. Makan tghari pun nak duduk dgn Afiqah. Mak dia ada sekali, tapi sensei yg dok jaga dia.
Ni saja nak tunjuk gambar 'headmaster' nursery Afiqah. Lelaki yg sebelah kiri tengah pegang mic tu, tgh bagi opening speech. Lbh kurang 2 minit je. Sebelah kanan gambar2 ibubapa dan anak2 masing2. Ada gambar budak yg pakai baju warna pink tu, Azuki-onechan (nama dia Azuki, onechan tu maknanya kakak, dah umur 6 thn). Azuki-onechan ni pun suka main dgn Afiqah. Dia ni la yg ina cerita seblm ni budak autism yg tak byk ckp tu tapi kat rumah suka sebut nama Afiqah. Azuki-onehcan ni pun suka dok dekat2 Afiqah. Hari2 waktu biasa nursery sampai pukul 3 ptg. Tapi Afiqah dok sampai 6 ptg, Azuki-onechan ni pun antara yg selalu tinggal sampai 6 ptg.
Ini dia aksi sensei2 Afiqah menari. Ada 4 org sensei. Semuanya muda2 and comel2 belaka. Rasanya semua sensei2 Afiqah muda dari mama n papa Afiqah. Ada sorang je yg dah tua, 40-50yrs. Agak2 je sbb dia ada anak yg dah keje, keje gomen. Tapi sensei berumur ni pun, badannya kecik je, aktif nye tak kalah dgn yg muda2. Sama je. Kagum betul kami. Sensei muda, cantik, comel tapi pilih keje ni. Mmg kagum, noble sungguh. Bukan setakat kerja pulak tu, mmg budak2 pun nampak sayang kat sensei2. Yg pakai seluar kuning tu sensei yg in-charge Afiqah. Sensei ni nampak lbh skilfull dari yg muda lain2 tu. Mmg cekap dia buat kerja. Sup sap sup sap, heheh. Lepas persembahan sensei2 ni, persembahan mini kugiran dari student sebuah private University (Ritsumeikan University), mainkan lagu2 anime (Keyboard, saxophone, drum n guitar). Lepas persembahan, budak2 pi main2 kat tpt yg dah disediakan pleh sensei. Semuanya buatan sendiri.
Sebelah sini dalam takungan merah tu ada tali2 pom pom. Sebelah sana tu kalau pijak2 ada bunyi n rasa yg berbeza2. Tak ingat pulak nak tengok betul2, mungkin ada beads kut bawah kertas tu. Gambar bawah, Afiqah kena tanam dalam pom pom. Yang sebelah Afiqah tu Saki-onechan, yang rajin juga dok sebelah Afiqah.
Gambar atas, Saki-onechan tolong lap kan air liur Afiqah bila ina tak perasan. Bawah, nak tunjuk kotak biru tu, satu lagi mainan yang sensei buat. Ada gantung2 loceng, pet bottle berisi beads, dll.
Ni gambar sensei tengah bacakan cerita sambil menyanyi. Ni dalam bangunan nursery.
Gambar atas, Afiqah makan lunch and kanan, kami pun nak balik dah. Balik awal sikit, festival tu berterusan lagi sampai petang sikit, pukul 3 kot. Afiqah pun dah ngantuk lepas lunch and makan ubat.
Sampai sini saja buat masa ini, salam rindu keluarga di Malaysia dari kami, wassalam.
Posted by Amalina at 2:47 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
nurul dah makin besaq tgk dlm gambar ni..
nampak ceria muka dia...
nanti nd suruh papa tgk blog nurul ni
ND, mmg Nurul dah besar dah, kalau dukung dia dah hampir 2/3 tinggi kak ina. Kat sekolah dia mmg selalu ceria, pasal ramai org dok bergerak2 n ada budak2 yang dok melayan dia. ND apa khabar?
dny n amar kena sabo dan toleransi.sentiasa bawa balik hadiah2 walaupun murah.makan coklat tu sama2 degn dia.Nampak dia dah beso pnjang.nanti banyak hikmah yang dny n amar akan terima dari Allah swt.bacakan ayat2 berikutpada air hujan/zam2 iaitu fatihah 6 kali dan ayat 81 surah yasin mula alaisal lazi...kalo boleh bagi dia minum dan sapu suluruh badannya.Dari Allah datangnya kedaaan nurul dan kita minta kepadaNya kedaan itu kembali.
papa.
Post a Comment