Salam,
Sebelum ni mama ada cerita pasal pergerakan tgn kiri Afiqah yg dia boleh kawal sedikit. Walaupun mmg dia menguis tgn dia main dgn botol/ mainan yg diletakkan ditepi dia, mama masih ada sedikit (sikitla, sbb mcm nak percaya tak percaya, kenapa? panjang nak cerita sejarah Afiqah, mama nak cerita present saja buat masa ni) keraguan dgn kebolehan Afiqah tu. Tapi, 2 mlm lepas Afiqah tunjukkan lagi sekali kebolehannya. Mmg selalu dia tunjuk, tapi tak kena direct pada mama. Semenjak 2 menjak ni, body clock Afiqah dah set tido mlm pukul 9 atau 930, lepas tu tgh mlm lbh kurang antara 1130- 1230 dia akan berbunyi, menguek nak bangun la tu. Lepas tu dia akan bangun untuk menyelesaikan kerja yg biasanya org selesaikan di waktu pagi, iaitu BAB. Skrg ni kalau dia tak lena sampai ke pagi, bgn tgh mlm tu, ma n pa dah tau dah, mesti nak BAB la tu. Bila sudah, dia akan senyum lebar teruja, tegur2 papa mama. Tapi kena bg tidur jgklah sbb esoknya nak sekolah. 2 mlm lepas, dah BAB tgh mlm tu dia tak boleh tidur pulak, terbeliak mata lip lap terkebil2. Mama dah peluk pun dia tak boleh nak tidur juga. Akhirnya mama lepaskan Afiqah, mengiring membelakangi Afiqah utk tidur sbb mama dah ngantuk sgt. Tapi mama tak terus lena, sbb Afiqah dok memanggil sambil tangan dia dok menguis2 belakang badan mama tak berhenti2. Mula2 mama nak biarkan saja sbb Afiqah tak nampak resah2, mama harap dia akan ngantuk dan akhirnya tidur sendiri spt kadang2. Tapi tak boleh tidur pulak, dok panggil la mama sambil kuis belakang mama. Sampaila mama toleh balik ke dia. Alhamdulillah, pergerakan tgn dia dah controllable sedikit dan mama suka bila tgn Afiqah menyentuh mama purposely sambil suaranya memanggil mama.
Wassalam.
Tangan menguis
Thursday, May 14, 2009
Posted by Amalina at 9:37 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
good sign.. alhamdulillah. jgn sampai dia tolak hang jatuh katil sudah..ok jgk tu..hehe..
tadak canla, dari dulu lagi kami tidur bawah. org jepun la katakan...
wow..bestnya tangan Afiqah dah boleh menguis..emm..alhadulillah..ada perubahan..dan harap ia berterusan..seronok la dgr..!Tak sabar lak nak tunggu tangan Nabila menguis2 pulak..hehe..!
Noina,
Alhamdulillah.
InsyaAllah Nabila juga boleh improve dgn baik dgn ibunya yg sentiasa bersemangat, dan rajin fisio di rumah. Sentiasa percaya yang Nabila akan improve. Walaupun Nabila belum boleh kawal kaki, tgn, kepalanya, dia juga punya akal dan perasaan mcm org lain utk lakukan sesuatu dan sudah tentu faham pertuturan kita. Sentiasa ransang pemahamannya juga. Kalau selalu bawa dia ikut jln2 bagus juga, supaya dia biasa dgn bunyi2an, cahaya dan warna2. InsyaAllah.
bila awak cerita tangan afiqah dah boleh kuis2, terasa macam nampak kebesaran Allah. MAy Allah shows His miracle through her...
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Seronoknya mak long dengar tangan afiqah menguis nguis. Benar, ini kebesaran ALLAH.
Pak Long & Mak Long, In fact, byk juga miracle yg ditunjukkan sejak dari Afiqah dlm NICU lg. Cth, masa Afiqah bergantung kpd mesin pernafasan, berapa kali doktor cuba bukak mesin tu utk Afiqah nafas sendiri tak berjaya. Sampai satu hari, accident berlaku depan mata ina n Edzrol sendiri, mesin pernafasan dia ter reset n Afiqah mcm menggapai kelemasan dan hampir kebiruan lemas.Nasib ada nurse kat tepi, bila kami tny apa kena ni, depa kata mesin ter reset. Pendek citer, esoknya doktor call kata Afiqah dah boleh nafas sendiri. Alhamdulillah.
wow.. tak tahu pulak amir awak punya encounter macam ni, gugup bila baca, subhanAllah. Cerita Afiqah ni semacam satu cerita motivasi.
Post a Comment