skip to main | skip to sidebar

Sapalah...


ShoutMix chat widget

Arkib

  • ► 2014 (1)
    • ► January (1)
  • ► 2010 (7)
    • ► December (2)
    • ► November (1)
    • ► January (4)
  • ► 2009 (36)
    • ► September (1)
    • ► August (2)
    • ► July (6)
    • ► June (8)
    • ► May (9)
    • ► April (1)
    • ► March (7)
    • ► January (2)
  • ▼ 2008 (54)
    • ▼ December (3)
      • Gambar2 semasa bercuti di Msia- pt1
      • Sejuuknya.... dah kena selsema
      • She is fine... alhamdulillah
    • ► November (2)
    • ► October (3)
    • ► September (2)
    • ► August (9)
    • ► July (6)
    • ► June (2)
    • ► May (3)
    • ► April (11)
    • ► March (5)
    • ► January (8)
  • ► 2007 (46)
    • ► December (3)
    • ► October (7)
    • ► September (2)
    • ► August (6)
    • ► July (1)
    • ► June (4)
    • ► May (9)
    • ► April (7)
    • ► March (6)
    • ► February (1)

Tempat bertandang

  • Light's Life Journey
    Beyond Milestones: Celebrating Muji's 21st – A Journey of Endless Blessings and Purpose
    1 week ago
  • :: cheritera-chinta ::
    Happy birthday, dear me!
    4 years ago
  • Buat Anakku Yasmin Nabilah Zulhilmi
    Kisah Yasier Yaseera..
    5 years ago
  • perjalananku masih panjang
    Qori Pandeglang
    5 years ago
  • A Journey of An Amazing Syafiah..
    Pemakanan dan Info Menarik Mengenai Dunia Kucing
    8 years ago
  • WATER LILY
    Sekadar rindu yang barangkali palsu
    8 years ago
  • Bila Insan Istimewa Menulis
    Bergabung Bersama Mejaqq Situs Agen Judi Poker Dominoqq Bandarq Online Terpercaya
    9 years ago
  • Pyanhabib
    Catatan 16 September 2015
    9 years ago
  • i.t.a.f.e.d
    :: Masih Ada Hati Nak Menaip...
    9 years ago
  • ...naluri seorang ibu...
    Friday
    11 years ago
  • My Journey
    End of "summer holidays"
    11 years ago
  • Selamat Datang ke Blog Dr. Azwan
    GST - Goverment Service Tax 6% vs Good and Service Tax 4%
    12 years ago
  • IBU KUMBANG
    Telekung cinta Ibu
    12 years ago
  • Aku OKU!
    Malaysia - Beijing - Malaysia
    12 years ago
  • Tiga heroku
    abang ngah dan abang cik
    12 years ago
  • .....:: Satu hati, satu rasa, satu matlamat ::.....
    DIGI-CHALLENGE FOR CHANGE...
    13 years ago
  • When Life Gives You Lemon... Make Lemonade: Bell's Palsy
    TQ Ms W
    13 years ago
  • Anak Pak Aziz
    Salam...
    14 years ago
  • ada cerita lain
    14 years ago
  • Celoteh Ogy
    Pertukaran Blogspot
    14 years ago
  • Syaza Zuhaira in the House
    hari sukan syaza
    14 years ago
  • Life In Sheffield
    SPECIAL DEDICATION FOR MY BELOVED HUSBAND
    15 years ago
  • Makcu eni
    trying on macro
    15 years ago
  • without u..there'll be no sun in my sky..
    15 years ago
  • Afiqah's papa
    on the swing
    16 years ago
  • Life of a first time mother
  • IANYA BERMULA DI SINI
  • Pi's T W I S T
  • CeRiTa RaTNa
  • Mem of the House

Singgah juga

  • Makocat

Saya serba sikit

My Photo
Amalina
View my complete profile

All about Nurul Afiqah

Assalamualaikum and hello. This blog is about our daughter Nurul Afiqah. She is a Cerebral Palsy with Quadriplegic Spasticity and Global Developmental Delay. Main purpose of this blog was to share stories about Nurul Afiqahs experiences in Japan with families in Malaysia, especially Tok2 n Opah2. Other bloggers are also welcome to read and comment in this blog. Let’s share infos for our benefits.

Gambar2 semasa bercuti di Msia- pt1

Friday, December 26, 2008

Salam,
Mama nak share gambar2 percutian Afiqah bersama keluarga di Msia baru2 ni.

Dlm k/terbang (MAS), nak balik Msia. Mama n Afiqah berdua saja. Afiqah sedang tidur nyenyak. Alhamdulillah flight tak penuh, kami dapat seat tgh yg kosong 4 seat. Jadi Afiqah boleh tidur berbaring panjang.Ini adik Syaza, Mak Lang Shema's girl. Adik Syaza ni sgt periang tapi sensitif juga. Mama Afiqah suka nak buli dia, kasi nangis... sbb dia happy je selalu, geram tgk. Tapi bila dia merajuk, lama daaa, so mama Afiqah tak buli dia selalu dah. Bersiap2 nk outing. Nak pi mkn steamboat di alpha angle rasanya. Adik Syaza sibuk menerai topi keja maksu eni. Nurul suka perati gelagat adik Syaza.Afiqah yang terhibur dengan gelagat adik Syaza. Minggu pertama di Msia, mama kena pergi conference, walaupun tak pergi tiap2 hari tapi mulanya mama risau juga nak tinggalkan Afiqah. Sbb takde org yg biasa dgn cara penjagaan Afiqah, nak bagi dia mkn, dsb. Nasib baik juga ada adik Syaza yg boleh ambil hati Afiqah. Adik Syaza suka lari2 lompat keliling Afiqah, bila Afiqah gelak, dia pun suka sambil tuding jari pada kak fiqah n kata, 'kakak yuyui (Nurul) gelak', sambil sengih2. Tapi 2, 3 hari Syaza dok lari melompat menghiburkan kak Fiqah, demam pulak dia lepas tu. Letih sgt kot, mmg tak berhenti2 dia lari n lompat keliling rumah tok ayah. Aktif betul. Lepas tu nyanyi lagu utk kak Fiqah, lagu nasyid yg selalu dia nyanyi dgn mamanya. Bila kak Fiqah nak nangis, takde adults dekat dgn dia, Syaza akan pujuk, 'Jgn nangis...Syaza ada', sambil usap2 dada kak Fiqah. Dia tgk adults lain buat mcm tu kat Fiqah, dia pun tiru. Adik Syaza ni mmg cepat pick up apa yg org keliling dia buat. Hujung minggu pertama, mak lang shema n pak lang radzi ambil cuti 5 hari (ke 4 hari.... lupa) nak bawak kami jln2. Mama request pi penang jumpa pak long amir. Sbb kalu tak pi sana, tak jumpala mak long alhan n sepupu2 Afiqah. Pak long amir dah tkde cuti nk blk KL. Gambar atas, dlm feri, pak long amir nk bwk jln2 cari mkn keliling penang. Gambar atas ni ambik sendiri sebab semua org dah keluar dari kereta nak tgk laut.Gambar atas ni masih dlm feri. Gambar diambil oleh mak lang shema pulak setelah kembali dari tgk laut.Afiqah dpt belon dari kedai minyak Shell. Singgah isi minyak. Lepas tu kami singgah pasar chowrasta. Satu kemestian sbb mama nak beli jeruk2 utk papa Afiqah.Ni di rumah nek tam (or tok tam, tok sedara mama). Dah lama betul mama tak ziarah nek tam, alang2 dah sampai ke penang, elok sgtla pergi. Nek tam sihat alhamdulillah. Macam biasa ada saja yang nek tam nak ceritakan, kali ni terutamanya ttg cucu2 nek tam, ramai sungguh ada masa tu. Mmg meriah kalau dgn nek tam saja. Nek tam jamu kami mkn tgh hari.

Ni kat masjid terapung, di penempatan mangsa tsunami. Dalam gambar adalah Nurul bersama keluarga paklong amir dan maklang sima. Lepas tu kami ke balik pulau utk mencari mknan fav mama... laksa. Gambar2 di kedai laksa janggus boleh tgk di blog paklong/maklong.

Wassalam.


Posted by Amalina at 12:02 AM 2 comments    

Sejuuknya.... dah kena selsema

Thursday, December 25, 2008

Salam,
Skrg ni hari2 makin sejuk. Siang tadi dkt kawasan U mama turun salji sikit. Sikit sgt. Sebenarnya ketulan ais halus bercampur hujan. Ikut weather forecast, hari ni turun salji, hmmm betulla tu tapi ciput le sgt. Mungkin bahagian ulu sikit bahagian Kyoto selatan ni turun byk kut. Kyoto Utara, yg tepi laut Jepun tu mesti dah byk salji. Baju makin tebal la lapisannya. Last entri dikhabarkan Afiqah batuk, tapi hari ni dah selsema pulak. Hidung tersumbat sikit. Susah juga Afiqah nak tidur tadi, sbb dia terpaksa tarik nafas dgn susah payahnya n bunyi nafas yg bising. Mula2 mama sapukan vicks dan tidurkan Afiqah mengiring, tapi kurang berkesan. Mama fikir nak kena sedut ni hidung Afiqah, tapi selalunya kalau sedut dgn satu alat yg kami beli dari farmasi, selalu tak berkesan. Penat je beli mahal2, dah 2 jenis beli. Perasaan mama berbelah bagi juga nak menyedut hidung Afiqah sendiri pakai mulut, ikut cara mak long Alhan, pasal mama ni penggeli sikit. Akhirnya, kesian sgt tgk Afiqah mama pun sedutla hidung dia dgn mulut mama. Tapi kontrol la supaya tak tertelan, lepas tu ludah. Alhamdulillah lega hidung sumbat Afiqah dan InsyaAllah terus boleh tidur. Skrg ni tgh tidur dgn lenanya, semoga hidungnya tak tersumbat dan Afiqah boleh tidur lena sampai pagi, Amiin. Lepas menyedut tu, of coursela mama pi kumur mulut, takut kuman berjangkit. Betulla mmg taik idung tu masin, ihihihi.
Wassalam.

Posted by Amalina at 11:47 PM 9 comments    

She is fine... alhamdulillah

Monday, December 22, 2008

Assalamualaikum,
Apa khabar semua pengunjung, harap2 baik2 belaka. Dah lama mama Afiqah tak bercerita di sini. Yang terakhir ttg aktiviti Afiqah di hospital. Lepas keluar dari hospital Afiqah ke nursery selama 2 hari seblm ikut mama blk Msia. Mama ada keja sikit dan bercuti juga, total 3 minggu kami di Msia. Alhamdulillah, percutian yg sgt menyeronokkan. Afiqah dpt berjumpa dgn semua sepupu2nya dari adik-beradik belah mama dan juga papa. Pertama kali juga sejak Afiqah lahir dapat berkumpul satu family belah papa. Sebelum ni sepupu2 3 boys berada di UK sejak Afiqah dilahirkan, bila Afiqah terbang ke Jepun, baru mrk pulang ke Msia. Berselisih pulak. Alhamdulillah, Afiqah enjoy dgn sepupu2 nya. Sepupu2 Afiqah yg juga masih kecil curious dgn keadaan Afiqah, dan mereka cuba memahami dgn cara mrk sendiri. Alhamdulillah. InsyaAllah, nxt time mama Afiqah akan postkan gambar2 Afiqah bersama families di Malaysia. Kali ni cuma ingin beritakan khabar Afiqah sejak pulang dari bercuti. Alhamdulillah Afiqah sihat, tapi batuk2 sikit sejak seminggu lepas. Batuknya pun tak teruk sgt, dan kami kontrol dgn ubat batuk yg dibeli dari farmasi. InsyaAllah, mlm2 Afiqah tidur lena. Pukul 9pm dia dah ngantuk n plg lambat pun 930 dah tidur hingga pagi esoknya pukul 730pg. Kalau dia belum BAB beberapa hari pun, masih boleh tidur lena dan tak bangun tgh mlm spt sebelum ni. Skrg ni musim sejuk, pergerakan usus pun jadi kurang aktif, 5 hari sekali baru Afiqah BAB walaupun perut dah di urut, digosok dan urut dgn shower air suam2 panas. Kalau lebih dari 5 hari mama ingat nak bawa pi klinik dah, minta ubat, tapi Afiqah dah berak sendiri pada hari ke5. Alhamdulillah mlm seblmnya dia tidur lena, bgn pagi seperti biasa terus meneran. Mama nk kena mula berikan Afiqah jus buah prune utk mudah BAB, InsyaAllah. Sebelum ni kami beri Afiqah mkn pisang tiap2 hari (terapi pisang pak long Amirnya kata), tapi di sbbkan Afiqah berkahak, dan Mummywan Afiqah kata pisang akan menyebabkan lagi berkahak, jadi mama dah stopkan sarapan pisang Afiqah. Skrg Afiqah sarapan epal dgn cereal dan susu. Mmg kurang/ tak berkahak.
Salam rindu buat keluarga di Msia.
Wassalam.

Posted by Amalina at 9:39 AM 5 comments    

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod