Assalamualaikum,
Ini gambar di perkarangan nursery Afiqah. Besar perkarangannya sbb kongsi dgn asrama budak/org2 terencat akal. Bangunan nursery Afiqah tak masuk dlm gambar ni sbb di belakang. Tuuuu Afiqah di dukung papa yg pakai baju hitam. Susah nak nampak kut sbb ramai org lain. Kebiasaannya beginilah bila waktu balik, budak2 yg diasrama tu selalu akan iringi Afiqah/ papa, dari kami masuk gate ambik Afiqah dan keluar. Ada 2,3 org suka tanya kat papa, 'esok dtg lagi?, 'esok hari apa?', 'esok hari jumaat? (walaupun baru hari isnin)', ' esok afiqah datang naik bas?'...Berulang2 kali tanya benda yang sama walaupun tiap2 kali papa bg jawapan yg sama. Yang suka tny jumaat tu sbb weekend parents dia ambik bwk balik rumah rasanya. Kadang2 kalau esoknya public holiday, ada yg akan tny, 'esok ada sekolah? takdekan? cuti!' lepas tu ketawa seronok. Kadang2 papa tanya, 'dah mkn mlm? makan apa?' Ada sorang ni akan jawabla makan apa... lepas tu dia ckp mmm sedap. Ada yg terer sikit bahasa inggeris, selalu tanya papa, 'isnin apa?, papa pun jawab 'monday', kadang2 papa tanya dia pulak. impressive juga. japanese ni tak mcm org malaysia, susah sgt nak menyebut perkataan inggeris, tambah2 yg terencat akal, lagila membuatkan kami impress. Budak yg pandai sikit inggeris ni lawak juga, kadang2 kami sampai n tekan butang kat gate, dia akan tanya, ' sape tuuu?', padahal dia nampak kami. Kadang2 seronok layan mereka, kadang2 bila kami letih atau byk nak pikir psl study, rimas juga bila kena tny bertubi2 soalan yg sama walaupun dah bagi jawapan. Mereka ni walaupun ad yg dah dewasa, tapi akal masih spt kanak2. Ada yang seperti takde perasaan/ rasa, cthnya bila musim sejuk tu, tak pakai kasut duduk atas lantai kat luar perkarangan tu. kalau org biasa, jln kat luar sekejap tak pakai kasut pun tak tahan.
Wassalam.
Balik sekolah
Friday, May 8, 2009
Posted by Amalina at 2:24 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bagusnye kanak2 remaja istimewa tu. ambil berat jg hal keliling.
betul. kadang2 tgk depa tolong bersihkan kawasan laman. kalau ada kontraktor dok bertukang, ada jgk yg dtg tolong2 angkat kayu ke. Diorang mmg ramah n independent.
Post a Comment