Salam,
Sempena musim bunga, terutamanya yg famous di Jepun ni, bunga Sakura sedang kembang, mama Afiqah letakla gambar2 bunga yg mama ambik. Tak byk jenis pun, ambik gambar bunga sakura di tepi sungai kat jln mama Afiqah ni selalu pi blk U kalau naik basikal. Bunga satu lagi tu ambik masa dkt Botanical Garden hari tu. Selamat menjamu mata.Ni pokok apa tak pasti, tapi yg tengah2 tu, ada buah bulat2 tu, rupa dia macam kobis tapi mini/ micro kobis. Kecik, kecik sikit dari bola golf.
Ok, wassalam.
Sempena musim bunga
Tuesday, April 8, 2008
Posted by Amalina at 5:53 PM 18 comments
Spring 08
Assalamualaikum,
Sabtu lepas kami pi bawak Afiqah jalan2 di Kyoto Botanical Garden. Papa kena entrance fee Yen200, mama dgn Afiqah free sbb mama kira penjaga Afiqah (disabled). Kalau naik teksi pun kami bayar harga meter tolak 10%(servis dari sykt teksi), tolak lagi harga basic yang kalau kat Msia RM2 (skrg tatau berapa la), harga basic ni kjaan supportla. Sykt bas dan train juga ada diskaun...ke free, tak pasti sbb tak pernah guna bus n train bwk Afiqah lagi. Kalau naik highway bertol, kami cuma bayar 50% saja bila bawak Afiqah sekali jln2. Dan byk lagilah benefit. Ok, di bawah beberapa gambar semasa di Botanical Garden.Mama kagum tgk bunga tu ada 2 warna, sebelah warna merah sebelah warna putih. Tgk bawah.
Papa jaga Afiqah sat, mama pi ambil gambar bunga warna separuh2.
Berhenti rehat sat, bagi Afiqah minum air.
Ramah budak kecik ni, mama minta daun kat tgn dia, dia mai bagi. Lepas tu bagi balik, dia ambik.
Afiqah dah penat, nak papa dukung pulak.
Father n daughter.
Ramai betul org. Hari ni mmg cerah, Sabtu org cuti pulak tu, sakura pun tengah berkembang, jadi org tak lepaskan peluang ke tmn bunga. Lepas hari ni , Ahad dah hujan, Isnin dah kerja, sakura pun dah mula gugur.
Belakang mama tu seorang makcik sedang melukis pemandangan kat salah satu spot dlm botanical garden ni. Selalu nampak org Jepun duduk kat tepi2 jln ke, tepi sungai ke, melukis. Depa ni mmg hargai alam sungguh.
Saja ambik gambar pakcik ni dgn kamera besarnya. Ramai juga pakcik2 dok jinjing kamera besar2, yg dok cari spot menarik n dok tenang bunga.
Org ramai piknik bawah pokok sakura.
Kami pun rehat sat, tapi cari tpt tak ramai org.
Spt biasa, mama bagi Afiqah minum air.
Pandangan dari tpt kami duduk rehat. Mama macam giant nampak.
Saje ambik gambar Afiqah dgn background sorang pakcik tgh ambik gambar bunga sakura.
Jln lagi.
Nak balik dah.
Wassalam.
Posted by Amalina at 10:13 AM 7 comments
Jeling2 merajuk, terkebil2 ngintai- mata Afiqah
Monday, April 7, 2008
Salam,
Saja nak cerita sikit perangai Afiqah yg menggeletek hati mama.
Cerita satu. Mama buatkan therapy utk Afiqah di rumah, spt biasa waktu pagi lepas mandi. Tapi Afiqah marah betul bila posisi meniarap. Mmg dia selalu marah, tapi kali ni marahnya sungguh2, mcm nk bagitau 'TAK SUKA LAA!!!'. Lepas habis therapy, spt biasa juga mama akan peluk Afiqah, usap2 dia beri pujukan. Tapi kali ni dia mrajuk sungguh. Bila mama riba, mukanya mengadap mama tapi matanya tak nak tgk mama. Mata hitamnya diekor mata. Lama sungguh mcm tu, tk nak tgk mama. Mama pujuk2, cium2 dia, lamaa sikit baru Afiqah senyum tapi matanya masih diekor mata. Tgk tepi, tk nak tgk mama lagi. Geli hati mama tgk pe'el Afiqah hari tu.
Cerita dua. Waktu mama nak bagi tidur Afiqah, mlm. Mata Afiqah dah ngantuk sgt, tapi dia dok lawan mata lg. Mengeliat2 badan dia tak mau tidur. Mama ngereng kan badan Afiqah mengadap mama. Lama sgt dia dok lawan mata, mama tinggikan suara, 'Afiqah! Kenapa lawan ngantuk? Kenapa tak nak tidur lagi? Kesian mata tu dah ngantuk sgt, dah letih'. Afiqah tau mama marah dia suruh tidur, dia pun pejamla mata, lama jugak dia pejam mata. Mama pun pejam mata sambil intai sikit Afiqah. Lama sikit Afiqah bukak mata dia intai mama. Sat bukak sat tutup,terkebil2 mata dia intai mama. Lepas tu mama suruh dia tidur lagi, 2-3 kali dok ulang, pejam mata, terkebil2 intai mama, tak nak jugak tidur. Akhirnya papa ambik bari tepi papa, Afiqah tidur sendiri sambil teman papa buat kerja. Papa tgh tulis paper (scientific article utk submit ke scientific journal). Gitulah Afiqah. Kadangkala boleh tidur sendiri, kadangkala nak ditepuk sambil baring sama2 dia. kadangkala minum susu, papa suap, tapi mama kena dok sebelah. Nak tgk papa n mama.
Wassalam.
Posted by Amalina at 4:18 PM 2 comments
Setahun pertama di Hinadori- tidur semlm di Hinadori
Salam,
Ni aktiviti bermlm ni Hinadori. Kali pertama Afiqah tido tanpa kedua2 mama n papa. Aktiviti kali ni nursery yg anjurkan, mungkin nk tgk macam mana kalau budak2 ni tidur di nursery, sbb ada kemudahan utk tinggal anak bermlm di nursery bila2 perlu. Cth kalau ibubapa kena outstation ke, atau ibubapa nak pi honeymoon anniversary kali ke X ke, apa2 reason lah.Sensei tulis, pertamakali Afiqah berpisah dgn mama n papa, bermlm. Main2 dgn kawan2.
Dgn kawan2, dah bersiap nk tidur agaknya. Sensei mandikan Afiqah dgn kawan2, masuk 'ofuro' (kolam).
Gambar Afiqah tgh tidur.
Wassalam.
Posted by Amalina at 4:03 PM 0 comments
Setahun pertama di Hinadori- Hiyoko time
Salam,
Ok, ni 'Hiyoko' (chick) time pulak. Di nursery ada lebih kurang 30 org budak2 yg dibahagi pd 3 group. Afiqah group Hiyoko, ada group 'usagi' (rabbit) dan satu lagi apatah lupa. Seminggu ada beberapa kali Hiyoko time. Semua ahli kumpulan Hiyoko.
Ni mcm aktiviti amik suhu badan Afiqah je, maklumlah Afiqah selalu demam musim2 sejuk atau bila perubaha musim. Badan dia susah sikit nak adjust dgn suhu sekeliling, mungkin sbb dia tak bergerak berlari bebas utk membebaskan haba dia.
Botol kat tgn sensei tu bekas botol minuman yg dah dicuci n sensei letakkan beads, utk mainan alat musik. Goncang2 keluarla bunyi, :D.
Strolling.
Aktiviti rendam kaki dlm air suam2 panas. Musim sejuk mmg sedapla rendam kaki dlm air panas camtu. Di sesetengah setesen keretapi di Jepun ni ada kolam air panas kecik, sambil tunggu keretapi boleh rendam kaki, masa musim sejukla.
Panjat2 tilam. Sensei susun tilam supaya jadi macam bukit, ada puncak, so budak2 pun main panjat2la. Afiqah sensei letakkan dia dipuncak n latih dia angkat kepala dlm keadaan badan atas slope.
Buat kraftgn, tu kraftangan dari tanah liat, dlm gambar mungkin aktiviti sedang mewarna kraf tu. Rasanya kraf tu btk kaki Afiqah. Ada Afiqah bwk balik rumah.
Ni pun main panjat2 tilam kot.
Ni rendam kaki lagi, tapi diluar nursery, piknik bawah pokok.
Melukis.
Panjat tilam.
Kraf dari cawan kertas.
Kraf, buat greeting card, tampal2 kapas, biji benih yg dikutip diluar nursery, etc.
Main trampolin.
Sembang dgn sensei kot. Tak pasti pulak tgh buat apa tu.
Rendam kaki lagi.
Musim Krismas.
Drawing. Sensei kata Afiqah akan perati tgn dia bergerak semasa melukis. (Tgk tgn atau tgk lukisan yg terlukis? hmm...)
Main bebola.
Melukis lagi, atas piring kertas.
Aktiviti 'Hoiku sankan' (lihat entri 30 Jan 2008). Buat topeng hantu dari piring kertas dan gumpalan benang. Mama tolong Afiqah tulis di sekeliling piring kertas yg dah ditebuk lubang tgh2. Lepas tu getah ikat dilekat kat dua belah tepi topeng, guna utk sangkut kat telinga Afiqah. Mama tolong Afiqah melekatkan gumpal benang utk buat rambut hantu dan kertas segi3 utk tanduk hantu.
Strolling di sekitar kawasan berdekatan nursery, ada kawasan perumahan dan kebun2 sayur. Sensei Tamura tolak buggy nurul sambil dukung sorang lagi budak. Kuat betul sensei.
Wassalam.
Posted by Amalina at 2:19 PM 0 comments