skip to main | skip to sidebar

Sapalah...


ShoutMix chat widget

Arkib

  • ► 2014 (1)
    • ► January (1)
  • ► 2010 (7)
    • ► December (2)
    • ► November (1)
    • ► January (4)
  • ► 2009 (36)
    • ► September (1)
    • ► August (2)
    • ► July (6)
    • ► June (8)
    • ► May (9)
    • ► April (1)
    • ► March (7)
    • ► January (2)
  • ▼ 2008 (54)
    • ▼ December (3)
      • Gambar2 semasa bercuti di Msia- pt1
      • Sejuuknya.... dah kena selsema
      • She is fine... alhamdulillah
    • ► November (2)
      • Tagged
      • Aktiviti di nursery hospital (warded Sept 17th- No...
    • ► October (3)
      • Lagi pic di hospital
      • Suka tahan ngantuk
      • Jgn kacau mama saya!!!
    • ► September (2)
      • Sunyi sepi
      • Garang
    • ► August (9)
      • Another doctor replied
      • Surgery- doctor's clarification
      • Sihat & summer break lepas
      • Summer break
      • Kenapa tulang terkeluar
      • Kenapa potong tendon
      • Potong tendon
      • Keresahan Afiqah
      • Gambar2 'lama'
    • ► July (6)
      • Keletihan hari ni...
      • Afiqah suka aktiviti
      • Rombongan ke umi (=pantai)- part 2
    • ► June (2)
    • ► May (3)
    • ► April (11)
    • ► March (5)
    • ► January (8)
  • ► 2007 (46)
    • ► December (3)
    • ► October (7)
    • ► September (2)
    • ► August (6)
    • ► July (1)
    • ► June (4)
    • ► May (9)
    • ► April (7)
    • ► March (6)
    • ► February (1)

Tempat bertandang

  • Light's Life Journey
    When Her Body Speaks: Listening to Muji
    2 weeks ago
  • :: cheritera-chinta ::
    Happy birthday, dear me!
    4 years ago
  • Buat Anakku Yasmin Nabilah Zulhilmi
    Kisah Yasier Yaseera..
    5 years ago
  • perjalananku masih panjang
    Qori Pandeglang
    5 years ago
  • A Journey of An Amazing Syafiah..
    Pemakanan dan Info Menarik Mengenai Dunia Kucing
    8 years ago
  • WATER LILY
    Sekadar rindu yang barangkali palsu
    8 years ago
  • Bila Insan Istimewa Menulis
    Bergabung Bersama Mejaqq Situs Agen Judi Poker Dominoqq Bandarq Online Terpercaya
    9 years ago
  • Pyanhabib
    Catatan 16 September 2015
    9 years ago
  • i.t.a.f.e.d
    :: Masih Ada Hati Nak Menaip...
    10 years ago
  • ...naluri seorang ibu...
    Friday
    11 years ago
  • My Journey
    End of "summer holidays"
    11 years ago
  • Selamat Datang ke Blog Dr. Azwan
    GST - Goverment Service Tax 6% vs Good and Service Tax 4%
    12 years ago
  • IBU KUMBANG
    Telekung cinta Ibu
    12 years ago
  • Aku OKU!
    Malaysia - Beijing - Malaysia
    12 years ago
  • Tiga heroku
    abang ngah dan abang cik
    12 years ago
  • .....:: Satu hati, satu rasa, satu matlamat ::.....
    DIGI-CHALLENGE FOR CHANGE...
    13 years ago
  • When Life Gives You Lemon... Make Lemonade: Bell's Palsy
    TQ Ms W
    13 years ago
  • Anak Pak Aziz
    Salam...
    14 years ago
  • ada cerita lain
    14 years ago
  • Celoteh Ogy
    Pertukaran Blogspot
    14 years ago
  • Syaza Zuhaira in the House
    hari sukan syaza
    14 years ago
  • Life In Sheffield
    SPECIAL DEDICATION FOR MY BELOVED HUSBAND
    15 years ago
  • Makcu eni
    trying on macro
    15 years ago
  • without u..there'll be no sun in my sky..
    15 years ago
  • Afiqah's papa
    on the swing
    16 years ago
  • Life of a first time mother
  • IANYA BERMULA DI SINI
  • Pi's T W I S T
  • CeRiTa RaTNa
  • Mem of the House

Singgah juga

  • Makocat

Saya serba sikit

My Photo
Amalina
View my complete profile

All about Nurul Afiqah

Assalamualaikum and hello. This blog is about our daughter Nurul Afiqah. She is a Cerebral Palsy with Quadriplegic Spasticity and Global Developmental Delay. Main purpose of this blog was to share stories about Nurul Afiqahs experiences in Japan with families in Malaysia, especially Tok2 n Opah2. Other bloggers are also welcome to read and comment in this blog. Let’s share infos for our benefits.

Gambar2 semasa bercuti di Msia- pt1

Friday, December 26, 2008

Salam,
Mama nak share gambar2 percutian Afiqah bersama keluarga di Msia baru2 ni.

Dlm k/terbang (MAS), nak balik Msia. Mama n Afiqah berdua saja. Afiqah sedang tidur nyenyak. Alhamdulillah flight tak penuh, kami dapat seat tgh yg kosong 4 seat. Jadi Afiqah boleh tidur berbaring panjang.Ini adik Syaza, Mak Lang Shema's girl. Adik Syaza ni sgt periang tapi sensitif juga. Mama Afiqah suka nak buli dia, kasi nangis... sbb dia happy je selalu, geram tgk. Tapi bila dia merajuk, lama daaa, so mama Afiqah tak buli dia selalu dah. Bersiap2 nk outing. Nak pi mkn steamboat di alpha angle rasanya. Adik Syaza sibuk menerai topi keja maksu eni. Nurul suka perati gelagat adik Syaza.Afiqah yang terhibur dengan gelagat adik Syaza. Minggu pertama di Msia, mama kena pergi conference, walaupun tak pergi tiap2 hari tapi mulanya mama risau juga nak tinggalkan Afiqah. Sbb takde org yg biasa dgn cara penjagaan Afiqah, nak bagi dia mkn, dsb. Nasib baik juga ada adik Syaza yg boleh ambil hati Afiqah. Adik Syaza suka lari2 lompat keliling Afiqah, bila Afiqah gelak, dia pun suka sambil tuding jari pada kak fiqah n kata, 'kakak yuyui (Nurul) gelak', sambil sengih2. Tapi 2, 3 hari Syaza dok lari melompat menghiburkan kak Fiqah, demam pulak dia lepas tu. Letih sgt kot, mmg tak berhenti2 dia lari n lompat keliling rumah tok ayah. Aktif betul. Lepas tu nyanyi lagu utk kak Fiqah, lagu nasyid yg selalu dia nyanyi dgn mamanya. Bila kak Fiqah nak nangis, takde adults dekat dgn dia, Syaza akan pujuk, 'Jgn nangis...Syaza ada', sambil usap2 dada kak Fiqah. Dia tgk adults lain buat mcm tu kat Fiqah, dia pun tiru. Adik Syaza ni mmg cepat pick up apa yg org keliling dia buat. Hujung minggu pertama, mak lang shema n pak lang radzi ambil cuti 5 hari (ke 4 hari.... lupa) nak bawak kami jln2. Mama request pi penang jumpa pak long amir. Sbb kalu tak pi sana, tak jumpala mak long alhan n sepupu2 Afiqah. Pak long amir dah tkde cuti nk blk KL. Gambar atas, dlm feri, pak long amir nk bwk jln2 cari mkn keliling penang. Gambar atas ni ambik sendiri sebab semua org dah keluar dari kereta nak tgk laut.Gambar atas ni masih dlm feri. Gambar diambil oleh mak lang shema pulak setelah kembali dari tgk laut.Afiqah dpt belon dari kedai minyak Shell. Singgah isi minyak. Lepas tu kami singgah pasar chowrasta. Satu kemestian sbb mama nak beli jeruk2 utk papa Afiqah.Ni di rumah nek tam (or tok tam, tok sedara mama). Dah lama betul mama tak ziarah nek tam, alang2 dah sampai ke penang, elok sgtla pergi. Nek tam sihat alhamdulillah. Macam biasa ada saja yang nek tam nak ceritakan, kali ni terutamanya ttg cucu2 nek tam, ramai sungguh ada masa tu. Mmg meriah kalau dgn nek tam saja. Nek tam jamu kami mkn tgh hari.

Ni kat masjid terapung, di penempatan mangsa tsunami. Dalam gambar adalah Nurul bersama keluarga paklong amir dan maklang sima. Lepas tu kami ke balik pulau utk mencari mknan fav mama... laksa. Gambar2 di kedai laksa janggus boleh tgk di blog paklong/maklong.

Wassalam.


Posted by Amalina at 12:02 AM 2 comments    

Sejuuknya.... dah kena selsema

Thursday, December 25, 2008

Salam,
Skrg ni hari2 makin sejuk. Siang tadi dkt kawasan U mama turun salji sikit. Sikit sgt. Sebenarnya ketulan ais halus bercampur hujan. Ikut weather forecast, hari ni turun salji, hmmm betulla tu tapi ciput le sgt. Mungkin bahagian ulu sikit bahagian Kyoto selatan ni turun byk kut. Kyoto Utara, yg tepi laut Jepun tu mesti dah byk salji. Baju makin tebal la lapisannya. Last entri dikhabarkan Afiqah batuk, tapi hari ni dah selsema pulak. Hidung tersumbat sikit. Susah juga Afiqah nak tidur tadi, sbb dia terpaksa tarik nafas dgn susah payahnya n bunyi nafas yg bising. Mula2 mama sapukan vicks dan tidurkan Afiqah mengiring, tapi kurang berkesan. Mama fikir nak kena sedut ni hidung Afiqah, tapi selalunya kalau sedut dgn satu alat yg kami beli dari farmasi, selalu tak berkesan. Penat je beli mahal2, dah 2 jenis beli. Perasaan mama berbelah bagi juga nak menyedut hidung Afiqah sendiri pakai mulut, ikut cara mak long Alhan, pasal mama ni penggeli sikit. Akhirnya, kesian sgt tgk Afiqah mama pun sedutla hidung dia dgn mulut mama. Tapi kontrol la supaya tak tertelan, lepas tu ludah. Alhamdulillah lega hidung sumbat Afiqah dan InsyaAllah terus boleh tidur. Skrg ni tgh tidur dgn lenanya, semoga hidungnya tak tersumbat dan Afiqah boleh tidur lena sampai pagi, Amiin. Lepas menyedut tu, of coursela mama pi kumur mulut, takut kuman berjangkit. Betulla mmg taik idung tu masin, ihihihi.
Wassalam.

Posted by Amalina at 11:47 PM 9 comments    

She is fine... alhamdulillah

Monday, December 22, 2008

Assalamualaikum,
Apa khabar semua pengunjung, harap2 baik2 belaka. Dah lama mama Afiqah tak bercerita di sini. Yang terakhir ttg aktiviti Afiqah di hospital. Lepas keluar dari hospital Afiqah ke nursery selama 2 hari seblm ikut mama blk Msia. Mama ada keja sikit dan bercuti juga, total 3 minggu kami di Msia. Alhamdulillah, percutian yg sgt menyeronokkan. Afiqah dpt berjumpa dgn semua sepupu2nya dari adik-beradik belah mama dan juga papa. Pertama kali juga sejak Afiqah lahir dapat berkumpul satu family belah papa. Sebelum ni sepupu2 3 boys berada di UK sejak Afiqah dilahirkan, bila Afiqah terbang ke Jepun, baru mrk pulang ke Msia. Berselisih pulak. Alhamdulillah, Afiqah enjoy dgn sepupu2 nya. Sepupu2 Afiqah yg juga masih kecil curious dgn keadaan Afiqah, dan mereka cuba memahami dgn cara mrk sendiri. Alhamdulillah. InsyaAllah, nxt time mama Afiqah akan postkan gambar2 Afiqah bersama families di Malaysia. Kali ni cuma ingin beritakan khabar Afiqah sejak pulang dari bercuti. Alhamdulillah Afiqah sihat, tapi batuk2 sikit sejak seminggu lepas. Batuknya pun tak teruk sgt, dan kami kontrol dgn ubat batuk yg dibeli dari farmasi. InsyaAllah, mlm2 Afiqah tidur lena. Pukul 9pm dia dah ngantuk n plg lambat pun 930 dah tidur hingga pagi esoknya pukul 730pg. Kalau dia belum BAB beberapa hari pun, masih boleh tidur lena dan tak bangun tgh mlm spt sebelum ni. Skrg ni musim sejuk, pergerakan usus pun jadi kurang aktif, 5 hari sekali baru Afiqah BAB walaupun perut dah di urut, digosok dan urut dgn shower air suam2 panas. Kalau lebih dari 5 hari mama ingat nak bawa pi klinik dah, minta ubat, tapi Afiqah dah berak sendiri pada hari ke5. Alhamdulillah mlm seblmnya dia tidur lena, bgn pagi seperti biasa terus meneran. Mama nk kena mula berikan Afiqah jus buah prune utk mudah BAB, InsyaAllah. Sebelum ni kami beri Afiqah mkn pisang tiap2 hari (terapi pisang pak long Amirnya kata), tapi di sbbkan Afiqah berkahak, dan Mummywan Afiqah kata pisang akan menyebabkan lagi berkahak, jadi mama dah stopkan sarapan pisang Afiqah. Skrg Afiqah sarapan epal dgn cereal dan susu. Mmg kurang/ tak berkahak.
Salam rindu buat keluarga di Msia.
Wassalam.

Posted by Amalina at 9:39 AM 5 comments    

Tagged

Thursday, November 13, 2008

Salam,
Mama Idris Naquiyuddin mengetag mama Afiqah. Sekali-sekala kita main game blog ni ye. Kira mcm selingan dari citer2 Afiqah. Kali ni rules nye mcm ni,

1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.

2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instructions with your picture.
5. Tag 10 people to do this.

Okeh, di bwh ni gambar yg diambil dan2 tu jugak lps baca tag, sbb rules dia camtu, tadak edit tadak makeup, tapi kelabu sikit pasal ambik dgn kamera laptop n lampu tutup pasal Afiqah dah ngantuk2.Boleh tak camni? Aci kan? Rules tu tak kata gambar muka kan? Yg baju kotak2 tu adalah mama Afiqah.
Ok, rules akhir sekali nak kena tag 10 org. So.... mua tag 10 org yg visit blog ini yg rela ditag. Hehehe...

Wassalam.

Posted by Amalina at 9:00 PM 5 comments    

Aktiviti di nursery hospital (warded Sept 17th- Nov 12th)

Wednesday, November 12, 2008

Salam,
Selama 2 bln Afiqah di hospital, 2minggu pertama mama n papa teman Afiqah 24 hrs, lepas Afiqah dah mula masuk nursery di hospital dan start rehab actively (everyday ada PT, 2/3 days in a week ada OT, PT n ST), kami cuma teman dia tidur malam bergilir2. Lepas tu nak dekat sebln, mama mula tak sihat, semput... dan tgk keadaan Afiqah yg dah biasa dgn rutin hospital, nurses & juga penjaga2 di wad, mama n papa ambil keputusan utk tinggalkan Afiqah di hospital. Kami dah tak teman Afiqah tidur mlm. Petang2 kami lawat dia, kadang2 stay sampai waktu dinner n feed Afiqah. Weekend dah boleh bwk Afiqah blk masa ni sbb dah bukak simen di kaki. Di bwh ni nk share gambar2 aktiviti2 yg Afiqah buat di nursery part 1 (gambar2 hasil kraf Afiqah).
Buku nota sensei catatkan aktiviti dan keadaan Afiqah berserta gambar.
Buku kedatangan Afiqah. Yang ada cop pokok merah tu maknanya absent, kalau dtg sensei tampal sticker.
Cawan yang dihias dgn biji2 pokok apa tah. Biji tu dikutip masa Afiqah keluar strolling dgn rakan2 senursery.
Lukisan cop, dgn ubi keledek yang dikorek semasa aktiviti luar. Mungkin guna ubi yg buruk kot. Sbb ada juga aktiviti memasak ubi keledek yg dikorek. N3 akan dtg InsyaAllah ada gambar Afiqah di kebun ubi keledek dgn kaki bersimen dan gambar masak2 kuih dr ubi keledek tu.
Penanda buku dari maple leaf yg di laminate. Maple leaf ni pun dikutip semasa aktiviti luar... yang sepatutnya ibu bapa boleh join, tapi mama tak dpt nk join, cuma hantar lunch box saja utk Afiqah.

Wassalam.

Posted by Amalina at 11:01 PM 6 comments    

Lagi pic di hospital

Thursday, October 23, 2008

Salam,

Sebelum masuk bilik bedah
Dah keluar dgn kaki bersimen.
Di bawah adalah gambar pada hari raya pertama. Afiqah dgn baju raya yg dibelikan papa pd mlm sebelumnya. Sebelum salinkan baju raya ni, Afiqah menerima kunjungan dari beberapa Msian yg di Kyoto ini. Terima kasih kerana dtg melawat kpd mereka. Ketawa besar bila tgk papa dia beraksi.

Wassalam.

Posted by Amalina at 2:15 PM 10 comments    

Suka tahan ngantuk

Salam,
Bawah ni gambar Afiqah di hospital, lbh kurang 2 minggu lepas operate. Kaki masih bersimen dan bersengkang. Tu dia tgh tidur tu (afternoon nap), tapi punyala tak mau tido walaupun mata dah ngantuk bangat, last2 tido duduk/ tegak kepala. Mmg anti tidur anak mama sorang ni. Satunya mmg Afiqah ada sawan yg attack bila dia nak tidur. Tak boleh nak masuk deep sleep, dia akan terkejut2 dan kadang2 terus jaga, ataupun terkejut2 nya tak berhenti2. Mmg dia akan letihla. Masalah ni dikawal dgn ubatan. Walaupun kadang2 tak berkesan, ma n pa terpaksa gilir2 tak tidur jaga Afiqah, tapi alhamdulillah masalah ni makin pulih/ berkurangan sedikit demi sedikit. Dan dos ubatan yg diberi juga adalah minima. Keduanya, mmg dia sendiri kadang2 suka tahan ngantuk. Tak tau le apa pasal. Kadang2 mama rasa mcm dia takut kena tinggal, tidur nk kena peluk, bila lepas dia nak bangun juga. Kadang2 lah. Tapi budak2 yg aktif pun, yg pesen nak main je mmg susah nak tido kan? ke? (Experience mother/ penjaga can comment?). Di belai papa, pakar bagi tidur Afiqah sejak dari baby lagi.
Dah tidur, tapi takleh alih bagi baring lagi, nnt bangung balik. Belum betul2 lena.
Afiqah, Afiqah.
Tidurlah sayang, berehat.
Wassalam.

Posted by Amalina at 12:11 PM 7 comments    

Jgn kacau mama saya!!!

Monday, October 6, 2008

Salam,
This entry is actually written on 18th Oct 2008, Saturday.
Video ni diambil di hospital. Afiqah marah Takuma-kun yang suka usap2 kepala dia, seblm ambik video ni, Afiqah dok marah dia pasal kacau mama Afiqah. Takuma-kun dok tarik tgn mama ajak main, pi sana sini dia nak tunjuk benda, tapi dia suruh ajak Afiqah sekali. Budak kecik ni sgt comel dan peramah, tak peghak langsung. Baik pulak tu, sgt obedient n clever, walaupun dia tak oleh bercakap. Sebelah tgn Takuma-kun ni pun tak boleh berfungsi dgn baik, tapi dia sgt independent. Salin baju sendiri dgn sebelah tgn dia, takde nak minta bantuan adults di sekeliling dia langsung. Kalau baju tu senget, dia bukak balik n pakai balik betul2. Kagum!

Bawah ni video lama yang diambil di rumah seblm Afiqah operate. Tertangguh nak post di sini.





Video diambil dgn hphone kokak mama, so mutu mungkin tak berapa memuaskan.

Kami semua di sini alhamdulillah sihat2. Dah masuk autumn, sejuk sikit. Last week mama Afiqah semput lagi, tapi dah pi hospital, dah ok. Afiqah akan di bawa pulang rumah hari ni, bermlm semasa wkend saja, dah bukak simen kaki dia. Nampak mcm lose weight sikit. Hari ni mama masak nasi lemak, ayam goreng rempah, ikan bilis goreng, telur rebus n ulaman akan dibeli kemudian. Nak bagi makan Afiqah kenyang2, hihihi, anak mama ni mmg dah slim, tapi tak maula kurus lagi. Papa Afiqah maintain, n sihat alhamdulillah.
Maaf kerana lama tak update khabar berita.
Till then, wassalam.

Posted by Amalina at 7:02 PM 5 comments    

Sunyi sepi

Tuesday, September 16, 2008


Salam,

Buat beberapa ketika blog Afiqah ni mungkin akan sunyi sepi. Afiqah dah masuk ward semlm, dpt masuk bilik seorang. Lepas dah angkut2 barang, mama tinggal dgn Afiqah, papa balik pi U. Kena gilir2 lah kerja, skrg ni mmg peak mama n papa punya kerja. Papa dgn scientific article nya lepas satu satu dok tulis. Takkan habis sampaila hujung thn depan kut. Selagi papa ada di sini. Mama pulak tak habih2 dgn conference, lepas satu satu sensei suruh pergi. Setakat ni dah 4 ke 5 conference. Minggu lepas baru habis satu, mama dapat award best presenter. Alhamdulillah. Next week ada satu lagi. Pagi tadi sensei baru email suruh pergi satu lagi bulan 10, dan InsyaAllah mama nak pergi yg di UiTM bulan 11 nanti. Harap2 sensei boleh bagi cuti panjang balik Msia nnt.
Ahad lepas kami buat jamuan sikit. Saja nak iftar berjemaah dgn students Msia. Ada juga yang tak buka puasa, dtg dinner. Afiqah happy tgk Ammar (putera abg Amir n kak Mar) main game melompat2. Adik Izumi (putera Syahman n Siti) juga tak kurang activenya. Ke sana ke mari. Meriahnya macam dah raya. Alhamdulillah. Raya nnt, kami beraya dihospital je lah nampaknya.
Oh ya! Semlm doktor explain lg lebih terperinci ttg surgery yg nak dibuat, segala risiko dsbnya. Nnt ada peluang ina cerita kemudian. Letih rasa. Esok nak berlatih utk conference minggu depan. Nak kena siapkan presentation.
Lastly, mama Afiqah nak share entri Mak Long Alhan dgn semua. Sila ke sini. Thank you mak long.

Wassalam.

Posted by Amalina at 3:36 PM 10 comments    

Garang

Wednesday, September 3, 2008

Salam,
Sikit progress abt Afiqah. Afiqah dah mula menunjukkan kegarangannya sesekali. Tak selalu sbb dia ceria selalu. Cuma ada waktu2 tertentu, Afiqah akan menunjukkan kegarangannya. Waris siapa ek... ehehe... Ceria selalu waris papa.... Dia paham bila papa usik dia bagi sedih2, dia akan sebik2. Afiqah paham juga bila mama 'beleter'. Contoh, baru2 ni sewaktu mama tgh bg Afiqah minum susu, Afiqah asik dok tepis2 tgn mama, susu pun tumpah juga merata. Akhirnya mama bengang, mama pun berleter kat Afiqah, 'Afiqah, jgnla tepis2 tgn mama, habis susu tumpah merata. Kotor, melekit2.' Afiqah mula cebik sbb suara mama sedikit kasar. Bila mama perasan Afiqah sedih, mama pun ckp lagi pada dia seakan memujuk, ' bagus Afiqah guna tgn, tapi jgnla tepis tgn mama masa minum susu....' terus Afiqah menangis/ meneran marah. Bunyi tangisannya lain dari bunyi menangis sedih atau sakit atau ngantuk. Meneran sikit mcm marah, tak puas hati kenapa mama berleter kat dia. Lepas tu mama pujuk balik Afiqah, n of course Afiqah senyum blk pada mama. Tapi lepas tu Afiqah burp. Baru mama tahu kenapa dia tepis2 tgn mama masa disuapkan susu. Rupanya Afiqah rasa kurang selesa, ada angin nak keluar tapi mama dok suap susu, susahla nak masuk.
Mama minta maaf, kurang periksa pulak.
Below, gambar2 lama Afiqah n papa masuk laut di cherating, beberapa thn lalu.

Wassalam.

Posted by Amalina at 10:51 PM 5 comments    

Another doctor replied

Tuesday, August 26, 2008

Salam,
Another doctor from a hospital in Msia, Head of Neuropaed also replied as below when I asked him wether it is possible to delay the surgery for 1 year, until we come back to Msia.

His reply, 'Pembedahan untuk masukkan tulang femur balik ke dalam socketnya boleh di lakukan di Institute Pediatric. Jika anak puan tidak mengalami kesakitan akibat dari tulangnya kelaur dari socket, pembedehan bukan urgent. Sekian, Terima kasih.'

Thank you doctor. But I/ we hv decided to let Afiqah undergo the surgery here. InsyaAllah it will be fine.

Wassalam.

Posted by Amalina at 1:24 PM 11 comments    

Surgery- doctor's clarification

Saturday, August 23, 2008

Salam,
Mama Afiqah cuba dptkan pendpt dari doktor di Msia mengenai surgery yg akan dilakukan pada Afiqah utk membetulkan kembali hip-joint kiri Afiqah yg terkeluar. Di bwh adalah explanation dgn medical terms yang lebih tepat dari 2 doktor utk dikongsi bersama families.

doktor 1) Surgery for dislocated hips are sometimes offered for different reasons - eg to relieve pain, to make perineal care (eg changing nappies) easier or to prevent future complications such as scoliosis (tulang belakang bengkok). Sometimes if the dislocation is not causing problems (especially if it is on both sides) - we leave them alone. Soft tissue surgery (eg tendon release - probably what the surgeons in Kyoto are planning to do) is usually done for milder cases, where as for more difficult cases surgery to the bone is also necessary. The timing of surgery have to take into account several factors, but sometimes earlier surgery can prevent more problems.

doktor 2)
Regarding the operation, usually it is done due to the muscle that pulled the femur bone and caused it to be dislocated (spastic). Without the operation, the bone will dislocated again after manual reduction..

ok, wassalam.

Posted by Amalina at 2:09 AM 8 comments    

Sihat & summer break lepas

Monday, August 18, 2008

Salam,
Alhamdulillah kami sihat2 belaka. Cuma cuti summer minggu lepas mama Afiqah demam lepas tu kahak byk dan semput sikit. Papa juga batuk2 sikit. Afiqah alhamdulillah sihat, tak berjangkit pula batuk kami pada dia, alhamdulillah. Harap2 terus tak berjangkit. Nampaknya, musim panas ni, Afiqah tak kena demam selsema. Musim2 seblm ni selalu juga kena demam selsema. Boleh kata tiap2 musim yg lepas dia akan demam. InsyaAllah musim panas ini takde pulak. Sensei di nursery pun makin jaga Afiqah dgn rapi. Sejak Afiqah kena infection thn lepas, warded, tiap2 hari sensei akan monitor suhu badan dia. Afiqah ni mmg jenis badan panas, suhu dia tinggi sedikit dari budak2 biasa, dlm 37.5 degree. Kadang2 suhu dia naik lebih dari tu n spasm nye kuat, sensei akan rehatkan Afiqah di bilik tingkat 2 nursery dan bagi dia minum air byk2. Tak mainlah dia dgn budak2 lain di hall bawah. Musim panas ni pun sensei bagi dia minum air byk2. Boleh kata tiap2 hari mandi kolam masa musim panas ni, tapi kalau suhu badan Afiqah tinggi, sensei akan rehatkan saja Afiqah. So, sampai hari ni, InsyaAllah Afiqah sihat.
Cuti minggu lepas, mmg betul kami tak ke mana pun. Pagi tadi masa nak hantar Afiqah ke nursery baru dia naik kereta setelah sekian lama@ seminggu je,:D. Tapi kami bawa Afiqah keluar juga petang2, jln2 sekitar kawasan perumahan dan kadang2 tgk papa main ping pong or pa ma main badminton. Seronok betul Afiqah bila di luar rumah. Teruja dia. Kalau jln2 di luar tu, gelak tak berhenti dia dok atas buggy sambil tgk papa jln di depan. Riuh rendah sepjg perjlnan kami di sekitar kawasan perumahan tu dgn gelak tawa Afiqah je. Sat dia tgk papa di depan, sat dia tgk mama, mendongak ke belakang. Bila bunyi motorsikal, mulala dia bersilat....terkejut la tu. Haii.... anak mama ni mmg aktif, takleh dok diam. Kalau tgk org main ping pong ke badminton ke, dia yg peluh, meleleh2 air peluh dari atas kepala ke pipi dia. Tapi lepas tu, mlm susah nak tidur. Nak berjaga dgn ma n pa jugak seronok nak main lagi. Kena mama/ papa tidur sekali baru dia boleh tidur tenang.

Wassalam.

Posted by Amalina at 1:02 PM 6 comments    

Summer break

Wednesday, August 13, 2008

Salam,
Starting today Afiqah cuti summer. Nurserynya tutup hingga hujung minggu ni. Ma n Pa pun cutilah hingga hujung minggu ni. Tapi, nampak gaya cuti kali ni kami tak ke mana, today mama tak sihat, demam panas. Hopefully will get well by tomorrow, sian anak mama sorang tu, dahla tak ramai org di rumah ni, bila mama tak sihat lagilaaa, kwn dgn papa je. Tadi dia ikut papa ke lounge Int. Hse, tgk papa main ping pong. Papa kata Afiqah gelak berdekah2, mmg suka sgt la tgk movements tu. Patutla mlm ni awal n senang je nak tidur. Dah letih la tu.

Wassalam.

Posted by Amalina at 12:29 AM 8 comments    

Kenapa tulang terkeluar

Salam,
Ok, mama Afiqah nk explain sikit kenapa tulag Afiqah terkeluar. Tup2 berita kena operate je, terkejut tergempar. Tulangnya terkeluar bukan lah disebabkan terjatuh, atau kena dera atau yg sewaktu dgnnya. As described above, Afiqah is a spastic, so Afiqah ni spasticity (muscle tightness) dia quite strong. Disbbkan spasticity@ masa diMsia families biasa dgn term 'tegang2' nilah yg menyebabkan left femur dia terkeluar dari soket. Skrg, makin besar makin kuatla jadinya, makin mudah nak dislocate. Dalam keadaan biasa atau rileks, muscle Afiqah pun rileks, tak nampak spasticity dia, tapi bila dia cuba nak respon atau buat sesuatu gerakan, jadilah spasticity/ muscle tightness dia. Skrg makin kuat dari waktu kecik, kalau Afiqah pakai alat yg dikakinya tu, duduk atas riba ma or pa, bila dia 'tegang' n terkepit peha kami, mmg sakit kaki kami. Physiotherapy yg Afiqah jlni skrg ni pun adalah utk mengurangkan spasticity nya.

Wassalam.

Posted by Amalina at 12:15 AM 0 comments    

Kenapa potong tendon

Monday, August 11, 2008

Salam,
N3 ni nak jwb pertanyaan kenapa kena potong tendon tu? Oh tidak, bila potong tendon, masukkan balik tulang tu, tak semestinya Afiqah boleh berjalan. Kalau dibiarkan tulang tu terkeluar, nanti Afiqah akan rasa sakit bila bergerak. Atau bila dah makin besar, tulang kaki tu akan fix pada kedudukannya, tak boleh nak gerak2 kiri kanan (tulang kita ni bentuknya bulat dihujung, dok dlm soket, boleh digerakkan beberapa darjah). Ini akan menyebabkan lama kelamaan kaki kiri Afiqah termasuk ke dlm, atau bersilang ke dalam. Bila ini terjadi, susah nak positionkan Afiqah duduk ke, atau nak kangkangkan dia utk salinkan seluar/ diapers dia.

Wassalam.

Posted by Amalina at 12:01 PM 0 comments    

Potong tendon

Saturday, August 9, 2008

(Inilah 'tendon' makanan Jepun itu)
Salam,
(Tendon tu salah satu makanan Jepun dimana nasi dlm mangkuk berserta lauk tempura di atas nasi dan disiram kicap Jepun). Akan tetapi, kisah yg mama Afiqah nak citer ni, bukanla tendon makanan tu, cumanya mama Afiqah terasa gelihati sikit bila sebut perkataan tendon tu, walhal cerita seterusnya ini agak serius sikit.
Semlm, 080808, Jumaat pagi kami bawak Afiqah ke hospital utk rutin check up tulang dia yg sepatutnya rutin every 6 mths, tapi dah terlajak sampai 9 bulan dah tak jumpa doktor. rutin check up ni utk doktor tulang, kalau neuropaed tu every 3 mths. sebenarnya dari msia lagi dah tau tulang pinggul belah kiri (left femur) afiqah terkeluar sedikit dari soketnya. Di Msia dulu doktor kata nak monitor dulu sambil buat therapy, mudah2an tulang tu masuk blk ke soketnya. Tapi kalau dah umur 3 or 4 thn tk masuk jgk doktor kata perlu buat surgery. Bila dtg sini, dr. otopedik pun beri pendpt yg sama, tapi dibuatkan juga satu alat utk afiqah pakai dikaki dia supaya kaki afiqah sentiasa maintain kangkang, dgn harapan tulang tu akan masuk ke dlm soket sendiri. 4 bulan pakai alat tu, bila pi cek n tgk xray, nampak tulang afiqah tu dah bergerak beberapa darjah menghala ke soket. ada tendency nak masuk blk dlm soket la tu. Akan tetapi bila tgk x-ray semlm, tulang tu dah completely terkeluar dari soketnya. So, doktor cadangkan utk buat surgery, potong beberapa tendon Afiqah yg kurang penting di kedua2 belah kaki supaya muscle movements seimbang. Doktor kata elok buat secepat mungkin sebab dislocation tu pun baru lagi. Mula2 mama Afiqah ingat surgery tu doc nak tarik je tulang tu bagi masuk blk dlm soket, tapi tiba2 mulut gatal nak tanya, surgery tu buat apa? Doc pun ambil colored pencil dia n mula melukis gambar muscle kaki, bhgian tendon n tulang, utk explain (gambar bawah). Rupa2nya nak dipotong beberapa tendon yg lekat muscle dgn lutut, tendon di celah peha yg kawal pergerakan nak katup kaki dan tendon/ selaput yg tutup muscle dibhgian tepi peha (bhgian luar). Tujuan potong tendon tu supaya muscle Afiqah lose n tulang femur dia boleh masuk balik dlm soket, insyaAllah. Doc kata sebln la kaki Afiqah kena simen, and sebln lagi rehab, so suggested 2 mths admission in ward. Paling awal doc boleh schedule surgery tu 22 september nnt, insyaAllah.
(dalam gambar) yang ada garis melintang atas gambar tendon (biru) tu lah bhgian nak kena potong. Dlm gabar mcm potong terus, tapi doc kata dia akan select n tinggalkan bhgian yg penting utk pergerakan, n doc kata lagi bhgian yg dipotong tu akan tumbuh blk. InsyaAllah...
Wassalam.

Posted by Amalina at 1:46 PM 8 comments    

Keresahan Afiqah

Monday, August 4, 2008

Salam,
Afiqah ni dari kecik mmg selalu resah. Dia dilahirkan brain injured krn fetal stress, perasaan insecurenye melebihi kanak2 biasa. Masa kecik2 dulu, byk hari juga dia nangis sepanjang hari, boleh kata 24hrs jgkla, mana dpt tenaga tak tau la. org tua pun tak larat nak pujuk. Tak mkn pujuk pun. Lambat jugakla perasaan insecure dia tu nak hilang. Tp skrg alhamdulillah, Afiqah dah tak nangis meleret2 mcm kecik2 dulu. Tapi masih ada hari yg dia akan resah, haaa masa tu dia nangis sikit2, merengek mcm bunyi enjin keta burok nak stat. Selagi tak setel 'perkara' yg menyebabkan keresahan dia tu, selagi tu lah dia akan merengek, serba tak kena, n very the sensitive. tertekan sikit, nangis jeritnya mcm kena dera. malu gak ma pa dgn jiran, hihihi. tapi alhamdulillah, apa2 pun la ni... so far lah, hanya satu tu je penyebab keresahan Afiqah yg menyebabkan dia nangis meleret yg menyebabkan ma n pa fenin. Bila selesai 'perkara' tu, mcm petik suis, dan dan dia akan ceria semula. Dok tgh cuci p*ngg*ng pun dia dah ceria boleh ketawa kekek2. Alhamdulillah... Afiqah ni susah sikit nak BAB, mama rasa mungkin sebab dia tak bergerak, berlari2 atau berjln2. Maka t**k nya pun lambat je nak jln ke bwh. Tp ikut musim juga, masa musim sejuk teruk sikit, tapi still the longest pun dlm 4 or 5 days akan keluarlah t**knya. Kira masih dlm jangkamasa safe la. Musim panas skrg, lancar sikit, kadang2 tiap hari, kadang selang sehari. Tapinya, sehari sebelum keluar dia dah start memulas n merengek mcm enjin keta burok nak start tulah. Haish, macam2....

Wassalam.

Posted by Amalina at 3:43 PM 8 comments    

Gambar2 'lama'

Friday, August 1, 2008

Salam,
Mlm ni mama bukak album lama, saja tgk gambar2 'lama' Afiqah di Msia. Lama pun 3,4 thn lepas la. Saja letak di blog ni.Belum ada gigi.... eh ada 2 btg kt bwh.
Posing dlm tidur.
Di rumah tok nek, tepen (moyang Afiqah). Di riba tok ayah & dikelilingi abg yong Muhamad n Luqman.Afiqah dlm bakul. Excited apa tah, tergedik.
Di rumah atuk. Gigi sejemput, kui3x.
Birthday 2 thn. Tok ayah hadiahkan bday kek.
At home, ni tgh tunggu nk keluar kee blk kg.
Tidur dlm pelukan bibik, dlm kereta. Mana lagi, on da way blk kgla.
TAK SUKA!!! Tak suka benor dok dlm car seat, bibik jgkla kena riba. Sampai skrg takmo duduk dlm car seat, haiyya.

Wassalam.

Posted by Amalina at 11:51 PM 15 comments    

Keletihan hari ni...

Tuesday, July 29, 2008

Salam,
Mlm ni Afiqah letih sungguh. Selalunya pukl 830-900 tu kami bagi minum susu seblm tidur. Tadi masa papa suap susu, tak dan berapa suap Afiqah dah tertidur di ribaan papa. Susu yg dah masuk dlm mulut pun tak sempat nak telan. Papa punyala dok panggil Afiqah kuat2 nak kejutkan dia supaya habiskan susu yg bercampur ubat, tak bergerak, tidur lena. Dgn bunyi tv kuat papa tgk bola, Afiqah flat. Aktiviti apa la dia buat kat sekolah hari ni.... baca buku nota dia yg hari2 sensei report, aktiviti biasa je, takde meletihkan pun rasanya. Masa mama dok masak tadi, Afiqah duduk di kerusi dia sebelah papa, cam biasalah kat kitchen. Tak nampak pulak Afiqah letih sgt, siap dok tegur2 mama memasak lagi.
Hmm... mama hairan......
Wassalam.

Posted by Amalina at 10:01 PM 4 comments    

Afiqah suka aktiviti

Monday, July 28, 2008

Salam,
Afiqah ni mmg suka betul aktiviti. Pantang dok diam saja. Kalau hujung minggu kami tak ke mana, tambah skrg ni musim panas, malas nak keluar2, dia akan merengekla selagi tk dilayan. Kadang tu saje buat tak tau, bila sembang je dgn dia, dan dan muka ceria. Kalu tak dgn muka keremut mata sepet nak nangis je....
Last Friday kami ke Kyoto Universiti, Katsura campus utk ke gym lepas ambil Afiqah dari nursery. Adik Izumi sekeluarga juga ikut sama. Seronok Afiqah tgk adik Izumi dlm keta, siap tegur2 lagi, tapi bila adik Izumi bersuara dgn high pitch dia, Afiqah mulala tense n mcm nak bersilat je kaki tgn dia, hehehe. Masih lagi sensitif dgn bunyi2 yg kuat/ nyaring.
Di gym, ada 3 court badminton. Ramai juga yg join, semuanya pelajar Msia sbb kami dah booking. Afiqah mama biarkan atas buggy tepi court, mama n papa main badminton. Tak menangis pulak Afiqah ditinggalkan. Kadang2 kakak2 dok teman sebelah Afiqah juga. Tapi dia tak menanigs langsung bila ma or pa tak layan dia. Tapi bila balik rumah, the minit sampai n mama letak dia sat nak pi basuh tgn ke apa ke, dan dan Afiqah 'ek!', merengek.
Social anak mama nih.
Wassalam.

Posted by Amalina at 12:54 PM 6 comments    

Rombongan ke umi (=pantai)- part 2

Salam,
Lagi gambar2 di amanohashidate. Afiqah berendam.

Posted by Amalina at 10:39 AM 4 comments    

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod