skip to main | skip to sidebar

Sapalah...


ShoutMix chat widget

Arkib

  • ► 2014 (1)
    • ► January (1)
  • ► 2010 (7)
    • ► December (2)
    • ► November (1)
    • ► January (4)
  • ► 2009 (36)
    • ► September (1)
    • ► August (2)
    • ► July (6)
    • ► June (8)
    • ► May (9)
    • ► April (1)
    • ► March (7)
    • ► January (2)
  • ► 2008 (54)
    • ► December (3)
    • ► November (2)
    • ► October (3)
    • ► September (2)
    • ► August (9)
    • ► July (6)
    • ► June (2)
    • ► May (3)
    • ► April (11)
    • ► March (5)
    • ► January (8)
  • ▼ 2007 (46)
    • ▼ December (3)
      • Perkembangan emosi
      • Menyambut harijadi Afiqah
      • Hinadori Festival dan lain2
    • ► October (7)
      • Mmg suka baca buku
      • Gambar2 Afi-chan
      • Penghibur hatiku
      • Hari Raya
      • Suka baca buku
      • Afiqah 'takut' baby???
      • Sport's day
    • ► September (2)
      • Tido dgn mentadak mentadu
      • Afiqah 'ninki mono'
    • ► August (6)
      • 'Memang' suka sekolah
      • Bunyi yg menakutkan...
      • Serupa tapi tak sama....
      • Afiqahs attire during summer
      • Muka belang2
      • Aktiviti musim panas
    • ► July (1)
      • Since bibik gone...
    • ► June (4)
    • ► May (9)
    • ► April (7)
    • ► March (6)
    • ► February (1)

Tempat bertandang

  • Light's Life Journey
    Beyond Milestones: Celebrating Muji's 21st – A Journey of Endless Blessings and Purpose
    1 week ago
  • :: cheritera-chinta ::
    Happy birthday, dear me!
    4 years ago
  • Buat Anakku Yasmin Nabilah Zulhilmi
    Kisah Yasier Yaseera..
    5 years ago
  • perjalananku masih panjang
    Qori Pandeglang
    5 years ago
  • A Journey of An Amazing Syafiah..
    Pemakanan dan Info Menarik Mengenai Dunia Kucing
    8 years ago
  • WATER LILY
    Sekadar rindu yang barangkali palsu
    8 years ago
  • Bila Insan Istimewa Menulis
    Bergabung Bersama Mejaqq Situs Agen Judi Poker Dominoqq Bandarq Online Terpercaya
    9 years ago
  • Pyanhabib
    Catatan 16 September 2015
    9 years ago
  • i.t.a.f.e.d
    :: Masih Ada Hati Nak Menaip...
    9 years ago
  • ...naluri seorang ibu...
    Friday
    11 years ago
  • My Journey
    End of "summer holidays"
    11 years ago
  • Selamat Datang ke Blog Dr. Azwan
    GST - Goverment Service Tax 6% vs Good and Service Tax 4%
    12 years ago
  • IBU KUMBANG
    Telekung cinta Ibu
    12 years ago
  • Aku OKU!
    Malaysia - Beijing - Malaysia
    12 years ago
  • Tiga heroku
    abang ngah dan abang cik
    12 years ago
  • .....:: Satu hati, satu rasa, satu matlamat ::.....
    DIGI-CHALLENGE FOR CHANGE...
    13 years ago
  • When Life Gives You Lemon... Make Lemonade: Bell's Palsy
    TQ Ms W
    13 years ago
  • Anak Pak Aziz
    Salam...
    14 years ago
  • ada cerita lain
    14 years ago
  • Celoteh Ogy
    Pertukaran Blogspot
    14 years ago
  • Syaza Zuhaira in the House
    hari sukan syaza
    14 years ago
  • Life In Sheffield
    SPECIAL DEDICATION FOR MY BELOVED HUSBAND
    15 years ago
  • Makcu eni
    trying on macro
    15 years ago
  • without u..there'll be no sun in my sky..
    15 years ago
  • Afiqah's papa
    on the swing
    16 years ago
  • Life of a first time mother
  • IANYA BERMULA DI SINI
  • Pi's T W I S T
  • CeRiTa RaTNa
  • Mem of the House

Singgah juga

  • Makocat

Saya serba sikit

My Photo
Amalina
View my complete profile

All about Nurul Afiqah

Assalamualaikum and hello. This blog is about our daughter Nurul Afiqah. She is a Cerebral Palsy with Quadriplegic Spasticity and Global Developmental Delay. Main purpose of this blog was to share stories about Nurul Afiqahs experiences in Japan with families in Malaysia, especially Tok2 n Opah2. Other bloggers are also welcome to read and comment in this blog. Let’s share infos for our benefits.

Perkembangan emosi

Wednesday, December 19, 2007

Assalamualaikum,
Semenjak dua menjak ni, bila umur nak dekat masuk 4 tahun Afiqah byk menangis pulak. Tapi takla macam masa kecik2 dulu. Sekarang ni byk menangis dengan perasaan, of course perasaan sedih. Bila nak panggil mama papa, dia akan merengek2, tapi mama papa kadang sibuk dok buat kerja, kat dapur ke basuh baju ke, bila mama explain kat dia, 'tak boleh nak main lagi, mama sibuk ni, nak basuh baju, kemas dapur, etc2.', Afiqah senyap dengar, bila habis cakap je dia akan sedih n nangis. Lepas tu dah habis kerja, mama ambik pujuk Afiqah akan senyum, ketawa dan ceria semula.
Post sebelum2 ni ina ada cerita yang Afiqah nangis bila tengok baby Izumi. Ingatkan sekejap je perangai tu, sebab sebelum tu dia tak pernah nangis bila org datang rumah or bila di tempat org ramai. Baru2 ni masa majlis harijadi Afiqah, masa tetamu datang dia menangis. Tetamu yang mula2 datang, masih tak ramai org pun dia nangis. Dia macam terkejut tiba2 orang datang. Walaupun sambil ina dukung, badan, kaki dia akan keras tense macam orang gayat, lepas tu menangis. Memang Afiqah asik nangis bila tetamu2 datang. Mula2 mama papa hairan juga. Tapi sebab dia asik nangis tense je, mama pun biarkan dia nangis (sambil dukung, tak tau nak pujuk camne dah). Tapi bila lama2 sikit, ina sembang2 dengan Afiqah, bila tetamu datang sembang dgn Afiqah, dia tak nangis pulak. Dia suka.
Ina rasa, emosi Afiqah semakin berkembang dan semakin detail. Bila sembang dengan therapists (occupational and physical) dia, therapist pun ckp mungkin perasaan/ emosi Afiqah jadi lebih detail. Sebab tu dia tunjukkan reaction berlainan dgn situasi berlainan. Masa kecik2 dulu asik nangis je tanpa sebab (sebenarnya sebab stress), bila besar sikit, dah kurang stress, asik ketawa je especially bila main2 dengan dia. Tapi kadang2 bila ada sesuatu tu, ina perasan cara mata dia tengok lain je. Contohnya masa ada bibik dulu, asik dibela dgn bibik je. Mama papa ada pun, bibik yg jaga, bagi makan semua. Kadang2 masa dok atas riba bibik, mata dia dok tengok kat mama papa macam nak minta sesuatu (minta main ke, minta dok atas riba mama papa ke). Tapi dia tak nangis atau merengek. Itu bezanya dgn skrg. Sekarang dah pandai merengek atau nangis untuk meminta (communicate).
Sekarang bila nak tidur, sebelum nak lena, walaupun mata dah ngantuk, Afiqah suka nangis2 rengek. Macam tak nak tidur, nak ajak main lagi. Macam budak2 la, tak mau tido asik nak main je. Tapi lama2 (tak lama juga, dalam 10 minit, paling2 pun 30 min) dia akan tidur jugak. Beza dgn masa kecik2 dulu, nangis sebab stress, tak tau bila nak berhenti nangis.
Selain ini, komunikasi cara tak menangis pun byk juga. Terutamanya bila sembang atau mungkin dia nak bercerita sesuatu. Contohnya lepas majlis harijadi Afiqah yang lepas (hari sabtu). Hari Ahad pagi tu, bising dia dok bersuara ('Aaa, Auu, Ao, Ua, Oo, etc.'), tak berhenti2 masa dok dgn ina kat dapur sambil ina dok masak sarapan (buat murtabak) and prepare lunch Afiqah. Masa dok dgn papa dalam living room pun sama, Ina boleh dengar dari dapur. Ina rasa dia nak bercerita pasal majlis harijadi dia. Ramai orang and macam2 berlaku. Hari Isnin pun sensei ada tulis dalam buku nota yang Afiqah byk nak bercakap hari tu. Hari Selasa masa pergi therapy pun sama, sampai therapist pun tegur, 'byknye nak cakap hari ni'.
Lagi satu, ni perangai dah lama tapi ina lupa nak cerita. Selalu kalau ina makan, Afiqah suka bising menegur. Macam nak minta rasa apa yang ina makan tu. Memang tiap2 kali ina makan kalau Afiqah ada dekat camtu. Bila ina bagi rasa apa yang ina makan, dia akan bukak mulut. Ina rasa memang betul la dia minta nak rasa. Everytime ina nak bagi rasa apa yang ina makan Afiqah akan buka mulut. Kalau makanan yang dia suka, contoh coklat, dia akan hisap2 lidah n bila bagi lagi dia akan makan lagi. Kalau yang dia tak suka, bila nak suap lagi dia tak akan bukak mulut n akan keluarkan makanan tu atau banyak keluar air liur dia. Mungkin sebab nak keluarkan makanan/ rasa yg dia tak suka dari dalam mulut. Ina and Edzrol yang mula biasakan bagi rasa apa yang kami makan. Lepas tu Afiqah pulak pandai minta:D.
Ok, lastly gambar Afiqah, kena buli dgn mama papa, tapi cute. Ni gambar masa hari Ahad hari tu, hari becok Afiqah.Selamat Hari Raya Aidil Adha. Wassalam.

Posted by Amalina at 8:40 PM 3 comments    

Menyambut harijadi Afiqah

Monday, December 17, 2007

Salam,
Post kali ni nak bercerita sikit ttg masa sambutan harijadi Afiqah yg ke 4 di rumah pada 15 Dec. Hampir semua students di Kyoto ni datang meraikan. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah hadir dan maaf jika ada sebarang kekurangan.
So, sila tatap gambar2 semasa majlis.
1) Gambar pertama, seblm jemputan hadir, papa bergambar bersama birthday girl.2) Gambar ke2, mama pulak bergambar bersama birthday girl.3) Kumpulan gambar ke3, antara yang hadir meraikan birthday Afiqah, TQ all, sooo much. Terharu mama n papa Afiqah.4) Gambar ke4, Birthday cake Afiqah, of course mama's handmade, sebab tulah comot2. Tapi biskut n lilin yg ada nama Afiqah tu papa beli kat kedai kek. Ada nama adik Izumi sekali(1 year old by 14 Dec- Happy Birthday!). Birthday cake Afiqah ni resepi dari opah Rathmah. TQ opah for the recipe, everyone loves the cake.
5) Gambar ke5, sedang nyanyikan lagu Happy Birthday to Afiqah n adik Izumi. Lepas nyanyi, sebelum makan kek, Firdaus bacakan doa. Terima kasih Firdaus (Ini baru diedit, sebelum ni tak masuk cerita pasal Firdaus baca doa, terlupa pulak pasal takde gambar, semua org dok tadah tangan).
6) Gambar ke6, 'budak2' riang tengah main snow spray.
7) Gambar akhir, hadiah2 dari abg2 n kakak2 (students di Kyoto). Terima kasih, Afiqah like it, mama sure.
And on 171207, pepagi buta Makcu sms mama mewakili opah Zainab, Tok Ayah, Abg Amad, Luqman n adik Muaz wish Afiqah Happy Birthday, then Mak Lang YM mama wishing Afiqah's Birthday. Thank you all.
Wassalam.

Posted by Amalina at 11:15 AM 0 comments    

Hinadori Festival dan lain2

Monday, December 10, 2007

Assalamualaikum,
Dah lama tak berkesempatan nak update entry. Minta maafla kepada pngungjung2 setia. Entry kali ini mama Afiqah nak upload gambar semasa Hinadori festival (Hinadori tu nama nursery Afiqah). Bukan festival apa, cuma meraikan budak2 yg akan graduate penggal ini (next April yg umur 6 thn akan grad dan masuk darjah 1), meraikan ex-'student' dan juga yg lain2nya. Di Jepun ni mmg dah jadi undang2 umur 7 thn kena pi darjah satu. Tak kirala disabled tahap mana pun. Mmg dah jadi undang2, dan sudah tentula kemudahan nya pun ada. Ramai juga ibu bapa yg hadir masa festival tu.
1)














Ini gambar Afiqah tgh dok tengok sensei dia buat persembahan tarian. Yang sebelah Afiqah tu Ryuki-kun (Ryuki nama dia). Budak lelaki baya Afiqah 4 thn. Nampak cam perempuan, cantik rambut dia. Ryuki-kun ni mmg suka berkawan dgn Afiqah. Suka dok sebelah Afiqah dari Afiqah mula2 masuk nursery lagi. Mula2 dulu Afiqah tak berapa biasa, bila sensei tinggal dia akan nangis merengek. Ryuki-kun ni la tolong pujuk, sensei kata usap2 kepala Afiqah. Sekarang ni, kalau bawak stroll (antara aktiviti waktu pagi), Ryuki- kun suka tolakkan buggy Afiqah, kadang2 berhenti sat n tengok Afiqah. Bila air liur Afiqah meleleh, dia tolong lapkan. Masa kami sampai hari festival ni, Ryuki-kun menjerit panggil sensei bagitau Afiqah dah sampai. Makan tghari pun nak duduk dgn Afiqah. Mak dia ada sekali, tapi sensei yg dok jaga dia.
2)
Ni saja nak tunjuk gambar 'headmaster' nursery Afiqah. Lelaki yg sebelah kiri tengah pegang mic tu, tgh bagi opening speech. Lbh kurang 2 minit je. Sebelah kanan gambar2 ibubapa dan anak2 masing2. Ada gambar budak yg pakai baju warna pink tu, Azuki-onechan (nama dia Azuki, onechan tu maknanya kakak, dah umur 6 thn). Azuki-onechan ni pun suka main dgn Afiqah. Dia ni la yg ina cerita seblm ni budak autism yg tak byk ckp tu tapi kat rumah suka sebut nama Afiqah. Azuki-onehcan ni pun suka dok dekat2 Afiqah. Hari2 waktu biasa nursery sampai pukul 3 ptg. Tapi Afiqah dok sampai 6 ptg, Azuki-onechan ni pun antara yg selalu tinggal sampai 6 ptg.
3)
Ini dia aksi sensei2 Afiqah menari. Ada 4 org sensei. Semuanya muda2 and comel2 belaka. Rasanya semua sensei2 Afiqah muda dari mama n papa Afiqah. Ada sorang je yg dah tua, 40-50yrs. Agak2 je sbb dia ada anak yg dah keje, keje gomen. Tapi sensei berumur ni pun, badannya kecik je, aktif nye tak kalah dgn yg muda2. Sama je. Kagum betul kami. Sensei muda, cantik, comel tapi pilih keje ni. Mmg kagum, noble sungguh. Bukan setakat kerja pulak tu, mmg budak2 pun nampak sayang kat sensei2. Yg pakai seluar kuning tu sensei yg in-charge Afiqah. Sensei ni nampak lbh skilfull dari yg muda lain2 tu. Mmg cekap dia buat kerja. Sup sap sup sap, heheh. Lepas persembahan sensei2 ni, persembahan mini kugiran dari student sebuah private University (Ritsumeikan University), mainkan lagu2 anime (Keyboard, saxophone, drum n guitar). Lepas persembahan, budak2 pi main2 kat tpt yg dah disediakan pleh sensei. Semuanya buatan sendiri.
4)


Sebelah sini dalam takungan merah tu ada tali2 pom pom. Sebelah sana tu kalau pijak2 ada bunyi n rasa yg berbeza2. Tak ingat pulak nak tengok betul2, mungkin ada beads kut bawah kertas tu. Gambar bawah, Afiqah kena tanam dalam pom pom. Yang sebelah Afiqah tu Saki-onechan, yang rajin juga dok sebelah Afiqah.














Gambar atas, Saki-onechan tolong lap kan air liur Afiqah bila ina tak perasan. Bawah, nak tunjuk kotak biru tu, satu lagi mainan yang sensei buat. Ada gantung2 loceng, pet bottle berisi beads, dll.
6)

Ni gambar sensei tengah bacakan cerita sambil menyanyi. Ni dalam bangunan nursery.
7)
Gambar atas, Afiqah makan lunch and kanan, kami pun nak balik dah. Balik awal sikit, festival tu berterusan lagi sampai petang sikit, pukul 3 kot. Afiqah pun dah ngantuk lepas lunch and makan ubat.
Sampai sini saja buat masa ini, salam rindu keluarga di Malaysia dari kami, wassalam.

Posted by Amalina at 2:47 PM 3 comments    

Mmg suka baca buku

Tuesday, October 23, 2007

Salam,

Boleh kata konpem Afiqah suka baca buku bergambar. Semlm dia dok merengek n nangis2 tak tau kenapa. Dok dgn papa pun nangis dgn mama pun sama. Tak tau nak pujuk camne dah, sekali bukak buku bergambar dia, 'The Very Hungry Caterpillar'. Terus diam tengok buku sambil dengar mama cerita. Lepas tu dia pun bersuara, nak cerita sama kot. Habih tamat buku tu, mama simpan letak tepi, saja nak tgk Afiqah, mmg dia nangis balik. Bila ambik buku baca balik, dia senyap, tengok buku tu n tegang2... seronokla kot. Buku tu nak kena letak depan dia bagi senang tengok, bila ina cuba letak kat tepi sambil baca, dia marah. Susah dia nak tgk agaknya. Mmg mama suka eksperimen dgn Afiqah, hihi. Lepas tu habih baca buku, ina saja tutup letak sebelah lagi. Mmg dia nangis, this time ina bukak buku n cerita dalam bahasa Msia pulak. Ina pulak yg boring baca banyak kali, hihi. Tapi budak kecik mmg tak boring kalau benda yg dia suka tu, ulanglah baper kali pun.
Di atas tu gambar kulit buku Afiqah tu. Gambar tu di ambil dari internet.
Ok, till then... bila ada cerita dan masa terutamanya.... Mama Afiqah akan post lagi.
Wassalam.

Posted by Amalina at 3:57 PM 4 comments    

Gambar2 Afi-chan







Salam,
Ni gambar Afiqah ina saja ambik lepas ikat rambut dia. Ingat nak ambik gambar tocang dia, tapi dia dok tak diam, tak nampak tocang dia.
Wassalam.

Posted by Amalina at 10:40 AM 0 comments    

Penghibur hatiku

Salam,
Ni cerita lama, tapi dok sibuk je, mama Afiqah tak sempat nak update selalu blog. Saje nak share cerita ttg perangai Afiqah satu lagi. Mmg sedia maklum Afiqah ni tak suka duduk sorang2, tapi kadang2 dia boleh je duduk sorang2 (sedikit independent). Selalunya dia suka dok atas riba atau berkepit dgn Ma n Pa dialah, tapi kadang2 ok je duduk atas kerusi dia. Satu pagi, lepas siap Afiqah nak pi sekolah, kami pulak nak bersiap. Dudukkan Afiqah atas kerusi dia n biar dia di kawasan dapur. Ina kat bilik tk bersiap n papa Afiqah kat living room. Kira dapur tu tengah2 antara bilik n living room. Bukak pintu bilik, Afiqah boleh nampak mama. Dia pun bising;a kat dapur tu dok tegur mama sikat rambutla, satgi mama pakai tudung pun dia tegur, lepas tu papa buat apa kat living room tu pun dia tegur. Bising dia menegur org pagi tu. Seronok mama. Selalu dia diam aje, melihat2 ke. Ceria mama pagi tu, sambil bersiap sambil sembang dgn Afiqah. Afiqah ni suka jugak sembang kalau rajin cakap dgn dia, kalau baca buku tu kadang2 macam dia pun nak cerita sama. Kalau org sembang, especially bila papa sembang dgn kawan2, dia pun bising jugak nak sembang.
Ahad lepas pi Kobe, ajak ct, syahman n baby Izzumi naik keta sama. Afiqah dah tak takut dgn baby Izzumi. Bila baby Izzumi bersuara, Afiqah pun bersuara, mcm sembang baby pulak. Balik malam, baby Izzumi mengamuk sikit pasal tidur terganggu, Afiqah ok je. Dia alert, mata terbeliak jugakla bila baby Izzumi menangis, tapi bila mama alih perhatian Afi-chan, dia pun senyum2 je tak nangis. Dah ok dah dia.
Wassalam.

Posted by Amalina at 10:29 AM 0 comments    

Hari Raya

Sunday, October 21, 2007

Salam,

Sedikit cerita raya kami.
Malam Raya pertama kami dinner beramai2 dgn semua student Malaysia, rakyat Msia yg kehwin dgn Jepun dan 3 org mamat Algerian Azerbaijan di rumah Nesh, Yana n Hanim. Takde gambarla pulak masa ni. Lepas dinner takbir raya. Bagus betul budak2 batch kali ni, masa mula2 dtg study dulu takde la sambut raya mcm ni. Masing2 bawak juadah (pot luck), mcm biasa ina bawak kek coklat resepi makcik mah. Budak2 sini sumer suka kek tu. Selalu kalau makan2 mmg akan diorder. Lepas tu bawak cucur tauhu, ni pun diorang suka,cucur ni mcm bergedil tapi pakai daging ayam n tauhu n telur. Nama.... entahla, ada yg panggil nugget, ada yg kata mengingatkan kepada rasa murtabak mini, apa2 pun bolehlah. First day raya, papa Afiqah pi solat raya. Mama n Afiqah tinggal di rumah sbb solat buat di hotel, mcm tak encourage bawak budak2. Tapi papa dah pasangkan tv Msia so mama dok makan juadah raya sendiri masak sambil tengok takbir n solat raya di masjid negara msia. Terasa macam betul2 suasana raya, dengan cuaca cerah. Di atas ada gambar juadah raya rumah kami. Takde apa sgt, yg basic je. Tapi bolehla. Nasi impit tu buat sendiri pasal yg pos dari Msia belum sampai. Ada rendang0 hitam daging n rendang pedas ayam. Yang satu lagi tu lah cucur tauhu/ nugget/ murtabak mini.
Bawah ni gambar Afiqah di pagi raya. Ceria seperti selalu.
Bawah ni pula gambar Afiqah tengah lunch di rumah host hari raya pertama. Sama dengan rumah dinner the night b4.
Above: Uncle Firdaus suap Afiqah cucur keria.
Above: Itulah juadah raya. Dalam periuk... hihi takde pinggan mangkuk lawa. Jadila, janji makanan sedap. Tukang masak ramai lelaki, yang buat roti jala, nasi biryani, kurma ayam... apa lagi, macam2 la ada. Haa ayam masak merah pun Muzi yg buat. Kagum, kagum. Terima kasih daun keladi, selalu selalulah buat lagi....
Above: Some of the members/ yg beraya, ada lagi ni. Ni baru one third kot.
Above: Saja papa ambil gambar Afiqah.... dah takde keje la tu.
Haaa raya kami di sini tidak habis setkt raya pertama. Hari Ahad CT sefamily dtg rumah. 2nd weekend kami beraya ke kobe dgn students Msia dan rakyat Msia lain area Kansai (West Japan). Nanti next post ina akan upload gambar.
Wassalam.

Posted by Amalina at 2:32 PM 0 comments    

Suka baca buku

Tuesday, October 9, 2007

Salam, Hari ni (Selasa, 9Oct) Afiqah demam panas. Ina jaga dia di rumah. Mula2 pagi2 mood ok je, time tgh peak panas tu, 39.8 degree. Actually dah hantar pi nursery pagi, lepas hantar je elok ina sampai U sensei Afiqah call kata suhu dia tinggi sgt. Minta ambil cepat. Oklah, ina call papa, nasib baik tak jauh lagi. Lepas ambil Nurul terus singgah klinik kanak2 yg biasa pergi. Klinik tu mmg on the way je antara nursery Afiqah n rumah. Balik rumah bagi5 dia makan ubat utk turunkan panas, lepas tu bila papa peluk dia, cam biasala, tidur terus. Badan pun dah letih sbb panas sgt tadi. Lepas bangun ina bagi makan pulak n mkn ubat selsema n batuk. Papa Afiqah dah pi lab masa ni. Lepas makan ubat dia macam ngantuk2 tapi tak nak tidur dgn ina. Meragam, merengek2, lepas tu takleh nak tinggal, dia akan menangis sekuat hati. Bila ina duduk dekat pun dok merengek2 je. Tak tau nak buat apa dah, ina ambik buku2 resepi yg ada byk gambar2 tu, baring sama2 Afiqah lepas tu baca. Baru dia diam sambil tegang2 je bila ina bacakan buku tu. Cara dia respon la. Bila ina berhenti baca je, dia merengek balik, lepas tu ina tgk komputer, dia menangis sekuat hati. Bila start balik baca buku resepi tu, dia senyap n tegang2 dok respon. Kadang2 bising mulut mcm dia pun baca jugak. Ambik buku dia, illustrated book pun sama jugak. Suka sgt. Waktu2 lain pun, kalau dia meragam, ambik je buku dia bacakan, terus senyap sambil tegang2 kaki tgn n mulut pun kadang2 bising mcm baca jugak or bercerita. Ada beberapa illustrated book utk Afiqah kami beli masa sale. Satu tu tajuk dia The very Hungry Caterpillar, satu lagi Who landed on the 'color' flower, buku 1,2,3 bergambar. Semua buku dia suka. Mmg Afiqah akan respon bila bacakan buku utk dia. Kadang2 pagi sebelum pi sekolah bacakan, kadang2 dalam kereta, mmg ada spare buku kecik dlm beg sekolah dia. Wassalam.

Posted by Amalina at 6:04 PM 2 comments    

Afiqah 'takut' baby???

Monday, October 8, 2007


Salam,

Gambar di atas gambar di Kyoto botanical garden. Minggu lepas amik gambar tu, sampai di tpt nak naik bas nursery awal sikit so mama bawak Afiqah jln2 dalam taman tu. Masuk dgn Afiqah free sbb dia ada ID org kurang upaya.
Re tajuk di atas, hari sabtu lepas ajak satu family ni berbuka di rumah. Family tu ada sorang babyy boy umur 10 bulan. Dah boleh jalan baby tu. Afiqah duduk di riba mama sbb lepas bagi mkn, then baby tu baby Izzumi main2 dekat Afiqah dan mainan Afiqah. Mula2 Afiqah mcm alert semcm, keras badan2 dia, bulat mata dok tengook baby tu main. Bila baby tu gerak sikit Afiqah pun macam tense, keras je badan dia, lepas tu mama baby Izzumi ambil buku Afiqah nak bacakan utk baby Izzumi, baby pun mcm suka baca buku n nak ambil buku tu, lepas tu Afiqah terus nangis sekuat harti mcm nangis kat Msia dulu bila dengar org bersin or batuk. Dia maca takut/ seram/ 'seghiu'/ ngeri tgk baby Izzumi. Pantang baby bergerak lebih2 or berbunyi kuat sikit, Afiqah pun nangis sekuat hati. Tak taulah kenapa, tak pernah macam tu seblm ni. Selalunya dia tak kesah malah suka org ramai2. Padahal kat nursery dia pun ramai je budak2. Tak taula dia ngeri apa dgn baby tu ke, jeles ke baby main mainan dia? So far ada dua org yg Afiqah 'takut'. Yg pertama baby Izzumi, yg kedua auntie Nor. Nor ni baru first time dtg rumah kami hari Ahad semlm nak tumpang sembahyang sebelum pi rumahsatu family laki utk berbuka. Nor ni datang2 terus sembang dengan mama, Afiqah marah ke tak tegur dia atau jeles Nor sembang dgn mama tak pedulikan dia? Ntahla, pelik sungguh, ni baru Afiqah berperangai macam ni, sebelum ni tak pernah lagi walaupun first time jumpa org. Dia tak kesah sape2 pun. Siap budak2 ambik dukung n riba dia pun dia tak kesah sgt. Mula2 tu mcm takut2 jugak tapi takla sampai nangis sekuat hati. Dgn dua org ni mmg dia nangis sungguh2 macam tunjuk perasaan. Takpelah, mama monitor lagi, apakah sebabnya.
Wassalam.

Posted by Amalina at 11:19 PM 4 comments    

Sport's day


Salam,
Jumaat lepas ada 'hari sukan' di Kyoto Prefecture Gymnasium. Semua nursery2 utk kanak- kurang upaya di seluruh Kyoto city ambil bahagian. Hujung minggu yg baru lepas ni hingga hari ni (Isnin) byk aktivit sukan sempena hari sukan seluruh negara Jepun. hari ni sebenarnya public holiday sempena hari sukan tu lah. So, aktiviti di Gymnasium hari tu, Afiqah datang dgn bas n papa hantar mama ke gym. Ada juga ibubapa yg dtg bersama2 anak2. Mostly ibulah, bapa ada sorang je nampak. Ina pun tak tau sgt keadaannya mcm mana so biar Nurul pi dengan sensei dia dari sekolah. Gambar di atas kat rumah pagi sebelum keluar. Afiqah pakai baju dengan bib yg ada tulis nama dia n nama nursery kat dada tu. Bib tu kena jahit, dah habis kena pulangkan balik. Bas nursery Afiqah paling lambat sampai di gym hari Jumaat tu, tapi takde apa, tak panic n tak kelam kabut. Semua aktiviti tetap jalan ikut masa yg dah tetap dlm program. Mula2 sebelum opening ceremony, kanak2 semua dibiarkan main dgn alat2 yg disediakan di tengah2 gym. Ada trampolin, ada macam terowong dari plastik utk budak2 merangkak masuk, ada tpt yg disediakan tilam dgn selimut sederhana kecik- budak2 baring dalam selimut tu then 2 org dewasa, sensei ke parents ke pegang selimut bahagian kaki n kepala n hayun mcm buai, then ada tilam yang diletakkan pom2 warna-warni so budak2 dtg main dgn pom2, baring n kambus dalam pom2, ada yg suka bila tengok pom2 tu digoyang2kan. Mula2 mama bawak Afiqah jalan keliling gym, bagi tengok org ramai, lepas tu nak bagi naik trampolin. Ada 2 trampolin, satu utk budak2 yg cergas satu utk budak2 kurang cergas. Afiqah naik yg latter. Tapi dia tak nak naik, menangis n tense pulak. Tak taula kenapa, hari tu mmg dia ngantuk sikit, masa mandi shower pun mata still pejam2 lagi. Ataupun sebab tempat baru n org ramai sgt, lain dari suasana hari biasa, ke ataupun sebab mama ada, dia manja lebih sikit:D. Tak nak kena letak, nak mama dukung je. Lepas habis waktu bebas, alat2 tu semua dikemas dan mulalah opening ceremony. Lepas opening ada nyanyi lagu2 dari setiap nursery, sebelum tu ada sensei2 dari setiap nursery pakai pakaian character mcm anpanman, panda, rabbit dsbnya. Pengetua nursery Afiqah pun pakai pakaian tu, sporting betul. Lepas nyanyi2, tiap2 nursery dulu sekelompok lepas tu ada ramai sensei pegang macam kain parachute bulat warna-warni n memayungkan kelompok2 nursery, sambil tu pasang lagu n sensei2 yg pegang parachut tu buat pergerakan ke kiri, kanan, berlari keliling n bila MC cakap buat mushroom, sensei2 yg pegan hujung parachute tu duduk so semua org macam duduk dlm khemah. Ada 2 parachute, bila dah habis satu kelompok, parachute tu lari ke kelompok lain pulak. Budak2 seronokla, tapi ada jugak yang nangis, meraung2 panggil sensei Tamura, sbb sensei Tamura pegang parachute tu, bila kena lari ke kelompok nursery lain, menangis meraung sorang 2 budak yg bawah jagaan sensei Tamura, panggil nama sensei tu. Sensei Tamura ni sensei yg in charge jaga Afiqah, ada gambarnya pada posting yg awal2. Alhamdulillah sensei yg incharge jaga Nurul disukai budak2. Lepas tu rehat kejap utk lunch. Afiqah je lah yg lunch, mama pose. Sensei2 tak tau mama pose so diorang offer nak bagi makan kan Afiqah supaya mama boleh lunch. Lepas tu mama bagitau sorang sensei yg mama pose. Masa lunch tgk ramai jugak budak2 yg makan guna feeding tube. Tapi budak2 tu boleh berjln berlari mcm biasa. Mcm2 level ketidak upayaan. Lepas lunch ada aktiviti lagi, sebelm mula, sementara tunggu yg lain2 sudah lunch, aktiviti main bebas mcm mula tadi, trampolin dsbnya. Lepas tu mainan muzik/ orkestra dari pihak bomba. lagu2 yg dimainkan spt lagu walt disney, lagu2 dari cerita katun n lagu utk kanak2. Oh ya! Sebelum orkestra tu ada aktiviti lain. Baling bola yg dibuat dari kertas masuk dalam bakul. Bakul tu direka ikut kreativiti nursery masing2. Nursery Afiqah (Hinadori Gakuen) buat mulut ikan paus dgn mulut apatah satu lagi. Dengan kotak je n cat. Bila budak2 ambil bola2 kertas yg bertaburan n masukkan dalam kotak2 tu sensei yg pegang kotak tu pun bukak mulut ikan paus n ada budak2 yg kena 'telan' sekali. Seronok budak2 semua, Afiqah pun ambil bahagian juga. Sambil didukung gilir2 dgn mama n sensei, pegangkan bola kertas tu kat tgn dia bawak ke kotak n masukkan dgn bantuanlah. Mama pun seronok dapat ambil bahagian macam tu dgn Afiqah. Bila tgk aktivit2 yg disediakan dgn kreativiti sensei, teringat nak buat kat rumah, tapi selalu balik dari lab mmg tak byk masa n tak larat. Nak mandikan Afiqah, masak, dinner, Afiqah minum susu lepas tu dah waktu tido. Bila ada aktiviti di nursery, kalau kena pada waktunya insyaAllah mama akan turut serta. Hari Jumaat hari tu dah minta cutilah dgn sensei.
Wassalam.

Posted by Amalina at 10:42 PM 3 comments    

Tido dgn mentadak mentadu

Monday, September 17, 2007

Salam,
Ni dia gambar Afiqah tido dgn mentadak mentadu bertenggek kat bahu dia dgn air liur basi dah kering kat pipi. Ni gambar waktu dah pagi. Camnilah Afiqah, kadang2 pagi dia bangun sendiri, kadang kena kejut pun tak mahu bangun lagi. Sampai kena goncang pun tak nak bangun. Last2 papa dia bukak je baju nak bagi mandi, baru dia bukak mata. Tapi bila bukak mata, mcm biasalah dia akan senyum je. Beberapa hari dia tido tak senang, bukan sebab nak BAB, tapi sbb tunggu papa dia. A few days papa dia ajak kawan2 tido rumah kami. So sampai lewat malam jugak papa dia 'entertain' guest. Afiqah mcm tak senang je papa dia kurang berkepit dgn dia sikit. Ada satu hari tu dia masam je muka masa kat living room ramai2. Pandai dia, bila org ramai2 dtg dia suka sembang2, tapi kalau dah lama sgt n berhari2, dia pun jadi lain macam. One night ni lepas balik dari jalan2 sama2 dgn kawan2 papa 2 org tu, Afiqah mengamuk. Masa jalan2 ok je. So kami pun bawak dia masuk bilik, dia menangis merengek2 je, pastu tiba2 nangis kuat semcm, terkejut papa dia yg tgh buatkan susu. Terus papa berkejar ke bilik. Bila papa ambik pegang, mama nk keluar sambung prepare susu Afiqah, dia punya menggeledik marah dgn kedua2 kaki menghentak/ menendang. Oklah, mama stay dlm bilik. Lepas tu bergilir riba Afiqah sambil dia merengek, tiba2 papa bangun nak bukak lampu, lagi sekali dia menggeledik marah macam tadi, kedua2 kaki menghentak/ menendang. Macam marah papa dia nak pergi dari situ. Waaah mmg kami takleh berganjak ke mana dok bersila dgn dia. Lepas tu bila reda sikit mama bagi jugak susu. Oklah, lepas tu dia tido. Mlm yg lain pula, masa mama nak bagi tido sbb papa still entertain 2 guests tu, Afiqah melonjak2kan badan cam cari/ minta papa dia. Lama jugak camtu. Lepas tu dah lama sgt, mama surrender, panggil papa bagi tido dia. Bila papa tepuk dia 2 kali je terus menguap mulut besar dgn hidung kembang, dan dan mengantuk mata layu. Lepas tu sat je tido. Ini semua kejadian seblm mula pose. Begitulah kisahnya. Nantikan kisah Afiqah bermlm di sekolah. Tapi tkde apa yg menarik pun cuma 1st experience kami. Till then.
wassalam.

Posted by Amalina at 7:51 PM 4 comments    

Afiqah 'ninki mono'

Wednesday, September 12, 2007

Salam,
Nak cerita pasal Afiqah popular di nursery. Mula2 hantar ke nursery dulu, sensei tanya nak panggil apa, kami kata Nurul pun boleh Afiqah pun boleh. Tapi agaknya sensei dengar ina panggil Afiqah byk, sensei pun mula panggil Afiqah-chan. Org Jepun mmg panggil budak2 dgn nama + chan dihujung. Lepas tu lama2 dengar dok panggil Afi-chan. Singkatan je, oklah tak kisahla. Semua budak2 kat nursery pun panggil Nurul, Afi-chan. Lekat nickname tu. Yang nak kata Afiqah popularnya sebab semlm masa ambil Afiqah balik petang, ada sorang ibu juga yg datang ambik anak dia. Anak dia tu boleh jalan gerak cam biasa tapi tak boleh bercakap. Bukan sebab bisu, suara ada tapi sbb autism kot. Mak tu ckp kat rumah anak dia selalu sebut Afi-chan, Afi-chan. Mak budak tu ckp, anak dia tak boleh sebut perkataan sgt ke tak bercakap pun. Waaah, seronok mama, Afiqah popular sampai budak yg tak bercakap pun ingat nama dia. Lepas tu, kami ada tempah kerusi yg sama mcm di rumah utk kegunaan di nursery. Kerusi tu baru siap n sensei bagi Afiqah dok kat kerusi tu. Sensei ckp budak2 suka datang kat Afiqah main mak-mak. Letak makanan kat table Afiqah n konon suap mkn. Afiqah pun memang seronokla org ramai keliling dia. Tapi jgn suap makanan betul2 sudah, hopefully sensei peratila. Hmm.. nanti nak tulis memolah kat sensei.
Ok, next post nantikan gambar menarik.
Wassalam.

Posted by Amalina at 9:43 AM 2 comments    

'Memang' suka sekolah

Tuesday, August 28, 2007

Salam,
Tajuk 'memang' dalam inverted coma tu pasal mama n papa punya ramalan sendiri. Pagi ni, tgh tunggu masa nk pergi sekolah, Afiqah ina baringkan di living room bagi tgk tv rancangan kanak2, papa ada duduk kat sofa dekat dgn Afiqah n mama di dapur still boleh nampak Afiqah. Rancangan kat tv tu ada budak2 ramai2 menyanyi, menari n bergerak2 dalam satu kumpulan berbentuk bulatan. Sat angkat tangan, sat ke depan sat lompat dan mcm2 lagila budak2 dlm tv tu buat. Kami (mama n papa) dok tgk Afiqah punya response. Terangkat2 kaki n tangan dia tgk tv. Lepas tu papa tegur n panggil dia, boleh dia buat tak tau tu... Huhu, tak pernah kalau papa dok depan mata tegur dia, dia buat tak tau. Di nursery dia pulak ada macam2 aktiviti, kami pun buatla conclusion, Afiqah ni mesti seronok di sekolah dia pasal byk aktiviti, movements n org bergerak2, budak2 lain berlari2. Dia sukala tengok. Kat rumah kurang pergerakan, gerak sikit2 je. Bak kata Profesor mama, entropi rendah...hihi.
Wassalam.

Posted by Amalina at 9:39 AM 2 comments    

Bunyi yg menakutkan...

Friday, August 24, 2007

Salam,
Bila cerita pasal perkembangan Afiqah (previous post) ni teringat perangai dia kecik2 yg sgt sensitif dgn bunyi. Bunyi tarik langsir je nangis, bunyi ambulance je nangis, papa bersin je nangis, org batuk ke dehem ke.... semuanya menyentuh hati dia kot... tak boleh dengar mesti nak nangis. Perasaan takutkan bunyi ni sedikit demi sedikit hilang. Contohnya yg paling Ina perasan sekali ialah bunyi batuk/ bersin mama n papa dia. Mula2 dulu pantang kami bersin, dan dan dia akan meraung menangis mcm sedih kena marah or terkejut. Lama jugak camni, lepas tu bila dengar bersin je dia akan sebek dulu, muncung sikit makin panjang then mata berair2, bila dah tak terbendung perasaan, dia akan burst out menangis. Lepas peringkat ni, bila dengar bersin, dia akan sebek jugak, muncung makin panjang, kalau tak pujuk dia akan terus nangis la, kalau pujuk dia tak menangis tapi mata dah bergenang air. Next peringkat, bila dengar bersin, dia akan terbeliak mata macam alert, 'bunyi apa tu? Kuatnya.... tapi selalu dengar', then kadang2 nangis, kadang sebek je, kadang ok bila perhatiannya teralih ke benda lain. Now bila dengar bersin, dia akan senyap kejap tapi lepas tu macam nak senyum2 sikit lepas tu terus senyum....,' Haaa! Bunyi ni mmg kuat betul, tapi aku dah biasa dengar dah, ni bunyi mama atau papa'... lebih kurang camtulah kot perasaan dia, hihi, mama pandai2 terjemah. Cuma sekarang kalau dia mmg tgh nakkan perhatian ke kaddang... kaddang dia menangis sikit. Sat je la, sbb mama n papa akan terus pujuk. Tapi la ni, kadang bila Nurul menangis ina cuba tak nak terus terkam, biar dia menangis layan perasaan, perlu jugak camtu, kalau tidak budak2 ni tak tau perasaan sedih n deal with it themselves. Kalau sampai dah besar nak kena pujuk gak, not good for her. Kena independent jugak.
Begitulah perubahan Afiqah dgn bunyi2 kuat yg 'menggegarkan jantungnya'. Maybe normal kids take only a few months to register/ mengenal sounds, Afiqah needs 4 years, about 10 times needed by normal kids. She is growing with slow rate, insyaAllah. Alhamdulillahirabbil alamin.
Wassalam.

Posted by Amalina at 10:08 AM 2 comments    

Serupa tapi tak sama....

Tuesday, August 21, 2007


Assalamualaikum,
Ni boleh masuk 7 wonders:D... Look at the pictures above, papa n Afiqah. Ya Allah! Dahla looks serupa ha, perangai pun byk yg sama nak habaq mai. Mama penuh dgn ketakjuban hampir setiap hari.
Hari ni ada OT, PT n ST. Mmg therapists tegur Afiqah punya eye contact makin focus, communication pun makin bermakna. Not just making sounds but sounds with meaning. Eg. bila therapist ajak main atau sembang, dia akan balas/ menjawab dgn cara dia. Tapi cara dia communicate tu lebih focus, lbh memandang ke arah org yg dia berkomunikasi. Walaupun bunyi2 suara Afiqah tidah membentuk perkataan, tapi ada kelainan dan progress. Makin byk jenis bunyi yg dia buat. Mmg dah makin besar Nurul Afiqah. Selalu bagi tidur mlm2, letak di tpt tidur... kami pun impressed dgn pembesaran Afiqah. Alhamdulillah.... Clever girl.
Satu lagi, kalau bagi makan atau minum, bila dia tak mau atau tak suka, dia akan gerak2 tangannya tepis tangan ina yg nak menyuap. Kadang terasa nak marah bila makanan tu tumpah. Tapi bila fikir balik.... clever girl. Tak pasti sama ada dia buat tu sengaja atau tak sengaja tgnnya digerakkan, tapi berlaku tiap kali bila dia tak mau mkn/ minum. Kalau biasa2, dia tak buat pulak tepis2 tgn tu. Alhamdulillah.... some of what the paed Dr. in ICU said about her was wrong. Segala2nya di tgn Allah yg Maha Berkuasa.
Kadang2 kalau mama n papa tgh argue, dia akan terbeliak mata dengar n lihat, at the end of our argument she will laugh. Gelak macam nak kendurkan kan suasana tegang n ajak main happy2. Mmg selalu kalau mama papa tgh buat benda lain, bila nak ajak main dgn dia, dia akan mula dgn gelak sikit. Gelak mcm bila we all buat benda yg funny. Macam dia tau kami suka tgk dia gelak. Mmg betul pun. Once she starts laughing or respond to our funny movements, we will continue make her laugh. It is so adorable.... susah nak berhenti dari lihat dia gelak. Tapi kadang2 ada jugak cara dia minta attention dgn menjerit/ menangis. Biasanya mood tk berapa baik, mengantuk ke atau nak BAB.
She is not tense anymore. Masa kecik2 susah nk tido coz she was tensed. Tak tau mlm n siang... mungkin trauma pun ada. Tapi sekarang kalau tidur mmg nyenyak. Alhamdulillah. Dah faham sangat sekarang ni kalau dia tak tidur mlm lena, so far satu je sbbnya.... sakit perut nak BAB. Biasanya, kalau dia tak BAB jugak tgh mlm tu, the next day, morning ke dia mesti akan BAB. Once dah keluar..... humm legalah. So kami pun tak tense dahla bila dia resah takleh tido. Sbb dah tau puncanya. Kami akan take turn pujuk or peluk dia supaya tidur balik. Tak boleh nak BAB kan dia, kena tunggu sampai dia teran sendiri. So kalau dia tak meneran, takleh buat apalah... tido jelah. Selalunya pun Nurul akan merengek atau gerak2 badan mcm resah sambil mata pejam je. Dia tak menangis2 dah.
Bulan 9 ni sensei di nursery dia kata ada aktiviti tidur mlm. Hari Jumaat pergi nursery mcm biasa, tidur semlm then Sabtu balik tghhari. Kalau Afiqah sihat, tak demam ke bolehla join. Curious jugak nk tau mcm mana Afiqah tidur mlm tanpa mama n papa. Curious jugak nk tahu perasaan mama... ntah2 takleh tidur. Hmm.... Selalu siang2 duduk kat lab pun dok teringat Afiqah, kalau Afiqah pandai jawab hphone, dah lama mama bekalkan hphone. Bila teringat je boleh call, hihi...
Wassalam.

Posted by Amalina at 10:22 PM 4 comments    

Afiqahs attire during summer

Saturday, August 18, 2007

Salam,
Camnila attire Afiqah dimusim panas. Seluar pendek dgn baju tgn pendek/ singlet. Seblm masuk musim panas ni, takde sgt baju tgn pendek, sensei pesan beli. Lagipun kalau Afiqah demam kami dah tau dah camne nak bagi cepat kebah. Bagi dia pakai baju tgn pendek/ singlet. Masa mula2 dok demam dulu kami tak tau, dok bagi pakai baju tgn panjang takut dia seram sejuk, tapi suhu naik lagi panas. Bila doktor advise suruh pakai tgn pendek n seluar pendek, bagi haba keluar barulah demam Afiqah kebah, InsyaAllah.
Wassalam.

Posted by Amalina at 11:43 PM 0 comments    

Muka belang2

Friday, August 17, 2007

Assalamualaikum,
Ni saja ambik gambar Afiqah baru bangun tidur. Nampak pipi berbelang2 bekas kusyen. Selalu bangun tidur mmg dia akan senyum lebar kalau terus nampak muka kami n of course puas tido. Kalau tak puas pun, muka ngantuk je tapi still senyuum. Dalam post seblm ni, ada cerita pasal mandi sungai. Mlm tu Afiqah mmg tidur nyenyak sungguh, macam tu kami letak, sampai pagi pun camtu jugak dia, tak berubah2. Mmg nyenyak sungguh, selalu dia menguek2 jugak (kalau mengiring jadi lentang ke). Mmg kalau siang byk aktiviti Afiqah akan tidur nyenyak tak bergerak2 malamnya. Kalau tak byk aktiviti, dia tidur lena jugak, dah takde sawan tapi menguek2 la sikit. Kadang nak rasa papa or mama punya tgn ke. Sebab selalu tidur tgh2 jadi bantal peluk kami.
Wassalam.

Posted by Amalina at 11:14 PM 2 comments    

Aktiviti musim panas

Salam,

Musim panas ni tak byk sgt aktiviti. Kami tak keluar rumah sgt sbb panas sgt. 39/40 degree lately. Berita cakap dah lama tk panas camni sejak 74 thn lalu. Di sekolah tiap2 hari mmg Afiqah main air dalam kolam. Boleh kata mmg aktiviti setiap nurseru masa musim panas ni main air dlm kolam. Di nursery Afiqah tu ada dua kolam. Satu kolam plastik vinil besaaar, sensei isi air biasa. Satu lagi kolam plastik kecik, sensei isi air suam. Afiqah masuk yg suam punya sebab sensei kata dia macam tak suka air sejuk. Bila masuk dalam kolam, sensei baringkan kepala Afiqah kat tebing kolam tu and jirus air, sensei kata dia seronok, kaki n tangan menggapai2. Mungkin jgk dia suka, kalau tak dia nangis dah.
Gambar pertama tu masa pergi summer festival, depan rumah je. Depan rumah kami ada taman kanak2, kat situla. So kami pun pergila tgk. Yang budak laki 2 org tu, Firdaus (attach dgn UIA) n Zul Ilham(attach dgn UM).


Gambar kedua ketiga n keempat ni picnic di sungai dekat dgn rumah. Actuall ramai student2 lain tu, dlm 30 org ada kot. Ada buat bbq. Afiqah ngantuk sikit time ni so dia tk byk cakap, tapi tak nak pulak tidur. Mmg camtu kalau org ramai.

Wassalam

Posted by Amalina at 10:56 PM 0 comments    

Since bibik gone...

Wednesday, July 18, 2007



Salam,

Lama betul tak update blog ni, since bibik takde tak sempat nak buat. Tapi alhamdulillah since bibik takde, Afiqah takla meragam. Ok je so far kami jaga dia, berdikari. Kalau ingat masa Afiqah kecik2, macam susah je kami nak bahagi masa study and jaga Afiqah. Tapi Afiqah skrg dah makin besar dan byk berubah. Nak tidur tak payah junjung pusing keliling rumah, kadang2 bila baring2 dia tidur sendiri je. Tapi selalunya mmg papa riba atau baring sebelah papa lah yg senang nak tidur. Nak kena ada bau ketiak papa kot. Tak kira time, pagi petang siang malam, even kadang2 baru bangun tidur pun boleh tidur balik kalau dgn papa.


Posted by Amalina at 11:21 PM 3 comments    

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod