Mama nak share gambar2 percutian Afiqah bersama keluarga di Msia baru2 ni.
Dlm k/terbang (MAS), nak balik Msia. Mama n Afiqah berdua saja. Afiqah sedang tidur nyenyak. Alhamdulillah flight tak penuh, kami dapat seat tgh yg kosong 4 seat. Jadi Afiqah boleh tidur berbaring panjang.Ini adik Syaza, Mak Lang Shema's girl. Adik Syaza ni sgt periang tapi sensitif juga. Mama Afiqah suka nak buli dia, kasi nangis... sbb dia happy je selalu, geram tgk. Tapi bila dia merajuk, lama daaa, so mama Afiqah tak buli dia selalu dah. Bersiap2 nk outing. Nak pi mkn steamboat di alpha angle rasanya. Adik Syaza sibuk menerai topi keja maksu eni. Nurul suka perati gelagat adik Syaza.Afiqah yang terhibur dengan gelagat adik Syaza. Minggu pertama di Msia, mama kena pergi conference, walaupun tak pergi tiap2 hari tapi mulanya mama risau juga nak tinggalkan Afiqah. Sbb takde org yg biasa dgn cara penjagaan Afiqah, nak bagi dia mkn, dsb. Nasib baik juga ada adik Syaza yg boleh ambil hati Afiqah. Adik Syaza suka lari2 lompat keliling Afiqah, bila Afiqah gelak, dia pun suka sambil tuding jari pada kak fiqah n kata, 'kakak yuyui (Nurul) gelak', sambil sengih2. Tapi 2, 3 hari Syaza dok lari melompat menghiburkan kak Fiqah, demam pulak dia lepas tu. Letih sgt kot, mmg tak berhenti2 dia lari n lompat keliling rumah tok ayah. Aktif betul. Lepas tu nyanyi lagu utk kak Fiqah, lagu nasyid yg selalu dia nyanyi dgn mamanya. Bila kak Fiqah nak nangis, takde adults dekat dgn dia, Syaza akan pujuk, 'Jgn nangis...Syaza ada', sambil usap2 dada kak Fiqah. Dia tgk adults lain buat mcm tu kat Fiqah, dia pun tiru. Adik Syaza ni mmg cepat pick up apa yg org keliling dia buat. Hujung minggu pertama, mak lang shema n pak lang radzi ambil cuti 5 hari (ke 4 hari.... lupa) nak bawak kami jln2. Mama request pi penang jumpa pak long amir. Sbb kalu tak pi sana, tak jumpala mak long alhan n sepupu2 Afiqah. Pak long amir dah tkde cuti nk blk KL. Gambar atas, dlm feri, pak long amir nk bwk jln2 cari mkn keliling penang. Gambar atas ni ambik sendiri sebab semua org dah keluar dari kereta nak tgk laut.Gambar atas ni masih dlm feri. Gambar diambil oleh mak lang shema pulak setelah kembali dari tgk laut.Afiqah dpt belon dari kedai minyak Shell. Singgah isi minyak. Lepas tu kami singgah pasar chowrasta. Satu kemestian sbb mama nak beli jeruk2 utk papa Afiqah.Ni di rumah nek tam (or tok tam, tok sedara mama). Dah lama betul mama tak ziarah nek tam, alang2 dah sampai ke penang, elok sgtla pergi. Nek tam sihat alhamdulillah. Macam biasa ada saja yang nek tam nak ceritakan, kali ni terutamanya ttg cucu2 nek tam, ramai sungguh ada masa tu. Mmg meriah kalau dgn nek tam saja. Nek tam jamu kami mkn tgh hari.
Ni kat masjid terapung, di penempatan mangsa tsunami. Dalam gambar adalah Nurul bersama keluarga paklong amir dan maklang sima. Lepas tu kami ke balik pulau utk mencari mknan fav mama... laksa. Gambar2 di kedai laksa janggus boleh tgk di blog paklong/maklong.
Wassalam.
2 comments:
Mesti seronok jumpa sdr mara, kan? Tp cuti2 Malaysia Amal sekejap sgt.. Mai Penang tak sound kat kja dulu, kalau tak, kja tentu akan usahakan bg boleh jumpa Amal..
Yup, mmg seronok dpt jumpa sedara mara, terubat rindu dan segala stress yg ada. Amal takleh cuti panjang2 sgt, hari tu pun dah kira terrrlampau panjang tu, profesor sengih2 sumbing je nak bg cuti pjg2 tu. Nntlah, InsyaAllah bila kami blk Msia for good, will have plenty of time to meet ppl.
Wassalam, take care.
Post a Comment