Salam,
Ni nak share gambar Afiqah lepas mandi pagi tadi. Rambut dia melekat di kedua2 belah pipi, mama rasa funny pulak. Teringat masa kecil (hingga umur 2/3 bulan) Afiqah pakai feeding tube utk minum susu, dia tak boleh sucking masa tu. Salah satu masalah baby lemas, especially yg severe, saluran makannya rosak dan tak boleh menelan. Kalau disuap juga dia akan tersedak teruk. So, masa tu Afiqah pakai tiub yang masuk ikut mulut, panjang tiub dlm 50 cm kalau tak salah. So bahagian yg terkeluar tu panjang juga dan berjuntai, kami plaster di dagu Afiqah supaya tak bergerak atau tertarik keluar. Jadinya, nampak macam Afiqah berjanggut sebatang. Papa pun menggelarkan Afiqah masa tu, 'cucu berjanggut'. Zaman yg quite stressful krn Afiqah stressful, boleh kata almost 24 hrs menangis saja, tidur pun 30- 40 min even waktu mlm. Tapi mlm tidur bangun tidur bangun. Dlm keadaan stressful mcm tu, sempat papa Afiqah berjenaka utk menghibur. Alhadulillah, skrg ni Afiqah pula yg selalu menghiburkan. Dgn gelak tawa dan kebolehan2nya.
Wassalam.
Jambang? janggut?
Sunday, May 17, 2009
Posted by Amalina at 1:36 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
aku panjang janggut pendek misai.. singgah dari stesen water lily.. ingat kan nak cerita pasal janggut apa!!
she's so lovely and sweet. U have a very nice blog here too. :)
abuyusof, sorila dah membuatkan encik salah paham. tapi ni cerita jambang janggut juga... :D.
Hi Alviana, thanks for dropping by.
owhoo.. still remember masa nak masukkan tiub tu.. suspen jee.. tp the best thing is masa tu afiqah sangat tembam.. dlm tido pun bley kenyang.. tau2 susu dah masuk perut je.. hehe..
ema, ha ah hang ingat lagi. mmg masa tu nak kena bagi makan pun waktu dia tidola, sbb bgn tido selalu nangis je, bila nangis, meneran, susu pun takmo masuk. Hari tu ada jgk nak pakai blk tiub tu masa kat sini, sbb kami risau badan Afiqah tak berat sgt n dia mkn perlahan. takut tak cukup mkn. tapi tak jadi, bwk blk rmh tak pandai plk nak pasang tiub tu dah. dulu expert. dia dah besar susah sikit jadik. tapi Alhamdulillah, Afiqah makan semakin lancar.
kakak annisa juga pernah pakai ryles tube masa umur 2th. nanti saya akan cerita pasal pekara ni di blog. tapi sememangnya saat itu amat tertekan dan merimaskan kami dan kakak sendiri.
akuoku,
terima kasih share citer kakak. sy pun ingat2 lupa zaman afiqah kecik2 dulu (mcm lama sgt). afiqah pun pakai ryles tube tu.
Adik kja yg paling bongsu (seayah lain ibu) meninggal ketika umurnya mencecah 3 bulan.. Sama mcm Afiqah, dia pun kes lemas gak.. Sepjg hayatnya mmg minum pakai feeding tube..
Suka tengok gambaq2 Afiqah ni!!
Thanks kak Ja!
Assalamualaikum Amal
Lama tak ke sini. Sibuk sikit dengan Muja. Terima kasih share gambar Afiqah. Suka tengok expression diwajahnya. Satu macam terkejut dan yang dibawah nampak relax.
Cerita pasal feeding tube tu teringat Muja juga. Paling stress bila tube tu terkeluar selalunya bila Muja muntah. Kadang2 susah masukan balik. Alhamdulillah dia pakai PEG diperutnya sekarang. Dia agak relax tanpa tube tu.
Afiqah pun samalah juga macam Muja dulu menangis 24 jam dan tidur pun sekejap je. Alhamdulillah sekarang dah tak seteruk dulu.
Semoga Afiqah terus menjadi sumber penghibur Amal dan papa Afiqah. Ammen.
Salam sayang
lightnur
Rileks sungguh nampak orang selepas mandi. Muka fresh :D
Upload la pic Afiqah banyak2. Nak tengok. :)
Assalamualaikum sist lightnur,
Alhamdulillah Muja dah selesa dgn PEG diperut. Feeding tube tu susah juga especially bila nak pasang/ masukkan, nk kena pastikan bersih n kalau dia tak relax, susah nak masuk.
Alhamdulillah Muja juga dah makin baik, InsyaAllah makin membesar, makin matang, makin kurang stress, amiin.
PuteriNuur,
Afiqah mmg selalu ceria lepas mandi. Tapi selalu menggeletar walaupun masa kat msia dulu, tk thn sejuk kut.
Skrg dah jarang ambil gambar dia, tkde gambar baru sgt nk upload.
Wassalam.
Post a Comment